• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Tergamak Beri Dadah Meth Oleh Bapa Saudara, Kanak-Kanak 3 Tahun Ini Kini Kritikal

Oleh
Ismail NA
21 Jun 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Kanak-kanak malang ini kini ditidurkan di hospital.

Tergamak Beri Dadah Meth Oleh Bapa Saudara, Kanak-Kanak 3 Tahun Ini Kini Kritikal. Sesiapa sahaja yang mendengar perkhabaran ini, pasti meruntun jiwa. Apatah lagi mangsanya adalah kanak-kanak yang belum begitu mengenal dunia.

Isi Isi Penting
  • Kanak-kanak malang ini kini ditidurkan di hospital.
  • Tidur tak nyenyak, sering tersentak, seluruh badan pucat seperti mayat hidup
  • Hidup bertambah derita
  • Pertama kali berlaku dalam sejarah Kelantan
  • Kadar penglibatan belia dalam kancah dadah di negara ini, dan di Sarawak juga amat membimbangkan. Berikut adalah tangkapan terkini yang dilakukan oleh polis:

Seorang kanak-kanak dijumpai dalam keadaan yang sangat pucat umpama mayat hidup semasa ibunya membawa kanak-kanak itu ke Hospital Kuala Krai, Kelantan pada Ahad yang lalu.

Tergamak Beri Dadah Meth Oleh Bapa Saudara, Kanak-Kanak 3 Tahun Ini Kini Kritikal
Tergamak Beri Dadah Meth Oleh Bapa Saudara, Kanak-Kanak 3 Tahun Ini Kini Kritikal. Sumber: Ihsan pembaca via HMetro

Menerusi pemeriksaan pihak perubatan di Hospital Gua Musang, alangkah terkejutnya apabila mereka mendapati terdapat dadah jenis Methamphetamine dalam badan kanak-kanak berkenaan.

Walau bagaimanapun, berat dadah dalam badan kanak-kanak itu masih belum dapat dipastikan.

Akibat keadaannya yang sangat lemah, kanak-kanak tersebut kini berada dalam keadaan yang sangat kritikal dan ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kelantan.

Tidur tak nyenyak, sering tersentak, seluruh badan pucat seperti mayat hidup

Sewaktu kejadian, ibu mangsa tidak mengetahui sepupunya membawa anaknya itu keluar kira-kira jam 2 petang pada hari Ahad. Bercerita lanjut, beliau yang bimbang dengan keberadaan kanak-kanak itu cuba mencarinya sebelum kanak-kanak itu pulang ke rumah bersama bapa saudara pada jam 5 petang.

Saya ingatkan dia letih bermain. Saya sempat menidurkannya tetapi saya tetap berasa gusar sebab tidurnya tidak nyenyak dan selalu tersentak. Malah, makin lama saya perasan wajahnya semakin pucat,”

Ibu mangsa

Ibu kanak-kanak berkenaan mula menyedari keadaan menjadi semakin teruk apabila melihat seluruh tubuh kanak-kanak berkenaan bertukar pucat dan seolah-olah seperti sudah meninggal dunia.

Susulan kejadian ini, bapa saudara mangsa yang berusia 32 tahun direman oleh pihak polis dan mengaku membawa kanak-kanak terbabit ke sarang penagihan dadah.

Hidup bertambah derita

Umpama sudah jatuh ditimpa tangga, ibu berusia 36 tahun ini turut memberitahu pemberita bahawa anaknya disahkan sebagai orang kelainan upaya (OKU) lambat pertuturan dan baru sahaja boleh berjalan.

Ibu kanak-kanak malang berkenaan. Sumber foto: Astro Awani

Lebih sayu, ibu kanak-kanak berkenaan juga merupakan penderita kanser payudara tahap lima sejak 6 tahun yang lalu. Wanita ini bersama tiga anaknya termasuk kanak-kanak malang terbabit tinggal bersama ibu bapanya dan hanya bergantung harap dengan pendapatan bapanya yang merupakan penoreh getah.

Beliau juga tidak menyangka bahawa kejadian seperti ini akan berlaku terhadap anaknya yang tiada upaya itu. Malah, beliau juga tidak menyangka sepupunya akan berbuat demikian kerana lelaki berkenaan sering ke rumah mereka namun tidak pernah membawa kanak-kanak itu keluar sehinggalah hari kejadian.

Pertama kali berlaku dalam sejarah Kelantan

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun memberitahu media bahawa kejadian seperti itu adalah yang pertama berlaku dalam sejarah negeri Kelantan. Kes kini disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001. Pihak polis juga sedang dalam siasatan sama ada terdapat unsur kecuaian oleh kedua ibu bapa kanak-kanak berkenaan.

Semoga kanak-kanak tersebut cepat sembuh seperti sediakala.

Kadar penglibatan belia dalam kancah dadah di negara ini, dan di Sarawak juga amat membimbangkan. Berikut adalah tangkapan terkini yang dilakukan oleh polis:

SUMBER :HMetroAstro Awani
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Netizen Luah Simpati Malim Gunung Hanya Dapat RM5 Per Kilo Pikul Barang Naik Gunung Kinabalu Netizen Luah Simpati Malim Gunung Hanya Dapat RM5 Per Kilo Pikul Barang Naik Gunung Kinabalu
Next Article MVP Wanita Skuad Bola Sepak Kebangsaan, Kenali Henrietta Justine Asal Dari Sabah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?