• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Boleh Tapau Dan Makan Dalam Kereta, Bukan Layanan Dine-In Hingga Ke Kereta

Oleh
Ismail NA
24 Mei 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

‘Dine-in’ dalam kereta dikira sebagai melanggar SOP.

Baru-baru ini, tular beberapa restoran di Sarawak yang memperkenalkan kaedah hidangan baharu, sesuai dengan situasi pandemik masa kini. Walaupun pengusaha restoran telah tampil kreatif dengan solusi yang kreatif ini, namun langkah ini rupanya tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).

Isi Isi Penting
  • ‘Dine-in’ dalam kereta dikira sebagai melanggar SOP.
  • Hidang makanan kepada pelanggan di dalam kereta mereka sendiri tetap menyalahi SOP
  • Tapau dan makan dalam kereta tidak menjadi masalah
  • Artikel berkaitan :

Perkara ini dimaklumkan oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail.

Jelas Aidi, pengusaha restoran yang menyediakan layanan dine-in sehingga ke kereta boleh dikenakan tindakan kompaun. Oleh yang demikian, mereka dinasihatkan untuk menghentikan layanan sedemikian kepada para pelanggan.

Boleh Tapau Dan Makan Dalam Kereta, Bukan Layanan Dine-In Hingga Ke Kereta
Boleh Tapau Dan Makan Dalam Kereta, Bukan Layanan Dine-In Hingga Ke Kereta
Kredit foto : PerlisAktif

Hidang makanan kepada pelanggan di dalam kereta mereka sendiri tetap menyalahi SOP

Aidi ketika dihubungi media tempatan untuk memberikan ulasan mengenai perkara tersebut memberitahu bahawa tindakan menghantar makanan kepada pelanggan untuk makan dalam kenderaan mereka atau dalam kenderaan yang disediakan oleh premis adalah menyalahi SOP memandangkan SOP hanya membenarkan makanan dibungkus dan dibawa pulang.

Servis tersebut mendapat pujian dan sambutan yang positif daripada orang ramai setelah SOP terbaharu yang dikeluarkan oleh JPBNS bahawa khidmat makan dalam restoran atau ‘dine-in’ tidak dibenarkan. Sebaliknya, hanya perkhidmatan pesanan makanan secara take-away, pandu lalu dan penghantaran sahaja dibenarkan.

Ia merupakan salah satu SOP yang diperketatkan bagi membendung penularan jangkitan COVID-19 yang semakin membingungkan di Sarawak.

Disebabkan khidmat layanan dine-in hingga ke kereta itu, sebuah restoran di Miri telah dikenakan kompaun pada Jumaat lalu kerana menyediakan servis berkenaan.

Tapau dan makan dalam kereta tidak menjadi masalah

Walau bagaimanapun, sekiranya seseorang pelanggan membeli makanan, dibungkus (take-away) dan makan di dalam kenderaan mereka sendiri, ia tidak menjadi suatu kesalahan.

Boleh Tapau Dan Makan Dalam Kereta, Bukan Layanan Dine-In Hingga Ke Kereta

Jangan gelabah. Yang penting anda tapau. Makan kat mana? Terpulang kepada anda asalkan anda tidak lupa membasuh tangan dan mematuhi SOP yang ditetapkan.

Artikel berkaitan :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sambutan Hari Raya Dan Gawai Di Sarawak : 1 Hari Sahaja, Maksima 20 Orang 1 Hari TERKINI : 2 Kluster Hari Raya Aidilfitri Dicatatkan Di Sarawak Hari Ini
Next Article Akibat Tak Baca Sampai Habis, Jurukecantikan Selamba Dituduh Jual Pelitup Muka Akibat Tak Baca Sampai Habis, Jurukecantikan Selamba Dituduh Jual Pelitup Muka

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?