• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Tak Tahan Majikan Dera Anak, Netizen Bersyukur 5 Remaja Ini Risikokan Diri Ambil Tindakan

Oleh
Ismail NA
23 Julai 2022
Kongsi
5 Min Bacaan

Majikan tersebut mendera anaknya gara-gara sebab lambat makan, tak mahu makan dan kenyang.

Tak Tahan Majikan Dera Anak, Netizen Bersyukur 5 Remaja Ini Risikokan Diri Ambil Tindakan. Belum selesai kisah adik Bella dan Siti Bainun, muncul pula kes penderaan kanak-kanak yang baharu di negara ini. Kisah ini telah tular sejak beberapa hari yang lalu dan mula mendapat perhatian netizen.

Isi Isi Penting
  • Majikan tersebut mendera anaknya gara-gara sebab lambat makan, tak mahu makan dan kenyang.
  • Dipaksa makan makanan ‘portion’ orang dewasa hingga habis
  • “Sekarang dah pukul 2 kali sehari, cucuh puntung rokok, main pemetik api,” – Aqil
  • Terpaksa berhati-hati dan rancang senyap-senyap rekod bukti sebelum lapor balai

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh salah seorang remaja berkenaan, @theaqil7 di laman TikTok, beliau memohon bantuan orang ramai untuk menularkan aksi kejam majikannya memukul seorang kanak-kanak perempuan yang bernama Alia.

Tak Tahan Majikan Dera Anak, Netizen Bersyukur 5 Remaja Ini Risikokan Diri Ambil Tindakan
Tak Tahan Majikan Dera Anak, Netizen Bersyukur 5 Remaja Ini Risikokan Diri Ambil Tindakan. Sumber: TikTok @theaqil7

Dipaksa makan makanan ‘portion’ orang dewasa hingga habis

Video tersebut turut memaparkan kanak-kanak berkenaan menangis kesakitan dengan makanan yang penuh di mulutnya tatkala majikannya masih menyuruhnya menelan makanan tersebut hingga habis.

@theaqil7

⚠️CHILD ABUSE⚠️ tolong gunakan kuasa korang !!!

♬ original sound – AQIEL – AQIEL

Menurut Aqil atau Muhd Daniel Aqil yang bekerja di rumah majikannya, mereka menyaksikan kejadian yang tidak menyenangkan itu hampir setiap hari dan tidak tahan dengan penderaan yang dibuat oleh majikannya. Jelasnya lagi, kanak-kanak tersebut bukanlah seorang yang nakal. Kanak-kanak bernama Alia itu juga hanya mendengar segala arahan dan tidak pernah meragam atau melompat-lompat di dalam rumah.

Namun, majikannya tergamak Alia hanya kerana kanak-kanak itu lambat makan dan sudah kenyang. Kalau dah kenyang, takkan nak paksa kan? Lebih-lebih lagi budak kecil.

“Sekarang dah pukul 2 kali sehari, cucuh puntung rokok, main pemetik api,” – Aqil

Lebih kesal, majikan Aqil bersama pasangannya telah mendera Alia siang dan malam, malah sanggup mencucuh puntung rokok ke pipi Alia. Jelas Aqil lagi, Alia merupakan anak kandung kepada bekas pembantu rumah majikannya.

Majikannya dikatakan pernah cuba ditularkan oleh pembantu rumah berkenaan namun diugut kerana tidak mempunyai permit yang sah untuk bekerja di Malaysia.

Tak Tahan Majikan Dera Anak, Netizen Bersyukur 5 Remaja Ini Risikokan Diri Ambil Tindakan
Sumber: TikTok @theaqil7
Tak Tahan Majikan Dera Anak, Netizen Bersyukur 5 Remaja Ini Risikokan Diri Ambil Tindakan
Sumber: TikTok @theaqil7

@theaqil7

Replying to @mmuizzuddin._ #justiceforalia

♬ original sound – AQIEL – AQIEL

Terpaksa berhati-hati dan rancang senyap-senyap rekod bukti sebelum lapor balai

Aqil dan rakan-rakannya bertindak merakam perbuatan majikannya secara senyap-senyap dan mengumpul segala bukti rakaman sebelum membuat laporan di IPD Kajang. Tindakan pantas sekumpulan remaja ini juga telah berjaya menyelamatkan kanak-kanak malang itu daripada tangan durjana majikannya dan kini sedang dirawat di Hospital Kajang.

Remaja berkenaan juga turut menjelaskan bahawa majikan serta pasangannya telah ditahan reman selama 7 hari bagi membantu siasatan pihak polis. Untuk rekod, majikan remaja ini mengambil Alia sebagai anak angkatnya sejak bulan Februari 2022.

Kumpulan remaja ini bekerja dengan majikannya sejak April 2022. Anda boleh mendengar penjelasan lanjut daripada Aqil dan rakan-rakan menerusi video yang tular berikut.

Ni cara Aqil & kawan3 dia rekod video adik Alia kena dera. Betul jangkaan aku, dorang ni dgn tak dibayar gaji, dibuat cam orang gaji, below 20thn, sangat berani tindakan dorang selamatkan Alia. #JusticeforAlia pic.twitter.com/fq5kcC6BV0

— Aida Sue ✨🥇 (@AidaSue) July 22, 2022

Cara dorang dapatkan video kedua tu pulak. Pelaku pukul Alia jam 1 pagi weh. Apa mental la otak dia 😭 seb baik la ada budak-budak ni ya Allah pic.twitter.com/iGBMSTjfHO

— Aida Sue ✨🥇 (@AidaSue) July 22, 2022

Ada pulak UMNO tetiba kat balai. Budak2 ni naif lagi, tak dapat gaji, bagi pinjam rm10K kat pendera tu pun still cakap org tu baik dgn dorang 😭🥹 pic.twitter.com/SrGtNWjl8N

— Aida Sue ✨🥇 (@AidaSue) July 22, 2022

Susulan penahanan majikannya, Aqil beserta rakan-rakan mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang telah membantu menularkan bukti perbuatan kejam majikannya kepada kanak-kanak malang yang tidak bersalah itu.

@theaqil7

#justiceforalia

♬ original sound – AQIEL – AQIEL

Tindakan pantas 5 sekawan ini terima pujian netizen

Tindakan pantas Aqil dan empat lagi rakannya menerima pujian daripada netizen. Disertakan dengan tanda pagar #justiceforalia, tindakan Aqil dan rakan-rakan menyelamatkan Alia daripada ibu angkatnya turut menerima perhatian dan ucapan terima kasih daripada figura terkenal tanah air.

Tak Tahan Majikan Dera Anak, Netizen Bersyukur 5 Remaja Ini Risikokan Diri Ambil Tindakan
Sumber: TikTok @theaqil7
Tak Tahan Majikan Dera Anak, Netizen Bersyukur 5 Remaja Ini Risikokan Diri Ambil Tindakan
Sumber: TikTok @theaqil7
Tak Tahan Majikan Dera Anak, Netizen Bersyukur 5 Remaja Ini Risikokan Diri Ambil Tindakan
Sumber: TikTok @theaqil7
Tak Tahan Majikan Dera Anak, Netizen Bersyukur 5 Remaja Ini Risikokan Diri Ambil Tindakan
Sumber: TikTok @theaqil7
Tak Tahan Majikan Dera Anak, Netizen Bersyukur 5 Remaja Ini Risikokan Diri Ambil Tindakan
Sumber: TikTok @theaqil7
Tak Tahan Majikan Dera Anak, Netizen Bersyukur 5 Remaja Ini Risikokan Diri Ambil Tindakan
Sumber: TikTok @theaqil7
Tak Tahan Majikan Dera Anak, Netizen Bersyukur 5 Remaja Ini Risikokan Diri Ambil Tindakan
Sumber: TikTok @theaqil7
Tak Tahan Majikan Dera Anak, Netizen Bersyukur 5 Remaja Ini Risikokan Diri Ambil Tindakan
Sumber: TikTok @theaqil7
Tak Tahan Majikan Dera Anak, Netizen Bersyukur 5 Remaja Ini Risikokan Diri Ambil Tindakan
Sumber: TikTok @theaqil7

Semoga urusan keadilan untuk adik Alia dan 5 sekawan ini dipermudahkan. Tindakan berani dan bijak ini seharusnya dijadikan contoh kepada masyarakat di luar sana untuk membanteras kegiatan dera kanak-kanak yang kini semakin berleluasa.

Anda boleh mengikuti perkembangan kes #justiceforalia ini di laman TikTok @theaqil7 atau Instagram @theaqil7.

Lagi kisah penderaan dan jenayah melibatkan kanak-kanak di Malaysia:

SUMBER :TikTok @theaqil7
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Cycle For Cancer Kayuhan Basikal Dari Sabah Ke Sarawak ‘Cycle For Cancer’ Kayuhan Basikal Dari Sabah Ke Sarawak
Next Article Jaguh Bina Badan Sarawak Rangkul 2 Pingat Emas di Maldives Jaguh Bina Badan Sarawak Rangkul 2 Pingat Emas di Maldives

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?