• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

TERKINI: PKPB Di Sarawak Dilanjutkan Hingga 29 Mac, 3 Kluster Baharu Dicatat

Oleh
Husna Hazmi
12 Mac 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

PKPB di Sarawak akan dilanjutkan lagi bermula 16 Mac 2021 hingga 29 Mac 2021.

TERKINI: PKPB Di Sarawak Dilanjutkan Hingga 29 Mac, 3 Kluster Baharu Dicatat. Setelah melihat dan menilai situasi kes positif di Sarawak masih tinggi, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) telah memutuskan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sarawak, berkuatkuasa 16 Mac 2021 jam 12.01 pagi hingga 29 Mac 2021 jam 11.59 malam (14 hari).

Isi Isi Penting
  • PKPB di Sarawak akan dilanjutkan lagi bermula 16 Mac 2021 hingga 29 Mac 2021.
  • Kluster Bintang Daily di Daerah Meradong, Bahagian Sarikei pada hari ini pula telah ditamatkan
  • Daerah Mukah pula telah bertukar status Jingga
  • Penamatan Tempoh PKPD Kampung Skim Penempatan Semula Sentosa Fasa 2

Selain itu, pada hari ini juga Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan tiga (3) kluster baharu iaitu Kluster Jalan Main Bazaar di Daerah Sri Aman, Kluster Buluh Pasi di Daerah Meradong dan Kluster Sena di Daerah Miri.

TERKINI: PKPB Di Sarawak Dilanjutkan Hingga 29 Mac, 3 Kluster Baharu Dicatat
TERKINI: PKPB Di Sarawak Dilanjutkan Hingga 29 Mac, 3 Kluster Baharu Dicatat

Kluster Bintang Daily di Daerah Meradong, Bahagian Sarikei pada hari ini pula telah ditamatkan

Kluster Bintang Daily di Daerah Meradong, Bahagian Sarikei pada hari ini pula telah ditamatkan setelah tiada kes baharu dikesan melibatkan kluster ini.

Jumlah kluster yang masih aktif pula adalah sebanyak 28 kluster dan lapan daripada kluster tersebut mempunyai penambahan kes hari ini, manakala 20 kluster tiada penambahan kes.

Di samping itu, hari ini terdapat 173 kes baharu COVID-19 dikesan di Sarawak. Daerah-daerah yang melaporkan kes adalah Daerah Sibu (71), Miri (19), Bintulu (16), Kuching (15), Meradong (10), Serian (9), Julau (7), Kapit (5), Tanjung Manis (5), Betong (3), Belaga (2), Mukah (2), Sri Aman (2), Subis (2), Telang Usan (2), Dalat (1), Samarahan (1) dan Sarikei (1). Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 12,051 kes.

Hari ini, Daerah Telang Usan dan Tanjung Manis telah bertukar status Kuning setelah masing-masing mencatatkan dua (2) dan empat (4) kes jangkitan tempatan baharu di daerah-daerah tersebut.

TERKINI: PKPB Di Sarawak Dilanjutkan Hingga 29 Mac, 3 Kluster Baharu Dicatat

Daerah Mukah pula telah bertukar status Jingga

Daerah Mukah pula telah bertukar status Jingga setelah mencatatkan sebanyak 22 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Serian, Bau, Subis, Julau, Selangau, Betong, Meradong, Kuching, Kapit, Bintulu, Miri dan Sibu kekal berstatus Merah dengan sejumlah 2,586 kes jangkitan tempatan dilaporkan di 12 buah daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Song, Sarikei dan Dalat kekal berstatus Jingga dengan jumlah keseluruhan 77 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Sri Aman, Kanowit, Samarahan, Belaga, Lundu, Bukit Mabong, Tatau, Marudi, Pusa, Asajaya, Beluru, Saratok dan Sebauh juga kekal berstatus Kuning dengan jumlah keseluruhan 109 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas. Manakala 9 daerah lain kekal berstatus Hijau.

TERKINI: PKPB Di Sarawak Dilanjutkan Hingga 29 Mac, 3 Kluster Baharu Dicatat

Penamatan Tempoh PKPD Kampung Skim Penempatan Semula Sentosa Fasa 2

Penamatan Tempoh PKPD Kampung Skim Penempatan Semula Sentosa Fasa 2, Sibu hari ini Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri telah menamatkan tempoh PKPD di Skim Penempatan Semula Sentosa Fasa 2, Sibu memandangkan keputusan saringan kedua tidak mendapati sebarang kes positif yang baharu.

Tiada bukti yang menunjukkan jangkitan masih menular di kawasan tersebut.

Pihak PDRM telah mengeluarkan sebanyak 20 kompaun di daerah Miri (10), Sibu (5), Kuching (3) dan Padawan (2) kerana telah melanggar SOP.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kurang 24 Jam, Perniagaan Sosial Ini Pastikan Hasil Laut Segar Sabah Sampai Depan Pintu Rumah Anda
Next Article TERKINI : 11 Lelaki Ditahan Di Kuching Kerana Tipu Keputusan Ujian COVID19

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?