• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ratusan Beratur Temuduga Di Sandakan, Isu Gaji Dan Jobless Terus Jadi Bualan

Oleh
Farisha
9 Januari 2025
Kongsi
3 Min Bacaan

‘Masyarakat bukan pemalas’ – Pembukaan Econsave di Sandakan cetus debat isu kerja

Ratusan Beratur Temuduga Di Sandakan, Isu Gaji Dan Jobless Terus Jadi Bualan. Baru-baru ini, satu hantaran di media sosial telah menarik perhatian ramai apabila memaparkan ratusan anak muda beratur panjang untuk menghadiri temu duga kerja.

Difahamkan, temuduga tersebut adalah bersempena pembukaan pasaraya terkenal, Econsave, di Sandakan.

Ratusan Beratur Temuduga Di Sandakan, Isu Gaji Dan Jobless Terus Jadi Bualan
Ratusan Beratur Temuduga Di Sandakan, Isu Gaji Dan Jobless Terus Jadi Bualan. Sumber foto: Sandakan City

“Bagus juga banyak peluang pekerjaan dibuka kan. Kesian banyak anak2 muda terpaksa merantau ke semenanjung untuk cari rezeki. Semoga semakin byk lagi industri dibuka di sandakan ni,” tulis hantaran tersebut di laman Facebook Sandakan City.

Namun, disebalik berita gembira ini, netizen turut meluahkan rasa kecewa terhadap keadaan peluang pekerjaan dan cabaran ekonomi di Sabah.

“Reality-nya Sabah Penuh Jobless”

Seorang netizen menulis:

“Reality-nya Sabah penuh jobless, wakil rakyatnya langsung tak tahu malu. Gila jawatan tapi tak fikir langsung keadaan rakyatnya.

Ini mencerminkan kekecewaan ramai terhadap situasi ekonomi yang tidak seimbang di negeri ini.

Gaji Rendah dan Keadaan Kerja Tidak Adil

Selain isu kekurangan peluang pekerjaan, beberapa netizen turut membangkitkan masalah gaji rendah dan keadaan kerja yang tidak adil di Sabah.

“Masalahnya di Sabah ni, banyak majikan masih tawar gaji yang rendah. Kadang-kadang di bawah gaji minimum. Lepas tu, kerja lebih dari 8 jam sehari. Ada saya nampak orang post kerja kosong kedai kopi 12 jam satu hari, satu bulan 2 kali cuti saja, gaji RM1200. Last-last warga asing juga yang ambil,” kata seorang lagi pengguna media sosial.

“Masyarakat Bukan Pemalas”

Salah satu komen lain yang mendapat perhatian berbunyi:

“Kerajaan pada hari ini perlu memikirkan peluang pekerjaan untuk muda mudi. Ini membuktikan masyarakat bukan pemalas tapi pekerjaan kurang sesuai dengan gaji yang diberi.

Ramai bersetuju bahawa isu ini bukan hanya tentang ketiadaan peluang pekerjaan, tetapi juga soal gaji dan kebajikan pekerja tempatan.

“Tak Yah Ambil Warga Asing”

Ada juga netizen yang menyarankan agar syarikat mengutamakan pekerja tempatan.

“Tak yah ambil warga asing… Rasa boleh je operasi 100% orang tempatan,” ujar seorang pengguna yang berharap agar peluang kerja seperti ini diisi sepenuhnya oleh rakyat Sabah.

Harapan Baharu atau Sementara?

Pembukaan Econsave di Sandakan ini dilihat sebagai satu langkah positif, namun ia juga menjadi peringatan tentang banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki, terutama dalam menyediakan peluang pekerjaan yang adil dan gaji setimpal.

Adakah pembukaan ini mampu membuka lebih banyak ruang ekonomi di Sabah? Atau adakah ia hanya penyelesaian sementara?

Kepada anda di Sandakan, apa pandangan anda tentang peluang pekerjaan di Sabah? Kongsi pendapat anda di ruangan komen!

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai kisah inspirasi lelaki di Sarawak yang telah mencuba banyak pekerjaan dalam hidupnya:

Pernah Cuba Banyak Pekerjaan, Lelaki Di Sarawak Ini Kongsi Kisah Inspirasi Untuk Orang Ramai
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pekerja ASNB Sibu Didakwa Pecah Amanah Seleweng Wang RM 263K Pekerja Unit Amanah Di Sibu Didakwa Pecah Amanah Seleweng Wang RM 263K
Next Article 21 Ways Film Akan Hasilkan Filem Pertama Di Gua Niah Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?