I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Tediri Daripada 3 Orang Pertama, Kenali Task Force Khas Tangani COVID-19 Di Sarawak
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tediri Daripada 3 Orang Pertama, Kenali Task Force Khas Tangani COVID-19 Di Sarawak

Kedung BK 22 Januari 2021
Kongsi
4 Min Bacaan
Tediri Daripada 3 Orang Pertama, Kenali Task Force Khas Tangani COVID-19 Di Sarawak
Kongsi

Mereka adalah pihak yang bertanggungjawab atas keputusan yang terbaik untuk Sarawak sejak wabak Covid-19 tercetus tahun lalu

Tediri Daripada 3 Orang Pertama, Kenali Task Force Khas Tangani COVID-19 Di Sarawak. Dengan pengumuman keputusan kerajaan untuk menubuhkan ‘task force‘ khas untuk menangani krisis Covid-19 di negara ini, seorang pengguna Twitter berkongsi bahawa Sarawak mempunyai pasukan petugas mereka sendiri juga.

Malah, task force ini telah beroperasi seawal April 2020 tahun lalu.

Tediri Daripada 3 Orang Pertama, Kenali Task Force Khas Tangani COVID-19 Di Sarawak

“Mereka inilah yang bertanggungjawab di belakang tabir dalam memberi nasihat kepada kerajaan Sarawak dalam menangani COVID 19,” – netizen

Menurut @datukhensem menerusi Twitter beberapa bulan lalu, beliau berpendapat bahawa mungkin ramai orang, termasuk warga Sarawak, tidak tahu negeri ini juga mempunyai task force nya tersendiri.

Maybe ramai yang tidak tahu termasuk rakyat Sarawak sendiri yang mana pada bulan April, SDMC telah menubuhkan 4 task forces untuk melawan COVID 19.

Mereka inilah yang bertanggungjawab di belakang tabir dalam memberi nasihat kepada kerajaan Sarawak dalam menangani COVID 19. pic.twitter.com/6tFC8DK1gL

— Datuk Jahat Hensem (@datukhensem) October 5, 2020

Task force ini digelar Sarawak Disaster Management Committe (SDMC) Task Force dan terdiri daripada tiga orang utama iaitu Dr Jamilah Hashim, Prof Dr Andrew Kiyu dan Prof Dr Sim Kui Hian.

Ahli pertama dalam task force ini ialah Dr Jamilah Hashim, yang juga merupakan bekas Pengarah Kesihatan Sarawak. Beliau bertanggungjawab untuk memastikan lengkungan gelombang pandemik semasa diratakan dengan laju.

Beliau akan mempertimbangkan masalah yang berkaitan dengan pemberitahuan kes, siasatan kes, kontak rapat dan pengesanan kes aktif serta pendidikan kesihatan.

Dr. Jamilah, petugas pertama dalam SDMC Task Force. Kredit: Twitter

Ahli kedua ialah Prof Dr Andrew Kiyu. Beliau merupakan pakar epidemiologi UNIMAS dan bertanggungjawab untuk mencegah dan mengawal gelombang seterusnya.

Prof Dr Andrew, petugas kedua dalam SDMC Task Force. Kredit: Twitter

Tugas beliau adalah untuk mengawasi dan mencadangkan bagaimana kerajaan Sarawak dapat bersedia dan mengambil langkah segera untuk mengatasi gelombang seterusnya.

Prof Dr Andrew juga bertanggungjawab atas analasis data masa nyata mengenai Covid-19. Selain mengawasi dan memberi cadangan, beliau juga bertugas untuk mendapatkan dan menganalisis sebanyak mungkin data mengenai Covid-19 di Sarawak sehingga tindakan segera dapat dilakukan berdasarkan hasil analisis tersebut.

Ahli terakhir ialah Prof Dr Sim Kui Hian, yang juga merupakan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak. Beliau bertanggungjawab atas rancangan kesediaan untuk gelombang besar.

Prof Dr Sim, petugas ketiga dalam SDMC Task Force. Kredit: Twitter

Job scope beliau adalah untuk menyediakan rancangan untuk Sarawak mengatasi gelombang besar semasa dan pada masa depan.

Pengguna Twitter terbabit kemudian mengatakan bahawa task force khas ini telah membantu Sarawak selama ini untuk sentiasa bersedia.

Sebab ada all this taskforces lah Sarawk dah ready dengan apa pun possibilities and scenarios. Sebab tu harini zon merah, esok terus decide. Sebab plan semua dah ready. Bukan dah jadi baru nak study lah, nak pikir lah.

— Datuk Jahat Hensem (@datukhensem) October 5, 2020

Apakah pendapat anda tentang usaha-usaha task force ini selama ini? Adakah persediaan semasa masih berfungsi seperti persediaan sebelum ini? Jika anda mempunyai cadangan, apakah cadangan anda rasa boleh dipertimbangkan untuk memperbaiki mana yang kurang? Atau adakah anda berpuas hati dengan usaha yang telah dilakukan?

Komen pendapat anda di ruangan komen dan jaga diri di sana!

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hati-Hati Ini Adalah Taktik Penipuan Ambil Alih Akaun Whatsapp Oleh Scammer
Next Article TERKINI: Sarawak Catat 2 Kes Kematian Baharu, 229 Kes Positif Baharu

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?