• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tendangan Juara, Latihan Johan Ghazali Tinggalkan Kesan Di Lengan Ibu

Oleh
Farisha
25 Oktober 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Lengan ibu lebam, sesi latihan Johan Ghazali bersama ibu raih perhatian ramai

Tendangan Juara, Latihan Johan Ghazali Tinggalkan Kesan Di Lengan Ibu. Baru-baru ini, satu hantaran tular mengenai juara Muay Thai Malaysia, Muhammad Johan Ghazali atau Jojo yang berlatih bersama ibunya, Jennana Johnson telah mendapat perhatian ramai di media sosial.

Menerusi perkongsian di laman TikTok itu menunjukkan Jojo sedang berlatih dengan ibunya di gelanggang tinju. Dalam video tersebut, Jennana membantu anaknya berlatih dengan memegang pad kick boxing di kedua-dua belah tangannya untuk ditendang oleh Jojo.

Tendangan Juara, Latihan Johan Ghazali Tinggalkan Kesan Di Lengan Ibu
Tendangan Juara, Latihan Johan Ghazali Tinggalkan Kesan Di Lengan Ibu

Semasa sesi latihan itu, Jennana turut membuat beberapa gerakan tendangan dan tumbukan untuk melatih Jojo mengelak daripada serangan lawan.

Selepas sesi latihan, Jojo memeriksa tangan ibunya dan mendapati terdapat kesan lebam akibat tendangan kuatnya pada pad yang dipegang oleh ibunya. Walaupun begitu, Jennana menegaskan bahawa dia tidak merasa sakit walaupun Jojo menekan pada bahagian yang lebam itu.

“Jangan derhaka dengan mak jojo” – Netizen berseloroh

Perkongsian video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ramai yang berseloroh mengenai tendangan Jojo manakala segelintir yang lain memuji ketabahan Jennana yang masih kuat walaupun menerima tendangan yang begitu kuat daripada anaknya yang berusia 18 tahun itu.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Tular Di TikTok, Lamborghini Huracán Johan Ghazali Curi Tumpuan Netizen
Johan Ghazali Jelaskan Perbandingan Sukan Silat dan Muay Thai

SUMBER :Cari
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Terpaksa Tunggu Berjam, Peserta Luah Proses Pengambilan Kit Maraton Di Kuching Kurang Efisien Terpaksa Tunggu Berjam, Peserta Luah Proses Pengambilan Kit Maraton Di Kuching Kurang Efisien
Next Article Pelajar Sabah Juara Keseluruhan Penulisan Esei Belia Antarabangsa

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?