I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Kurang 24 Jam, Perniagaan Sosial Ini Pastikan Hasil Laut Segar Sabah Sampai Depan Pintu Rumah Anda
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kurang 24 Jam, Perniagaan Sosial Ini Pastikan Hasil Laut Segar Sabah Sampai Depan Pintu Rumah Anda

Last updated: 12/03/21 7:35 PM
Nur Afifah
Kongsi
5 Min Bacaan
Kongsi

Tangkap hari ini, hantar hari ini juga.

Kurang 24 Jam, Perniagaan Sosial Ini Pastikan Hasil Laut Segar Sabah Sampai Depan Pintu Rumah Anda. Siapa tidak kenal bahawa Sabah merupakan syurga makanan laut? Selain digelar negeri di bawah bayu, Sabah juga dikelilingi oleh laut dan perairan yang sememangnya menjadi tempat yang terbaik untuk mendapatkan hasil laut yang segar setiap hari.

Namun demikian, tahukah anda bahawa anda boleh mendapatkan hasil laut ini pada hari yang sama ia ditangkap walaupun anda berada di nun jauh di Tanah Semenanjung? Bagaimana?

Melalui sebuah inisiatif perniagaan sosial yang diusahakan oleh sekumpulan pemuda ini, anda boleh membeli hasil laut yang segar dari Sabah pada hari yang sama hasil ini ditangkap. Perniagaan sosial yang dinamakan sebagai Fresh Borneo ini baru sahaja dilancarkan pada Rabu di laman Facebook rasmi mereka.

Kurang 24 Jam, Perniagaan Sosial Ini Pastikan Hasil Laut Segar Sabah Sampai Depan Pintu Rumah Anda
Kurang 24 Jam, Perniagaan Sosial Ini Pastikan Hasil Laut Segar Sabah Sampai Depan Pintu Rumah Anda
Kredit : FB Fresh Borneo & Ihsan Khairul Jamain

Inisiatif 3 orang pemuda untuk membantu komuniti Bajau Laut Sabah

Fresh Borneo merupakan inisiatif daripada 3 orang rakan kongsi iaitu Khairul Jamain, Haziq dan Ikhmal. Idea perniagaan sosial ini tercetus apabila mereka kekurangan dana untuk membina sekolah atas air untuk kemudahan masyarakat di Semporna terutamanya masyarakat Bajau Laut dan masyarakat yang tiada kerakyatan di sana. Maka, muncullah perniagaan sosial Fresh Borneo yang bertujuan untuk membiayai aktiviti pembangunan komuniti sekaligus meningkatkan ekonomi penduduk di Semporna.

Kurang 24 Jam, Perniagaan Sosial Ini Pastikan Hasil Laut Segar Sabah Sampai Depan Pintu Rumah Anda
Haziq, Khairul dan Ikhmal, rakan kongsi Fresh Borneo.
Gambar ihsan Khairul Jamain.
Kurang 24 Jam, Perniagaan Sosial Ini Pastikan Hasil Laut Segar Sabah Sampai Depan Pintu Rumah Anda
Gambar ihsan Khairul Jamain.

Untuk pengetahuan anda, hasil laut yang anda bakal nikmati ini adalah hasil tangkapan nelayan-nelayan kecil di daerah Semporna. Kebanyakan daripada mereka adalah golongan nelayan yang hidup susah. Namun, Khairul serta pasukannya percaya bahawa peranan untuk membantu golongan ini bukan sahaja tertakluk kepada kumpulan kecil seperti mereka tetapi juga daripada setiap individu lain yang ingin membantu.

Kurang 24 Jam, Perniagaan Sosial Ini Pastikan Hasil Laut Segar Sabah Sampai Depan Pintu Rumah Anda
Gambar ihsan Khairul Jamain.

Udang galah raja dan ketam gergasi segar untuk anda tak sampai 24 jam

Menurut Khairul, hasil laut ini dibeli oleh perniagaan sosial ini daripada nelayan-nelayan kecil di Semporna. Kebiasaannya, anda boleh menempah hasil laut seperti udang galah atau lobster king, ketam saiz A+, ikan jenahak serta udang harimau. Bahkan, Fresh Borneo menawarkan harga belian yang lebih tinggi daripada pemborong atau peraih biasa bagi meningkatkan nilai ekonomi nelayan ini. Hasil-hasil yang ditangkap akan dihantar oleh nelayan kepada pihak perniagaan sosial ini sekitar jam 5-6 petang setiap hari. Bagi memastikan hasil laut ini kekal segar, hasil laut ini akan diletakkan ke dalam kelong terlebih dahulu sebelum proses pembungkusan yang dijalankan pada tengah malam.

Kurang 24 Jam, Perniagaan Sosial Ini Pastikan Hasil Laut Segar Sabah Sampai Depan Pintu Rumah Anda
Gambar ihsan Khairul Jamain.
Kurang 24 Jam, Perniagaan Sosial Ini Pastikan Hasil Laut Segar Sabah Sampai Depan Pintu Rumah Anda
Gambar ihsan Khairul Jamain.
Kurang 24 Jam, Perniagaan Sosial Ini Pastikan Hasil Laut Segar Sabah Sampai Depan Pintu Rumah Anda
Gambar ihsan Khairul Jamain.

Sebaik sahaja terbit matahari pada sekitar jam 7 pagi, hasil laut yang telah dibungkus ini akan dihantar terus ke lapangan terbang, diterbangkan terus ke Semenanjung dan kemudian dihantar terus ke depan pintu rumah anda. Mudah betul kan?

20% keuntungan akan disalurkan ke NGO untuk komuniti Bajau Laut

Bagi mencapai matlamat asal perniagaan sosial ini, sebanyak 20% daripada hasil keuntungan jualannya bakal disalurkan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Impactive MY yang sememangnya aktif memberikan bantuan dan sokongan kepada masyarakat Bajau Laut di Semporna, Sabah.

Setakat ini, penghantaran ke Semenanjung dilakukan untuk kawasan Lembah Klang, Selangor dan Kuala Lumpur dengan cas penghantaran sekitar RM 8 sehingga RM 25. Jika anda ingin menjimatkan kos, anda juga boleh mengambil sendiri hasil laut ini di Mutiara Heights, Kajang.

Jelas Khairul, inisiatif ini bakal diperluaskan ke Sarawak sekiranya terdapat permintaan tinggi daripada pelanggan. Buat masa ini, perniagaan sosial ini menerima penghantaran ke Sarawak, terhad untuk 100 kilogram ke atas sahaja.

Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang tarikh penghantaran dan jenis hasil laut yang dijual, anda boleh melayari laman Facebook rasmi mereka iaitu Fresh Borneo.

Wah! Tak dapat pergi Sabah takpa, janji boleh makan udang galah segar dari Sabah. Yeeha!

Siapa minat makan latok? Kenali makanan masyarakat Sabah ini serta komuniti Bajau Laut di sini :

Nur Afifah 12 Mac 2021
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Denda RM100K, Penjara 3 Tahun Untuk Kesalahan Menyebarkan Berita Palsu Tentang COVID-19 Dan Darurat Denda RM100K, Penjara 3 Tahun Untuk Kesalahan Menyebarkan Berita Palsu Tentang COVID-19 Dan Darurat
Next Article TERKINI: PKPB Di Sarawak Dilanjutkan Hingga 29 Mac, 3 Kluster Baharu Dicatat

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Ketahui 'Legend Of Ancient Borneo', Filem Pendek Animasi Kadazan Pertama Di Malaysia
Cerita Borneo

Kenali Legend Of Ancient Borneo, Filem Pendek Animasi Kadazan Pertama Di Malaysia

7 Ogos 2022
Cerita Borneo

Fasih 5 Bahasa Hanya Belajar Dari Youtube, Pemuda Dari Sabah Ini Buat Netizen Terpegun

7 Ogos 2022
"Demam Kunafa", Ini 5 Lokasi Yang Menjual Kunafa Di Sekitar Kuching Dan Samarahan
Cerita Borneo

‘Demam Kunafa’, Ini 5 Lokasi Yang Menjual Kunafa Di Sekitar Kuching Dan Samarahan

7 Ogos 2022
Cerita Borneo

Hanya Berkaki Ayam, Peserta Cilik Dari Sarawak Mendapat Johan Kebangsaan Merentas Desa

7 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?