• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
#innovatesarawak

TEGAS Digital Village Bakal Dibuka Tidak Lama Lagi, Serupa Macam Sandbox Dalam Drama Korea Start-Up!

Oleh
Ismail NA
6 September 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Stail weh!

TEGAS Digital Village Bakal Dibuka Tidak Lama Lagi, Serupa Macam Sandbox Dalam Drama Korea Start-Up! Bagi mereka yang pernah menonton drama Korea bertajuk Start-Up yang dibintangi oleh pelakon Bae Suzy dan Kim Seon Ho, mereka mempunyai sebuah pusat inovasi untuk syarikat pemula yang diberi nama ‘Sandbox’. Tahukah anda Sarawak bakal membuka satu pusat seumpama itu tidak lama lagi?

Isi Isi Penting
  • Stail weh!
  • Perkampungan digital seumpamanya di Sarawak yang berkonsepkan ‘bangunan hijau’
  • TDV bakal perkasakan ekosistem inovasi keusahawan, start-up dan ekonomi digital Sarawak
  • Baca juga pencapaian inovasi yang telah dilaksanakan oleh syarikat pemula Sarawak setakat ini :

Ya! Pusat inovasi tersebut adalah TEGAS Digital Village yang terletak di Taman Teknologi Tinggi Sama Jaya, Tabuan, Kuching!

Pada 2 September 2021, Ketua Menteri Sarawak telah melakukan lawatan rasmi ke tapak TDV disambut oleh pengerusi TEGAS, YB Datu Haji Len Talif Salleh, ahli lembaga amanah TEGAS, pengerusi Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC), pengurus besar Lembaga Multimedia Sarawak (SMA), ketua pegawai operasi TEGAS dan pengurus besar TDV, Manzoor Hayat Khan serta ahli pengurusan TDV.

TEGAS Digital Village Bakal Dibuka Tidak Lama Lagi, Serupa Macam Sandbox Dalam Drama Korea Start-Up!
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Haji Abang Abdul Rahman Zohari (kanak) bersama pengerusi TEGAS, Datu Len Talif Salleh semasa lawatan tapak ke TDV, minggu lalu.

Perkampungan digital seumpamanya di Sarawak yang berkonsepkan ‘bangunan hijau’

TEGAS Digital Village atau singkatannya, TDV merupakan sebuah pusat inovasi ilham Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg pada tahun 2017 yang lalu. TDV dibina dengan peruntukan berjumlah RM 44 juta berkonsepkan ‘bangunan hijau’ serta bertujuan untuk memudahkan pemindahan teknologi dan pengkomersialan selain untuk mempromosikan inovasi digital dan keusahawanan di negeri ini.

Projek pembinaan TDV yang bermula sejak Januari 2019 ini dijadualkan siap pada bulan Julai 2020. Namun demikian, akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan pada Mac 2020, projek pembinaan tersebut terpaksa ditangguhkan sementara waktu dan menyebabkan pembinaan mengalami kelewatan 3% daripada jadual asal. Menjelang bulan Jun 2020, kelewatan projek telah mencapai 14% daripada jadual asal namun akhirnya berjaya disiapkan oleh kontraktor berdasarkan pelan baharu. Bangunan TDV ini juga dijangka akan beroperasi secara berperingkat bermula hujung tahun ini.

TEGAS Digital Village Bakal Dibuka Tidak Lama Lagi, Serupa Macam Sandbox Dalam Drama Korea Start-Up!
Auditorium TDV
TEGAS Digital Village Bakal Dibuka Tidak Lama Lagi, Serupa Macam Sandbox Dalam Drama Korea Start-Up!
TEGAS Digital Village Bakal Dibuka Tidak Lama Lagi, Serupa Macam Sandbox Dalam Drama Korea Start-Up!
Ruang pejabat
TEGAS Digital Village Bakal Dibuka Tidak Lama Lagi, Serupa Macam Sandbox Dalam Drama Korea Start-Up!
TEGAS Digital Village Bakal Dibuka Tidak Lama Lagi, Serupa Macam Sandbox Dalam Drama Korea Start-Up!
TEGAS Digital Village Bakal Dibuka Tidak Lama Lagi, Serupa Macam Sandbox Dalam Drama Korea Start-Up!
TEGAS Digital Village Bakal Dibuka Tidak Lama Lagi, Serupa Macam Sandbox Dalam Drama Korea Start-Up!

Perkampungan digital ini juga merupakan bukti komitmen kerajaan Sarawak untuk memecut pertumbuhan syarikat pemula tempatan dan perusahaan sosial di negeri ini. Pusat inovasi ini juga akan menjadi makmal uji kaji bagi para peneroka menghasilkan proses dan produk dari sudut teknologi sekaligus menjana pendapatan untuk Sarawak. Menurut Datu Haji Len Talif Salleh, pengerusi TEGAS merangkap Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, misi adalah selaras dengan Strategi Ekonomi Digital Sarawak 2018-2022.

TDV bakal perkasakan ekosistem inovasi keusahawan, start-up dan ekonomi digital Sarawak

Dengan adanya TDV ini juga, TEGAS bersama ekosistem syarikat pemula akan memperkukuhkan lagi usahanya untuk meningkatkan ekosistem inovasi keusahawanan dan seterusnya memacu ekonomi digital. Pelbagai inisiatif akan dilaksanakan di sini termasuklah program pecutan pertumbuhan dan scale-up, pengkomersialan penyelidikan dan pembangunan (R&D), akses pasaran dan panduan pembiayaan, inovasi korporat, pemerkasaan ekosistem serta sokongan harta intelek (IP).

Bukan itu sahaja, TDV juga akan menjadi sebuah pusat yang berperanan untuk mempromosikan Sarawak sebagai sebuah destinasi untuk inovasi hi-tech dan keusahawanan, sekali gus menyemarakkan pelaburan domestik dan asing serta memperkasakan rakyat Sarawak ke peringkat global.

Pengurus Besar TDV, Manzoor Hayat Khan (tengah) bersama staf pengurusan TDV.

Wah! Semoga inovasi dan pendigitalan di Sarawak akan terus melonjak dengan berkembang maju dengan adanya TDV ini. Tak sabar!

Baca juga pencapaian inovasi yang telah dilaksanakan oleh syarikat pemula Sarawak setakat ini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Adakah Anda Miliki Imaginasi Kreatif? Sertai Peraduan Cipta Ilustrasi Muka Depan Novel Fixi Adakah Anda Miliki Imaginasi Kreatif? Sertai Peraduan Cipta Ilustrasi Muka Depan Novel Fixi
Next Article Sekumpulan Penyelidik Temui 2 Spesis Kupang Baharu Berstatus Endemik Di Limbang Dan Kinabatangan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?