• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

TERKINI : Pesawat 737-500 Dari Jakarta Ke Pontianak Hilang Dari Radar

Oleh
Ismail NA
9 Januari 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Pesawat tersebut dikatakan terjunam selepas 4 minit berlepas.

TERKINI : Pesawat 737-500 Dari Jakarta Ke Pontianak Hilang Dari Radar. Sebuah pesawat syarikat penerbangan Indonesia, Sriwijaya Air dikatakan hilang dari radar dan terputus komunikasi setelah berlepas dari Jakarta tengah hari tadi.

Isi Isi Penting
  • Pesawat tersebut dikatakan terjunam selepas 4 minit berlepas.
  • Terputus di laut utara Jakarta, bawa muatan seramai 59 orang termasuk bayi
  • Kali terakhir dihubungi pada jam 2.20 petang
  • Serpihan pesawat ditemui penduduk di sekitar Pulau Tidung
  • Baca juga :

Pesawat Boeing 737-500 tersebut dikatakan terjunam lebih daripada 10,000 kaki altitud dalam masa kurang daripada seminit, setelah baru 4 minit berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Jakarta.

Sriwijaya Air flight #SJ182 lost more than 10.000 feet of altitude in less than one minute, about 4 minutes after departure from Jakarta.https://t.co/fNZqlIR2dz pic.twitter.com/MAVfbj73YN

— Flightradar24 (@flightradar24) January 9, 2021

Terputus di laut utara Jakarta, bawa muatan seramai 59 orang termasuk bayi

Menerusi imej yang dirakam daripada sistem jejak pesawat, laluan pesawat tersebut terputus di laut pesisir di utara Jakarta selepas hilang kawalan altitud.

Bernombor pendaftaran PK-CLC (MSN 27323), pesawat Boeing 737-500 klasik tujuan destinasi ke Pontianak, Kalimantan Barat tersebut membawa muatan penumpang seramai 59 orang termasuk 5 orang kanak-kanak dan 3 orang bayi.

TERKINI : Pesawat 737-500 Dari Jakarta Ke Pontianak Hilang Dari Radar
Senarai penumpang SY 182 Sriwijaya Air tujuan penerbangan dari Jakarta ke Pontianak, Kalimantan Barat.
Sumber : Twitter AIRLIVE

Boeing 737-500 tersebut kini menjangkau usia 26 tahun setelah memulakan operasi pada bulan Mei 1994.

Kali terakhir dihubungi pada jam 2.20 petang

Jurucakap Kementerian Pengangkutan Indonesia, Adita Irawati memberitahu pemberita bahawa kali terakhir pihaknya berkomunikasi dengan pesawat bernombor SY 182 tersebut adalah pada jam 2.20 petang waktu tempatan.

TERKINI : Pesawat 737-500 Dari Jakarta Ke Pontianak Hilang Dari Radar
Sumber : Flightradar24
TERKINI : Pesawat 737-500 Dari Jakarta Ke Pontianak Hilang Dari Radar
Sumber : Flightradar24

Adita turut memberitahu bahawa pihaknya masih menjalankan siasatan dan mengkoordinasikan perkara tersebut dengan Basarnas (agensi mencari dan menyelamat) serta KNKT iaitu badan keselamatan pengangkutan. Maklumat lanjut berkaitan insiden tersebut akan menyusul sebaik sahaja terdapat perkembangan terbaru.

Serpihan pesawat ditemui penduduk di sekitar Pulau Tidung

Walau bagaimanapun, melalui sumber yang dimuat naik oleh orang ramai di Twitter, serpihan yang dipercayai milik pesawat SJ182 Sriwijaya Air dikatakan ditemui oleh para nelayan serta pasukan mencari dan menyelamat. Namun demikian, perkara tersebut belum dipastikan oleh pihak berkuasa Indonesia.

Video of civilians finding small parts from the Sriwijaya Air flight SJ182 that departed from Jakarta, Indonesia #sj182 #SriwijayaAir pic.twitter.com/sxt8o1xsW5

— HzKv (@HZLABZ) January 9, 2021

TERKINI : Pesawat 737-500 Dari Jakarta Ke Pontianak Hilang Dari Radar
TERKINI : Pesawat 737-500 Dari Jakarta Ke Pontianak Hilang Dari Radar
TERKINI : Pesawat 737-500 Dari Jakarta Ke Pontianak Hilang Dari Radar
Sumber : Twitter
TERKINI : Pesawat 737-500 Dari Jakarta Ke Pontianak Hilang Dari Radar
Sumber : Twitter

Takziah untuk keluarga mangsa.

Berita selanjutnya menyusul nanti.

Baca juga :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article COVID-19 Telah Merebak Dalam Komuniti, Ini Nasihat Daripada Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak
Next Article Langgar Kuarantin : Susahkah Ikut SOP Dan Tidak Menyusahkan Orang Lain?

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?