• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Terbaik Di Malaysia, Ketahui Nanas Sarawak Serta Nanas Josephine Yang Manis Dan Menyegarkan

Oleh
Husna Hazmi
16 April 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Nanas kalau makan time sejuk memang kena!

Terbaik Di Malaysia, Ketahui Nanas Sarawak Serta Nanas Josephine Yang Manis Dan Menyegarkan. Malaysia merupakan salah sebuah negara yang menanam buah nanas secara meluas di seluruh dunia. Di Sarawak buah ini sememangnya popular dan menjadi salah satu buah kegemaran penduduk tempatan.

Untuk pengetahuan, buah nanas Sarawak adalah antara nanas terbaik di Malaysia yang dikenali kerana kelazatannya dan ia dihasilkan di negeri Sarawak. Buah ini biasanya memiliki isi yang manis dan sedikit masam, serta aroma yang kuat dan menyegarkan. Selain itu, buah nanas Sarawak juga dikenali kerana kandungan nutrisinya yang kaya dengan vitamin. Buah ini sering dimakan terus atau dibuatkan sebagai jus, dijadikan salad buah, atau bahan masakan bagi melembutkan daging.

Antara Yang Terbaik Di Malaysia, Ketahui Nanas Sarawak Serta Nanas Josephine Yang Manis Dan Menyegarkan
Terbaik Di Malaysia, Ketahui Nanas Sarawak Serta Nanas Josephine Yang Manis Dan Menyegarkan. Sumber foto: Deenamik
Antara Yang Terbaik Di Malaysia, Ketahui Nanas Sarawak Serta Nanas Josephine Yang Manis Dan Menyegarkan
Sumber foto: Vanilla Kismis

Memiliki manfaat kesihatan

Selain itu, buah nanas Sarawak juga dikatakan memiliki banyak manfaat kesihatan, seperti membantu meningkatkan sistem imunisasi badan dan meningkatkan kesihatan jantung.

Buah nanas Sarawak kebiasaanya ditanam secara tradisional tanpa menggunakan hormon penggalak. Oleh itu, proses penuaian buah ini memakan masa yang agak lama hingga mencecah lebih setahun. Walaubagaimanapun, hasil tuaian nanas Sarawak yang ditanam secara tradisional dikatakan lebih sedap dan manis jika dibandingkan dengan nanas yang ditanam secara komersial.

Antara Yang Terbaik Di Malaysia, Ketahui Nanas Sarawak Serta Nanas Josephine Yang Manis Dan Menyegarkan
Sumber foto: MBG Fruit Shop

Nanas Josephine

Nanas Josephine atau nanas Josapine atau nama saintifiknya Ananas cosmosus pula adalah antara satu jenis nanas yang popular di Malaysia dan ditanam secara meluas di Johor, Selangor dan Sarawak. Untuk pengetahuan, jenis nanas Josephine merupakan hasil kacukan nanas Sarawak dan nanas Johor. Oleh itulah nanas ini dikenali sebagai Josapine, JO – mewakili Johor, SA – mewakili Sarawak, dan PINE mewakili nanas.

Apa yang membezakan nanas Josephine dengan nanas biasa? Nanas Josephine tidak mempunyai daun yang berduri manakala bentuk daunnya yang menghijau tumbuh melempai apabila sudah matang. Warna kulit nanas Josephine berwarna seakan-akan ungu jingga serta kemerah-merahan sedikit apabila sudah masak.

Isinya pula mempunyai warna kuning dengan tekstur yang rangup disertakan dengan aroma nya tidak terlalu menyengat dan sesuai untuk dimakan begitu sahaja bagi merasai kesegarannya.

Lagi buah menarik yang anda boleh ketahui di sini:

https://www.iloveborneo.my/dikenali-sebagai-buah-syampu-kenali-buah-eksotik-sarawak-langgir/
Seakan Buah Manggis Yang Hanya Ada Di Tanah Borneo, Ketahui Buah Kundung Atau Asam Arui Arui
SUMBER :Abim Agro
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Gara-Gara Tegur Tak Bagi Signal, Lelaki Ditumbuk Hingga Cedera Oleh Pemandu Saga Di Labuan
Next Article Karya Seni 3D Terbesar Di Stesen Minyak, Mural Di Sibu Ini Masuk Malaysia Book Of Records

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?