Siapa baru tahu sudu dan garfu ni bukan alat makan universal? 😅
Bukan Pengalaman Universal, Ramai Terkejut Sudu Dan Garfu Tidak Di Seluruh Dunia. Di Asia Tenggara, penggunaan garfu dan sudu untuk makan adalah amalan biasa. Alat makan ini menyediakan cara yang mudah dan cekap untuk memakan pelbagai hidangan, termasuk hidangan nasi dan mi, serta menyediakan kaedah mudah untuk mencedok sos dan cecair.
Tetapi tahukah anda bahawa penggunaan sudu dan garfu sebagai alat makan kebiasaannya hanya diamalkan di Asia Tenggara? Malah, tidak ramai yang tahu bahawa penggunaan peralatan biasa ini jarang diguna oleh budaya lain!
Ramai netizen menyangka sudu dan garfu digunakan di seluruh dunia
Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok, @varatony atau Tony, berkongsi sebuah video yang menunjukkan bagaimana dia kagum dengan cara makan orang Filipina, di mana beberapa orang ditunjuk makan menggunakan sudu dan garfu.
Kagum dengan cara makan tersebut, Tony (yang berketurunan Latin / Hispanik) memutuskan untuk mencuba kaedah makan tersebut dan pada akhir video, dia benar-benar lebih kagum dengan kecekapan dan kepantasan dia makan dengan menggunakan garfu dan sudu.
@varatonyfilipinos are kinda the smartest food eaters in the world idk…utilizing both the utensils at the same time is something i didn’t know i was missing😭🇵🇭🙏🏼 #filipino #phillipines
♬ original sound – tony vara
Video yang mendapat 1.4 juta tontonan ketika artikel ini ditulis mendapat pelbagai respon daripada netizen khususnya warga Asia Tenggara. Menurut mereka, mereka beranggapan makan menggunakan garfu dan sudu adalah pengalaman universal dan terkejut apabila menyedari budaya lain tidak makan menggunakan garfu dan sudu sebagai kutleri pilihan mereka.
Antara komen menarik adalah seperti berikut:
Saya bukan Filipina, tetapi saya fikir semua orang makan seperti ni.”
Warga Asia Tenggara makan dengan cara terbaik.”
Kejap, orang tak makan macam ni ke?
Orang tak makan macam ni ke? Bukan kah ini etika asas?”
Bagaimana budaya lain memakan makanan mereka
Dalam isi rumah Asia Tenggara, menggunakan garfu dan sudu adalah cara biasa untuk makan makanan (jika kita ketepikan amalan memakan menggunakan tangan sahaja). Gaya pemakanan ini serupa dengan budaya Barat, di mana peralatan seperti pisau dan garfu sering digunakan untuk memotong dan mencucuk makanan.
Secara kontras, negara lain di seluruh dunia mempunyai adat yang berbeza dalam hal peralatan makan. Sebagai contoh, di beberapa bahagian Eropah seperti Itali, penggunaan garfu dan pisau adalah amalan biasa manakala di kawasan lain seperti Perancis, penggunaan garfu dan pisau digabungkan dengan penggunaan sudu sup.
Di India, makan dengan hanya menggunakan tangan sahaja adalah satu amalan biasa tetapi terdapat juga sebilangan daripada mereka menggunakan sudu dan garfu.
Di negara-negara Asia Timur seperti China, Jepun dan Korea, chopstick merupakan kutleri pilihan untuk makan. Chopstick ini digunakan untuk mengambil makanan, sama ada secara individu atau dalam kepingan kecil bersaiz gigitan, dan dilihat sebagai simbol warisan budaya mereka.
Selain Asia Timur, penggunaan chopstick turut dilihat di beberapa negara Asia Tenggara seperti Thailand dan Vietnam, di mana hidangan tradisional dimakan dengan chopstick, tetapi penggunaan garfu dan sudu masih berleluas untuk banyak hidangan lain.
Sementara itu, di negara-negara Timur Tengah seperti Iran dan negara-negara Arab, walaupun terdapat kebiasaan menggunakan sudu dan garfu sebagai peralatan makan, secara tradisinya mereka akan menggunakan roti rata untuk mencedok makanan.
Di beberapa negara seperti Mesir dan Maghribi, cara makan tradisional ialah menggunakan tangan kanan untuk mengoyak sekeping roti dan menggunakannya untuk mencedok makanan.
Siapa sangka makan dengan garfu dan sudu bukanlah pengalaman universal! Tapi kita semua boleh setuju, makan dengan tangan masih tetap toppp~ 😋