fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Gelak Guru DidikTV, Penyampai Radio Dari Sarawak Digantung Tugas

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
19 Februari 2021
Gelak Guru DidikTV, Penyampai Radio Dari Sarawak Digantung Tugas
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Stesen radio tersebut menyatakan kekesalan dengan sikap penyampai radio tersebut.

Gelak Guru DidikTV, Penyampai Radio Dari Sarawak Digantung Tugas. Hari ini, kecoh media sosial seluruh Malaysia dengan tindakan seorang penyampai radio tempatan yang memuat naik kandungan mentertawakan seorang guru Sains yang bersiaran di saluran pendidikan, DidikTV.

Namun demikian, tindakan penyampai tersebut tidak diterima oleh netizen dan dikecam kerana berunsur memerli dan dianggap kurang sopan.

ADVERTISEMENT
Buat Video Tiktok Ketawakan Guru, Penyampai Radio Dari Sarawak Dikecam Netizen
Gelak Guru DidikTV, Penyampai Radio Dari Sarawak Digantung Tugas

Siasatan akan dijalankan oleh stesen radio terhadap insiden tersebut

Setelah mendapat maklum balas negatif dan kecaman daripada netizen hari ini, pihak pengurusan stesen radio penyampai yang diwakili oleh pengurus Astro Radio Malaysia Timur, Hafiz Nizamuddin, akhirnya mengeluarkan kenyataan hari ini di media sosial stesen tersebut bahawa penyampai yang berasal dari Sarawak itu akan digantung tugas. Ini bagi memberi laluan kepada pihak pengurusan melakukan siasatan lanjut terhadap perkara yang tular tersebut.

Dalam masa yang sama, pihaknya juga memohon maaf atas tindakan penyampai tersebut yang keterlaluan. Pengumuman itu juga dilakukan atas rasa tanggungjawab matlamat stesen radio tersebut yang komited untuk terus menghiburkan rakyat Malaysia.

ArtikelBerkaitan

Daerah Pitas, Sabah Telah Diisytiharkan Sebagai Kawasan Wabak Demam Babi Afrika

Cuba Larikan Diri Daripada Sekatan Jalan Raya Di Lawas, Polis Terpaksa Lepaskan Tembakan

ADVERTISEMENT
Gelak Guru DidikTV, Penyampai Radio Dari Sarawak Digantung Tugas
Gelak Guru DidikTV, Penyampai Radio Dari Sarawak Digantung Tugas
Sumber : FB Hitz Sarawak

Penyampai radio tersebut telah tampil memohon maaf menerusi sebuah video di Instagram

Penyampai radio tersebut yang dikenali sebagai Yusuf juga telah tampil memuat naik sebuah video di laman Instagram nya bagi menyatakan permohonan maaf secara terbuka terhadap kejadian tersebut dan seluruh rakyat Malaysia.

ADVERTISEMENT
View this post on Instagram

A post shared by Susup (@ssupyusuf)

“Saya memohon maaf atas semua kesalahan yang terkait dengan insiden hari ini. Saya juga baru mengetahui bahawa guru yang mengajar di saluran tersebut adalah guru yang telah tampil secara sukarela…Saya memohon maaf kepada guru tersebut dan seluruh ahli keluarganya,”

Yusuf, penyampai radio Hitz Sarawak

Dalam video itu juga, penyampai radio tersebut turut memohon kerjasama daripada mana-mana individu yang mengenali guru tersebut secara peribadi untuk menghubungkan beliau dan guru tersebut agar dapat meminta maaf secara terus.

Penyampai radio ini juga memberitahu akan mengurangkan aktiviti di media sosialnya selepas ini bagi memberi ruang untuknya bermuhasabah diri. Video tersebut diakhiri dengan ucapan terima kasih kepada orang ramai yang memberi komen menyedarkan beliau akan kesilapan dan insiden ini nyata memberikannya pengajaran.

Insiden ini juga memberi pengajaran kepada sesiapa sahaja di luar sana tidak kiralah sama ada merupakan figura terkenal, artis, mahupun orang biasa yang aktif melakukan kandungan kreatif agar sentiasa berhati-hati dan lebih peka dalam menghasilkan kandungan untuk tontonan orang ramai.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan badan binasa.

Jika anda terlepas isu ini, ini cerita asal yang kami terbitkan sebelum ini :

Share61Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy