• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tegur Pemandu Tak Bagi Signal, Lelaki Dibelasah Hingga Patah 7 Gigi Di Kota Kinabalu

Oleh
Husna Hazmi
31 Mac 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Cermin kereta mangsa juga turut dipecah menggunakan batang besi.

Tegur Pemandu Tak Bagi Signal, Lelaki Dibelasah Hingga Patah 7 Gigi Di Kota Kinabalu. Gara-gara tegur cara pemanduan pemandu lain di lampu isyarat, seorang lelaki patah sehingga tujuh gigi serta cedera di kepala dan tangan setelah dibelasah dalam kejadian di Jalan Kolam, Kota Kinabalu pada Isnin lalu.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 10 malam itu, mangsa yang berusia 21 tahun memandu kereta jenis Honda S660 dikatakan berselisih dengan sebuah kenderaan Perodua Alza.

Tegur Pemandu Tak Bagi Signal, Lelaki Dibelasah Hingga Patah 7 Gigi Di Kota Kinabalu
Tegur Pemandu Tak Bagi Signal, Lelaki Dibelasah Hingga Patah 7 Gigi Di Kota Kinabalu

Menegur kenderaan di sebelahnya tidak memberikan isyarat untuk masuk ke lorong laju

Namun demikian, ketika berada di lampu isyarat mangsa dikatakan telah menegur kenderaan di sebelahnya kerana tidak memberikan isyarat untuk masuk ke lorong laju.

Keadaan kemudiannya menjadi tidak terkawal sehingga pemandu Perodua Alza terbabit dikatakan bertindak memecahkan cermin kereta mangsa dengan menggunakan batang besi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji, berdasarkan laporan yang diterima, suspek turut dikatakan memukul mangsa di kepala dan tangan menggunakan batang besi berkenaan.

Katanya, suspek kemudiannya masuk semula ke dalam kenderaannya melarikan diri dan terus meninggalkan lokasi kejadian.

Tegur Pemandu Tak Bagi Signal, Lelaki Dibelasah Hingga Patah 7 Gigi Di Kota Kinabalu

Mangsa mendapatkan rawatan di hospital berhampiran

“Mangsa yang cedera kemudiannya dibantu orang awam untuk keluar dari kenderaan. Dia kemudiannya menghubungi ahli keluarga sebelum dibawa mendapatkan rawatan di hospital berhampiran.

“Setakat ini, suspek berusia 36 tahun itu sudah dikenal pasti dan usaha memburunya sedang giat dijalankan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Habibi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kurang Daripada 29% Populasi Di Sarawak Telah Mendaftar Vaksin COVID-19
Next Article Dari Naib Presiden Ke Pengerusi Shell Malaysia, Anak Sarawak Ini Sekali Lagi Lakar Sejarah

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?