• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Buat Langkah Ekstra, Ketua Kampung Di Sabah Ini Tambah SOP Baru ‘Moginum’

Oleh
Ismail NA
19 Mac 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Nak minum boleh tapi kena ikut syarat lah!

Buat Langkah Ekstra, Ketua Kampung Di Sabah Ini Tambah SOP Baru ‘Moginum’. Budaya moginum, mensiop atau meminum minuman tapai merupakan budaya masyarakat peribumi Sabah yang tidak dapat dipisahkan. Kebiasaannya, aktiviti minum ini dilakukan semasa majlis keramaian dan perkumpulan. Namun demikian, akibat pandemik COVID-19, suasana meriah seperti ini perlu dihentikan seketika bagi menjamin kesihatan dan keselamatan semua.

Isi Isi Penting
  • Nak minum boleh tapi kena ikut syarat lah!
  • Walaupun telah ditegah KKM dan gereja, aktiviti ini tetap berlaku
  • Tak boleh kongsi straw
  • Baca juga :

Seorang ketua kampung di Sabah ini pula mengambil pendekatan yang lebih berhati-hati bagi menjamin keselamatan dan kesihatan penduduk di kampungnya. Memandangkan budaya mensiop sosopon, moginum ataupun berkongsi minuman tapai dengan menggunakan straw yang yang sama adalah sangat sinonim dengan masyarakat di Sabah. Kadang kala aktiviti ini tidak boleh dihalang sepenuhnya.

Walaupun telah ditegah KKM dan gereja, aktiviti ini tetap berlaku

Oleh yang demikian, ketua kampung di Kampung Kiulu Baru, Tulid Sook Keningau Sabah, Aibel Gimpin mengeluarkan SOP tambahan untuk aktiviti moginum di kampung penduduk Kadazandusun Murut itu. Menurut Aibel, lelaki yang berusia 48 tahun itu, walaupun telah ditegah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan pihak gereja tentang aktiviti moginum atau mensiop di kampungnya, perkara tersebut tetap berlaku.

Buat Langkah Ekstra, Ketua Kampung Di Sabah Ini Tambah SOP Baru 'Moginum'

Susulan itu, bagi memastikan aktiviti tersebut dilakukan dengan berhemah dan selamat, Aibel selaku ketua kampung yang baru dilantik itu telah mengeluarkan SOP tambahan untuk moginum yang kemudiannya tular di media sosial.

Jelasnya, keputusan tersebut dibuat bersama jawatankuasa kampung untuk kebaikan semua masyarakat di kampung tersebut. Walau bagaimanapun, SOP tambahan ini bukanlah satu galakan untuk penduduk kampungnya melakukan aktiviti moginum apatah lagi aktiviti sosial beramai-ramai. Tambahan pula, kampung mereka tidak jauh dari sebuah kampung lain yang pernah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD) berikutan terdapat kluster COVID-19.

Tak boleh kongsi straw

Antara garis panduan baru yang dikeluarkan oleh jawatankuasa tersebut ialah aktiviti moginum hendaklah dilakukan tanpa berkongsi straw seperti kebiasaannya. Perkongsian perkakas makanan seperti gelas dan pinggan untuk jamuan ringan juga tidak dibenarkan sama sekali. Orang ramai juga diingatkan untuk menggunakan tandas dengan betul selain kerap mensanitasi tangan mereka.

Buat Langkah Ekstra, Ketua Kampung Di Sabah Ini Tambah SOP Baru 'Moginum'
Buat Langkah Ekstra, Ketua Kampung Di Sabah Ini Tambah SOP Baru ‘Moginum’

Ketua kampung yang bekerja sebagai pekebun itu kini aktif mengingatkan penduduk kampung akan pandemik COVID-19 dan kesannya terhadap kampung sekiranya penduduk kampung ramai terjangkit. Buat masa ini, kampungnya adalah antara kampung yang bertuah kerana belum ada kes positif dikesan di situ. Namun, langkah berwaspada harus tetap dipatuhi dan berharap agar semua penduduk mematuhi bagi mengekalkan suasana kampung yang bebas COVID-19.

Mengulas tentang notis SOP yang tular, Aibel mengatakan bahawa SOP tersebut juga boleh diikuti oleh kampung-kampung yang lain begitu juga dengan komuniti lain yang mengamalkan aktiviti mensiop atau moginum.

Aramaiti dengan berhemah, gais!

Baca juga :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TERKINI: 2 Kluster Baru Dilaporkan Hari Ini, Kes COVID-19 Di Sarawak Kedua Tertinggi Di Malaysia
Next Article TERKINI: Sarawak Catat Kes COVID-19 Tertinggi Di Malaysia Pada Hari Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?