• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Event Menarik

Temui Lagenda Badminton Malaysia, Tan Boon Heong Di Plaza Merdeka Kuching Esok

Oleh
Ismail NA
15 September 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Teruja tak korang?

Temui Lagenda Badminton Malaysia, Tan Boon Heong Di Plaza Merdeka Kuching Esok. Siapa tak kenal Tan Boon Heong, legenda badminton negara yang pernah bergandingan bersama Koo Kien Keat semasa zaman kegemilangan mereka sekitar tahun 2006-2013.

Sempena Hari Malaysia ini, bintang badminton ini akan menemui peminatnya di Kuching, Sarawak dan anda juga berpeluang untuk beramah mesra dengan beliau!

Temui Lagenda Badminton Malaysia, Tan Boon Heong Di Plaza Merdeka Kuching Esok
Temui Lagenda Badminton Malaysia, Tan Boon Heong Di Plaza Merdeka Kuching Esok. Sumber: FB Tan Boon Heong

Tan Boon Heong menerusi hantarannya di laman Facebook mengumumkan bahawa beliau akan berada di Plaza Merdeka, Kuching untuk sesi Meet & Greet bersama tetamu undangan khas Project CHNO. Beliau akan berada di Plaza Merdeka pada jam 12 tengah hari esok.

Boon Heong hanya datang Kuching sekali setiap satu dekad

Dalam hantaran yang sama, Boon Heong sempat berseloroh bahawa sesiapa yang terlepas sesi esok berkemungkinan hanya akan menemui beliau kembali di Kuching agak-agak dalam 8 tahun yang akan datang.

Katanya, kedatangannya ke Kuching adalah sesuatu yang ‘rare’ memandangkan ini adalah kali pertama beliau ke Kuching dalam masa satu dekad. Memang pandai Boon Heong ini ajak peminatnya pergi ke Plaza Merdeka esok.

https://www.facebook.com/mmt.tanboonheong/posts/pfbid02Ufxy98opbr1kxzGYFrGhPz8cfg9FEbwEqi5VUDQcGpqP8Epuy1QvSVxLYrC4DCprl

Lawatannya ke Sarawak pada kali ini adalah sebahagian daripada rangka kerja promosi bersama syarikat minuman Aik Cheong memandangkan beliau merupakan duta jenama minuman tersebut sejak tahun 2020.

Fakta menarik tentang Tan Boon Heong

Satu lagi fakta menarik tentang Tan Boon Heong ini adalah beliau merupakan pemegang rekod Guinness dunia di mana beliau memegang rekod smash badminton terpantas dunia dengan kelajuan 493 km/jam.

Temui Lagenda Badminton Malaysia, Tan Boon Heong Di Plaza Merdeka Kuching Esok

Beliau kini juga aktif di TikTok dan Instagram dan sering berinteraksi bersama pengikutnya menerusi live dan ruangan komen. Sehingga kini, beliau berjaya mengumpul sebanyak lebih 500 ribu pengikut di TikTok dan lebih 160 ribu pengikut di Instagram.

Selain itu, ramai yang tidak menyangka bahawa Tan Boon Heong ini mempunyai personaliti yang bersahaja dan humor yang menghiburkan.

Bah, jangan lupa temu janji esok, 16 September 2022, Jumaat bersama Tan Boon Heong di Plaza Merdeka, Kuching. Jumpa anda di sana.

Kenali juga anak Sarawak pertama yang menjadi jurulatih pasukan kebangsaan:

James Chua Anak Sarawak Pertama Dilantik Jadi Jurulatih Skuad Badminton Malaysia
Rela Berkaki Ayam, ‘Coach’ Malaysia Pinjamkan Kasut Kepada Atlet Jamaica
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Diklasifikasi Sebagai Mati Mengejut, Mayat Lelaki Tanpa Identiti Ditemui Di Tepi Jalan Di Sibu
Next Article Jaguh Lompat Tinggi Berjaya Rangkul Pingat Emas Pertama Untuk Sabah Dalam SUKMA 2022 Jaguh Lompat Tinggi Berjaya Rangkul Pingat Emas Pertama Untuk Sabah Dalam SUKMA 2022

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?