• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dari Naib Presiden Ke Pengerusi Shell Malaysia, Anak Sarawak Ini Sekali Lagi Lakar Sejarah

Oleh
Ismail NA
31 Mac 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Beliau menggantikan pengerusi lama yang akan bersara.

Dari Naib Presiden Ke Pengerusi Shell Malaysia, Anak Sarawak Ini Sekali Lagi Lakar Sejarah. Siapa tidak mengenali Shell, syarikat pengeluar minyak utama yang ada di Malaysia selain Petronas dan Petron. Malah, syarikat yang berasal daripada peniaga kulit kerang oriental dari Belanda ini telah pun meneroka sumber minyak petroleum di Kepulauan Borneo sejak dari tahun 1950-an.

Isi Isi Penting
  • Beliau menggantikan pengerusi lama yang akan bersara.
  • Berkuatkuasa secara rasmi bermula 1 April 2021
  • Ivan dipilih atas rekod kerjaya yang cemerlang
  • Baca lebih lanjut tentang perjalanan karier Ivan Tan di sini :

Kini, Shell Malaysia dengan bangganya melantik anak Sarawak untuk menerajui kegemilangan legasi syarikat petroleum tersebut di Malaysia. Anak jati Miri, Ivan Tan yang sebelum ini dilantik menjadi naib presiden Shell Malaysia kini telah dilantik sebagai Pengerusi Shell Malaysia. Wah!

Berkuatkuasa secara rasmi bermula 1 April 2021

Ivan akan menjawat jawatan tersebut secara rasmi bermula 1 April 2021 menggantikan pengerusi sedia ada Shell Malaysia iaitu Datuk Iain Lo. Datuk Iain Lo bakal bersara setelah menaburkan khidmat bakti selama 30 tahun di Shell dan menjadi pengerusi selama 8 tahun.

Dengan jawatan pengerusi ini, Ivan akan memantau perniagaan Shell Malaysia, selain masih menjalankan tugas sebagai naib presiden kanan dan pengarah urusan untuk perniagaan hiliran di Malaysia.

Dari Naib Presiden Ke Pengerusi Shell Malaysia, Anak Sarawak Ini Sekali Lagi Lakar Sejarah
Ivan Tan, pengerusi baharu Shell Malaysia.
Kredit : The Star

Dalam masa yang sama, Shell Malaysia turut mengucapkan penghargaan kepada Datuk Iain Lo atas sumbangan, kepimpinan, pengalaman dan komitmen sepanjang kerjayanya di Shell selain turut mengalu-alukan kehadiran Ivan untuk posisi terbaharu iaitu sebagai Pengerusi Shell Malaysia.

Ivan dipilih atas rekod kerjaya yang cemerlang

Pemilihan Ivan untuk jawatan tersebut dirasakan sesuai oleh Shell Malaysia disebabkan sejarah kerjayanya yang cemerlang dan terbukti dalam menguruskan perniagaan serta dalam bidang kepimpinan keselamatan dan operasi. Malah, pihaknya yakin akan kemampuan Ivan untuk memacu peluang yang lebih jauh di Malaysia selari dengan strategi global mereka.

Untuk pengetahuan anda, Ivan Tan merupakan bekas pelajar St. Joseph Primary School, Miri dan SMK St. Joseph, Miri. Setelah tamat pengajian sekolah menengah, beliau ditawarkan biasiswa daripada Shell untuk menyambung pengajian ke peringkat A-Level di Loughborough dan kemudian mendapatkan ijazah sarjana muda di Imperial College London. Selain itu, Ivan juga merupakan pemegang ijazah sarjana MBA dari Manchester Business School. Bapa Ivan pula merupakan salah seorang staf syarikat Shell dan beliau mengakui mendapat pendedahan tentang syarikat ini sejak dari usia muda lagi.

Dari Naib Presiden Ke Pengerusi Shell Malaysia, Anak Sarawak Ini Sekali Lagi Lakar Sejarah
Dari Naib Presiden Ke Pengerusi Shell Malaysia, Anak Sarawak Ini Sekali Lagi Lakar Sejarah
Sumber : The Borneo Post

Beliau memulakan kerjayanya di Shell Miri pada tahun 2001. Pada peringkat awal, beliau banyak menguruskan telaga minyak, kontrak dan perolehan serta tugasan HSE di Malaysia, Belanda, New Zealand dan China. Menurutnya, bekerja di lapangan sepanjang kariernya di Shell telah banyak mengajarnya tentang erti kerja berpasukan dan lebih berdikari.

Tahniah Ivan!

Baca lebih lanjut tentang perjalanan karier Ivan Tan di sini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tegur Pemandu Tak Bagi Signal, Lelaki Dibelasah Hingga Patah 7 Gigi Di Kota Kinabalu
Next Article Coldplay Taja Interceptor 005, Mesin Untuk Membersihkan Sungai Di Malaysia

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?