I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tekanan Dan Anxiety Di Usia Muda, Pengusaha Ini Kongsi Detik Cemas Hampir Hilang Nyawa

Oleh Farisha
11 Januari 2025
Kongsi
3 Min Bacaan

Tekanan bisnes, kisah pengalaman ‘near death’ yang membuka mata

Tekanan Dan Anxiety Di Usia Muda, Pengusaha Ini Kongsi Detik Cemas Hampir Hilang Nyawa. Kisah yang baru saja tular ini datang dari seorang pengusaha muda di Sarawak yang menceritakan detik cemas beliau mengalami apa yang digambarkan sebagai pengalaman “near death.”

Kisah ini bukan sahaja membuka mata, malah menjadi peringatan kepada semua untuk menjaga kesihatan, terutamanya apabila terlibat dalam dunia perniagaan yang penuh tekanan.

Tekanan Dan Anxiety Di Usia Muda, Pengusaha Ini Kongsi Detik Cemas Hampir Hilang Nyawa
Tekanan Dan Anxiety Di Usia Muda, Pengusaha Ini Kongsi Detik Cemas Hampir Hilang Nyawa. Sumber foto: Muhamad Zakwan

“Badan Tak Bernyawa”

Menurut perkongsian beliau di laman Facebook, segalanya bermula pada suatu malam selepas selesai menonton televisyen. Secara tiba-tiba, kepala terasa pening dan seluruh badan seperti kehilangan kekuatan.

Pada masa itu, hanya beliau dan ibunya berada di rumah. Lebih menakutkan, beliau tidak mampu bergerak selama beberapa saat tetapi masih sedar akan apa yang berlaku.

“Saya hanya mampu istighfar dan menyebut nama Allah. Masa tu, saya terfikir apa amalan yang akan saya bawa kalau ini pengakhiran saya,” katanya dengan penuh rasa syukur kerana masih diberi peluang untuk bernafas.

Usaha Naik Tangga untuk Jumpa Ibu

Dengan sisa tenaga yang ada, beliau menggagahkan diri naik ke atas untuk menemui ibunya walaupun kedua-dua kakinya masih terasa kebas. Setibanya di atas, beliau terus memberitahu ibunya, “Mak, bawa saya ke Normah sekarang.”

Setelah diperiksa di hospital, doktor memaklumkan beliau kemungkinan mengalami masalah jantung, tekanan darah tinggi, dan kebimbangan melampau (anxiety).

Nasihat Doktor Buat Pengusaha Muda

Apa yang mengejutkan ialah tekanan darah beliau mencatatkan angka yang sangat tinggi, 200/120. Doktor turut menasihati agar beliau berehat sepenuhnya dan menyerahkan urusan perniagaan kepada pekerja selama beberapa minggu.

“Ini tak masuk akal untuk umur seperti awak. Biasanya, kami jumpa kes macam ini dalam kalangan pemilik perniagaan, tapi bukan pada umur muda seperti awak,” kata doktor.

Tekanan dalam Dunia Perniagaan

Perkongsian ini menjadi peringatan jelas kepada orang ramai agar tidak terlalu mengabaikan kesihatan demi mengejar kejayaan. Tekanan yang tidak terkawal boleh membawa risiko besar kepada kesihatan mental dan fizikal.

Pesanannya Buat Semua

“Saya akan berehat dulu, guys,” katanya sebagai penutup perkongsian. Pengalaman beliau ini bukan sahaja membuka mata tentang betapa bahayanya tekanan perniagaan, tetapi juga pentingnya untuk mendengar isyarat tubuh apabila ia “memberontak.”

Semoga beliau terus sembuh dan menjadi inspirasi buat semua untuk mengutamakan kesihatan dalam apa jua yang dilakukan. Jangan lupa jaga kesihatan, ya! Anda hanya ada satu tubuh untuk dijaga.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai pentingnya kesihatan mental:

Kesihatan Mental Itu Penting, Periksa Tahap Stress Dan Depresi Anda Melalui Atas Talian
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Permohonan Bazaar Ramadan MBKS 2025 Kini Dibuka
Next Article Pegawai TV Dan Wanita Disyaki Dalang Penyelewengan RM17 Juta Pegawai TV Dan Wanita Disyaki Dalang Penyelewengan RM17 Juta

Advertorial

Mengenal Lun Bawang Ba’kelalan, Komuniti Yang Menemui Revolusi Hidup Menerusi Agama
Cerita Borneo
5 Aktiviti Menarik Di Lawas Sarawak Yang Anda Mesti Masukkan Dalam ‘Checklist’
Aktiviti Menarik
TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?