• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Seakan Buah Manggis Yang Hanya Ada Di Tanah Borneo, Ketahui Buah Kundung Atau Asam Arui Arui

Oleh
Nazihah AN
8 April 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Seakan Buah Manggis Yang Hanya Ada Di Tanah Borneo, Ketahui Buah Kundung Atau Asam Arui Arui

Buah ini terkenal di Sabah, Sarawak dan juga Brunei

Seakan Buah Manggis Yang Hanya Ada Di Tanah Borneo, Ketahui Buah Kundung Atau Asam Arui Arui. Buah kundung merupakan satu-satunya buah yang hanya terdapat di Tanah Borneo. Ia mempunyai rasa yang unik, iaitu masam manis, dan getah yang melekat pada gigi anda.

Buah ini merupakan buah yang terkenal di Sabah, Sarawak, dan Brunei. Dikenali sebagai Asam Arui-arui atau juga dikenali sebagai Asam Aur Aur. Di Sarawak, ia lebih popular dengan nama buah Kundung atau Kendung.

Seakan Buah Manggis Yang Hanya Ada Di Tanah Borneo, Ketahui Buah Kundung Atau Asam Arui Arui
Sumber: Flickr camillenoir

Dan manakala di Indonesia, ia dikenali sebagai Asam Kandis atau Garcinia parvifolia.

Mengikut sumber rujukan, pokok Asam Arui-arui, yang serupa dengan pokok manggis, dapat mencapai ketinggian 10-20 meter dan mempunyai daun-daun yang padat.

Buahnya yang berwarna hijau semasa muda dan bertukar menjadi merah cerah atau merah keunguan apabila matang. Bentuk dalamnya pula macam buah manggis cuma bersaiz lebih kecil.

Seakan Buah Manggis Yang Hanya Ada Di Tanah Borneo, Ketahui Buah Kundung Atau Asam Arui Arui
Sumber: FB Herbs Encyclopedia

Isinya berwarna putih dan mempunyai rasa yang masam-manis serta berjus. Biasanya, isi buah ini boleh dimakan segar atau dijadikan jem. Kulit buah yang sudah masak boleh dijadikan asam untuk masakan setelah dikeringkan, seperti menggunakan asam keping.

Buah ini juga dipercayai dapat dijadikan ubat bagi merawat demam. Caranya, buah direndam dalam air suam-suam panas, kemudian air tersebut diminum. Rasanya sedap dan lebih enak berbanding asam keping.

Seakan Buah Manggis Yang Hanya Ada Di Tanah Borneo, Ketahui Buah Kundung Atau Asam Arui Arui
Sumber: Twitter @toppeaktravel

Lagi artikel menarik anda boleh baca di pautan bawah:

Digelar Avocado Malaysia, Kenali Buah Engkalak Yang Hanya Terdapat Di Borneo
Ketahui Kasam Ensabi, Hidangan Popular Di Kalangan Masyarakat Iban Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 'Bazar Puaka', Netizen Luah Kesal Terhadap Pihak Penganjur Bazar Stadium Kuching ‘Bazar Puaka’, Netizen Luah Kesal Terhadap Pihak Penganjur Bazar Stadium Kuching
Next Article Cuma Perlu 3 Bahan Sahaja, Ini Resipi Biskut Semperit Yang Mudah Dan Ringkas Cuma Perlu 3 Bahan Sahaja, Ini Resipi Biskut Semperit Yang Mudah Dan Ringkas

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?