• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

Tempat Makan Seafood Sedap Di Kota Kinabalu Yang Anda Kena Cuba

Oleh
Farisha
26 Oktober 2023
Kongsi
5 Min Bacaan

Ini adalah antara restoran makanan laut yang terkenal di Kota Kinabalu, Sabah

Tempat Makan Seafood Sedap Di Kota Kinabalu Yang Anda Kena Cuba. Selain terdapat banyak tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi, Kota Kinabalu juga menawarkan pelbagai makanan yang sedap-sedap untuk penggemar makanan. Makan makanan laut di Kota Kinabalu sememangnya satu pengalaman kulinari yang tidak boleh dilepaskan bagi pelancong.

Seperti yang diketahui ramai, makanan laut di Sabah sememangnya segar kerana ianya disediakan dengan makanan laut yang baru ditangkap dari laut di sekitar Sabah. Ini memastikan kesegaran makanan laut yang dihidangkan. Walaupun menikmati makanan laut yang segar, harga makanan laut di sini adalah berpatutan dan mampu milik. Jom kami kongsikan tempat makan sedap yang jadi kegemaran ramai.

1. Gayang Seafood Restoran 

Tempat Makan Seafood Sedap Di Kota Kinabalu Yang Anda Kena Cuba. Sumber: everydayfoodilove

Restoran ini antara Restoran Seafood yang terkenal di Sabah kerana harganya yang murah, namun perjalanan memakan masa 40 minit dari pusat bandar. Antara menu kegemaran ramai adalah Udang Steam, Lobster Masak Butter, Ketam Masak Kam Heong, Soft Shell Crab, Sup Isi Ketam, dan banyak lagi.

Maklumat penting

Lokasi: Jalan Sulaman, 89200 Kota Kinabalu, Sabah

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Rabu tutup. Jam operasi pada 11:00am hingga 2:00pm, 3:00pm-9:00pm.

2. Welcome Seafood Restaurant

Welcome Seafood Restaurant Outlet - Picture of Welcome Seafood Restaurant, Kota Kinabalu - Tripadvisor
Tempat Makan Seafood Sedap Di Kota Kinabalu Yang Anda Kena Cuba. Sumber: tripadvisor

Welcome Seafood Restaurant adalah sebuah tempat makanan laut yang terkenal di Kota Kinabalu, Sabah. Difahamkan tempat ini sering menjadi tarikan ramai dan penuh pada pukul 5 petang, jadi adalah disyorkan untuk datang lebih awal. Makanan laut di sini segar dan harga yang berpatutan, malah tempat ini mempunyai suasana yang menyenangkan.

Maklumat penting

Lokasi: Lot G18, Komplek Jalan Asia City Phase 2A, Asia City, 88300 Kota Kinabalu, Sabah.

Waktu operasi: Isnin hingga Ahad – 12:00pm hingga 11:00pm

3. Kampung Nelayan Floating Seafood Restaurant

Kampung Nelayan Floating Seafood Restaurant - Taman Tun Fuad
Tempat Makan Seafood Sedap Di Kota Kinabalu Yang Anda Kena Cuba. Sumber: foursquare

Jika anda suka makanan laut, Kampung Nelayan Floating Seafood Market Restaurant adalah tempat untuk anda. Mereka menawarkan pelbagai hidangan yang disediakan dengan makanan laut segar, dan mereka juga ada pilihan bufet jika anda lebih suka makan apa yang mereka sediakan berbanding memilih dan menentukan sendiri. Selain itu, tarian tradisional mereka sentiasa menghiburkan untuk ditonton.

Maklumat penting

Lokasi: Kampung Nelayan Floating Seafood Market Restaurant, Jalan Bukit Padang Luyang, Taman Tun Fuad Stephen, 88300 Kota Kinabalu, Sabah

Waktu operasi: Isnin hingga Ahad – 11:00am hingga 2:00pm, 6:00pm hingga 11:00pm

4. Todak Waterfront Hawker Center

Sumber foto: instagram

Makan di restoran seafood di Kota Kinabalu adalah cara unik untuk menikmati makanan laut yang lazat. Terdapat beberapa gerai menawarkan pelbagai jenis makanan laut pada harga yang sangat berpatutan. Menurut laman web raya holidays, kebanyakan pengusaha kedai makan di Todak Waterfront adalah beragama Islam. Jadi tidak perlu ragu-ragu kalau anda datang makan di Todak Waterfront.

Maklumat penting

Lokasi: Jln Tun Fuad Stephens, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah.

Waktu operasi: Isnin hingga Ahad – 5:00pm hingga 12:00am.

5. Alu-Alu Kitchen

Alu-Alu Kitchen adalah sebuah restoran di Kota Kinabalu, Malaysia yang berusaha untuk menyediakan makanan laut yang segar dan eco-friendly kepada para pelanggannya. Restoran ini bekerjasama dengan Borneo Eco Fish Foundation untuk membantu pembiakan stok ikan yang mampan. Menu restoran ini juga termasuk hidangan Cina tradisional yang menggunakan bahan-bahan tempatan dan tradisional.

Maklumat penting

Lokasi: Jalan Kolombong, Lorong Mangga 1, Kolombong/Bdc Industrial Estate, 88450 Kota Kinabalu, Sabah.

Waktu operasi: Isnin hingga Ahad – 9:00am hingga 9:00pm.

6. Fish Market Restaurant

The Fish Market Restaurant adalah restoran makanan laut kegemaran di Pusat Bandar Kota Kinabalu. Mereka menyediakan makanan laut segar pada harga yang berpatutan dan telah beroperasi lebih daripada 30 tahun. Pilihan hot pot di sini juga sangat popular dan sangat sihat kerana makanan akan dikukus dan bukannya digoreng, ini membantu mengekalkan nutrisi dan rasa asal.

Maklumat penting

Lokasi: No.A-G-2,Ground Floor,Block A Phae 1,Lorong Sutera,Sutera Avenue sembulan,88100, Sutera Avenue, 88000 Kota Kinabalu, Sabah.

Waktu operasi: Isnin hingga Ahad – 12:00pm hingga 10:30pm.

Setiap restoran ini menawarkan pengalaman makan yang unik, dengan menyediakan rasa masakan tempatan dan antarabangsa yang terdapat di Kota Kinabalu. Nikmati dan meneroka keenakan kulinari di bandar yang penuh warna-warni ini!

Baca juga artikel yang berkaitan dengan makanan laut di Borneo:

Hidang Makanan Laut Fresh Dan Lazat, Babaganoush Ini Jadi Port Makan Best Di Kuching
Syurga Seafood Murah, Nikmati Makanan Laut Segar Di Suria Kitchen Telaga Air
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini 5 Aktiviti Luar Yang Best Wajib Cuba Di Sabah Ini 5 Aktiviti Luar Yang Best Wajib Cuba Di Sabah
Next Article Berasal Dari Nama Pokok Mangga Gatal, Ini Sejarah Nama Pekan Manggatal Di Sabah Berasal Dari Nama Pokok Mangga Gatal, Ini Sejarah Nama Pekan Manggatal Di Sabah

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?