• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tawar ‘Overtime’ RM8 Sejam Kepada Bakal Pekerja, Posting Majikan Ini Cetus Pelbagai Reaksi Netizen

Oleh
Aina Musa
12 Jun 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Tawar 'Overtime' RM8 Sejam Kepada Bakal Pekerja, Posting Majikan Ini Cetus Pelbagai Reaksi Netizen

Muat naik iklan jawatan kosong tapi reaksi netizen pula jadi tumpuan

Tawar ‘Overtime’ RM8 Sejam Kepada Bakal Pekerja, Posting Majikan Ini Cetus Pelbagai Reaksi Netizen. Zaman yang penuh mencabar ini sering kali memaksa kita untuk menghadapi pelbagai cabaran dalam mencari pekerjaan demi kehidupan yang lebih baik.

Di tengah-tengah usaha kita untuk bersaing dalam pasaran kerja yang semakin sengit, berhadapan pula dengan tindakan beberapa majikan yang tidak masuk akal.

Ada yang sanggup memberi gaji yang rendah kepada pekerja dengan alasan keadaan ekonomi yang tidak baik.

Tawar ‘Overtime’ RM8 Sejam Kepada Bakal Pekerja, Posting Majikan Ini Cetus Pelbagai Reaksi Netizen

Baru-baru ini, seorang individu telah membuat satu posting iklan jawatan kosong di Facebook (Kongsian asal telah pun diturunkan).

Jawatan yang ditawarkan adalah sebagai pembantu kedai makan di sebuah restoran di Kuching.

Kredit: Facebook

Berdasarkan iklan tersebut, gaji yang ditawarkan adalah sebanyak RM 1800 sebulan. Apa yang mencetuskan perdebatan antara netizen adalah bayaran overtime (OT) atau kerja lebih masa yang ditawarkan adalah sebanyak RM 8 sejam.

Pendapat netizen, bayaran OT itu dikatakan terlalu rendah untuk keadaan ekonomi sekarang yang terlalu mencabar.

Menurut sebuah lagi posting oleh seorang individu, beliau memaklumkan rata-rata jobseekers kini dikatakan terlalu cerewet, hanya mahu menikmati gaji yang tinggi tetapi tidak mahu melakukan kerja berat setimpal dengan bayaran yang dikenakan.

Tambah netizen, gaji yang ditawarkan oleh beliau sebenarnya berbaloi kerana rata-rata majikan hanya mengajikan pekerja mereka dengan gaji minima RM 1500 mengikut akta buruh.

Menurut netizen, bakal pekerjanya seharusnya bersyukur kerana majikan masih bertanggungjawab membayar gaji bekerja lebih masa. Ditambah pula dengan tawaran gaji pokok yang lumayan walaupun hanya bekerja sebagai pembantu kedai makan.

Baca lagi artikel menarik:

Dakwa Mak Mentua Kena Pukau, Wang Dan Barang Kemas Habis ‘Disapu’ Individu Di Kubah Kuching
Terima Tempahan 720 Pek Makanan Dari Kem Askar, Peniaga Kecewa Rupanya Ditipu ‘Scammer’ Di Miri
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 20 Remaja Sabah Masuk Hospital, Minum Cat ‘Thinner’
Next Article Bengang Ditegur Tendang Kotak, Pelanggan Ini Tampar Pekerja Di Siburan Sempat Dirakam CCTV Bengang Ditegur Tendang Kotak, Pelanggan Ini Tampar Pekerja Di Siburan Sempat Dirakam CCTV

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?