• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Telmo Castanheira Sedia Jadi Wira, Bantu Sabah Padam Cabaran KL City

Oleh
Farisha
21 Februari 2025
Kongsi
3 Min Bacaan

Sabah FC harap magis Castanheira, mampukah mereka atasi KL City?

Telmo Castanheira Sedia Jadi Wira, Bantu Sabah Padam Cabaran KL City. Sabah FC mahu bangkit daripada prestasi turun naik mereka dengan mencatat kemenangan ke atas Kuala Lumpur City FC dalam aksi Liga Super 2024 di Stadium Likas pada Jumaat ini.

Selepas hanya meraih satu kemenangan dalam lima perlawanan terakhir – menewaskan Negeri Sembilan FC 2-1 pada 25 Januari lalu – Sang Badak perlu mencari ramuan terbaik untuk mengutip tiga mata penuh di laman sendiri.

Telmo Castanheira Sedia Jadi Wira, Bantu Sabah Padam Cabaran KL City
Telmo Castanheira Sedia Jadi Wira, Bantu Sabah Padam Cabaran KL City

Malah, Sabah turut menerima tamparan hebat selepas dibelasah 0-4 oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 11 Januari dan sekadar seri 2-2 dengan Pahang FC pada 16 Februari. Lebih mengecewakan, mereka juga tersingkir dari separuh akhir Piala Malaysia 2024 selepas tewas 2-3 secara agregat kepada Pahang.

Namun, di sebalik keputusan yang kurang memberangsangkan itu, pemain tengah Sabah, Telmo Castanheira tetap optimis bahawa pasukannya mampu kembali ke landasan kemenangan.

“Kami menunjukkan sikap positif dalam perlawanan terakhir. Walaupun hanya seri, pasukan bermain dengan baik dan memberikan yang terbaik.

“Kami kini berada di tangga ketiga liga dan berjaya mara ke separuh akhir Piala Malaysia. Kami yakin dapat meraih tiga mata dalam perlawanan seterusnya,” kata pemain tengah Portugal berusia 32 tahun itu, menurut laporan media tempatan.

Bukan Tugas Mudah Berdepan KL City

Biarpun beraksi di halaman sendiri, Sabah tidak boleh mengambil mudah ancaman KL City FC yang terkenal dengan disiplin taktikal mereka.

The City Boys baru sahaja mencipta kejutan apabila menundukkan Terengganu FC 2-1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin minggu lalu, membuktikan mereka mampu memberikan saingan sengit.

Menurut Castanheira, kekuatan KL City terletak pada corak permainan mereka yang tersusun serta kekuatan sebagai satu unit pasukan.

“Kuala Lumpur adalah pasukan yang kuat dan memiliki ramai pemain berbakat. Kami perlu menghormati mereka dan bersedia untuk perlawanan yang mencabar,” katanya lagi.

Setakat ini, Castanheira telah membuat 24 penampilan bersama Sabah musim ini, menyumbang enam assist selain memainkan peranan penting sebagai pemain tengah box-to-box.

“Saya gembira dengan prestasi saya, tetapi sentiasa ada ruang untuk penambahbaikan,” tambahnya.

Dengan Sabah berada di tangga ketiga liga mengumpul 33 mata daripada 18 perlawanan, sementara KL City di tangga ketujuh dengan 21 mata, perlawanan ini dijangka sengit dengan kedua-dua pasukan ingin terus mengukuhkan kedudukan dalam saingan Liga Super 2024.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai pemain bola berdarah Sarawak, Dion Cools:

Pemain Bola Darah Sarawak, Dion Cools Dikritik Media China Lupa Asal Usul
Kenali Dion Cools, Pemain Bola Berdarah Sarawak Yang Bantu Malaysia Layak Ke Piala Asia 2023
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tukar Bantuan SKAS Kepada Tunai, Kerajaan Sarawak Sedia Ambil Tindakan Tegas Tukar Bantuan SKAS Kepada Tunai, Kerajaan Sarawak Sedia Ambil Tindakan Tegas
Next Article Gula-Gula Gummy Dirampas Selepas Murid 10 Tahun Meninggal Dunia Tercekik

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?