• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Terlalu Gian Nak Berhibur Masa PKPB, 31 Orang Ditahan Di Pusat Hiburan Di Kuching

Oleh
ILB - AI
16 Mei 2020
Kongsi
2 Min Bacaan

31 orang individu telah ditangkap

Terlalu Gian Nak Berhibur Masa PKPB, 31 Orang Ditahan Di Pusat Hiburan Di Kuching. 31 orang individu termasuk 10 orang warga asing ditangkap dalam satu serbuan ke atas sebuah pusat hiburan di Green Height, Kuching.

Terlalu Gian Nak Berhibur Masa PKPB, 31 Orang Ditahan Di Pusat Hiburan Di Kuching
Terlalu Gian Nak Berhibur Masa PKPB, 31 Orang Ditahan Di Pusat Hiburan Di Kuching

Pihak polis dapat laporan

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Denis Leong, mereka melakukan sebuan selepas mendapat laporan mengatakan pusat hiburan tersebut beroperasi.

Pusat hiburan, kelab malam tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan bersyarat.

Menurut beliau lagi, kesemua yang ditangkap pada operasi itu juga dipercayai dibawah pengaruh alkohol.

“Seramai 21 orang adalah lelaki termasuk dua warga asing dan 10 lagi merupakan wanita warga asing dengan kesemua mereka berusia lingkungan 15 hingga 55 tahun,” katanya menerusi satu kenyataan.

Kesemua mereka telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan serta Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 kerana ingkar PKPB

7 wanita warga asing gagal tunjukkan dokumen perjalanan sah

Siasatan juga dijalankan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen kerana tujuh daripada wanita warga asing terbabit gagal menunjukkan dokumen perjalanan yang sah.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Dev Kumar memberi amaran kepada pengusaha sektor ekonomi yang tidak dibenarkan beroperasi ketika PKPB agar mematuhi undang-undang, demi menyokong usaha semua pihak membasmi COVID-19

Tambah beliau lagi, 14 agensi kerajaan yang menjadi pasukan pemantau diketuai PDRM menjalankan pemeriksaan setiap hari. Tangkapan akan dilakukan terhadap mana-mana orang yang terlibat dalam aktiviti terlarang dalam tempoh PKPB

Sebelum ini, sebuah bistro di Sabah juga telah diserbu :

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO dedahkan sebuah realiti yang kita semua terpaksa terima :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sambutan Hari Raya Dan Gawai Di Sarawak : 1 Hari Sahaja, Maksima 20 Orang 1 Hari Timbalan Ketua Menteri Sarawak : Tiada Ngabang Atau Berjarah Hari Raya Tahun Ini
Next Article 3 Hari Berturut Turut Tanpa Kes Baharu, Hanya Tinggal 4 Zon Kuning Di Sarawak Setakat Ini 3 Hari Berturut Turut Tanpa Kes Baharu, Hanya Tinggal 4 Zon Kuning Di Sarawak Setakat Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?