I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Terokai Keindahan Alam Di Sabah, Ini Adalah 6 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan Di Kota Kinabalu
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Contact
  • Blog
  • Complaint
  • Advertise
Part Of Borneo Digital
Aktiviti Menarik

Terokai Keindahan Alam Di Sabah, Ini Adalah 6 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan Di Kota Kinabalu

Oleh iloveborneo
Dikirim pada 30/05/22 9:32 AM
Kongsi
9 Min Bacaan
Terokai Keindahan Alam Di Sabah, Ini Adalah 6 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan Di Kota Kinabalu
Kongsi

Anda boleh cuba aktiviti ini bersama keluarga anda

Terokai Keindahan Alam Di Sabah, Ini Adalah 6 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan Di Kota Kinabalu. Kalau sebut Sabah, benda yang terlintas di fikiran kita mesti Gunung Kinabalu, kan? Takpun, kesegaran hidangan hidupan laut. Tahukah anda, terdapat banyak lagi aktiviti-aktiviti yang anda boleh lakukan semasa anda sedang bercuti di negeri bawah bayu ini.

Tanpa buang masa, berikut ialah senarai aktiviti-aktiviti yang menarik!

1

Melihat matahari terbit di puncak Kinabalu

Gunung Kinabalu
Terokai Keindahan Alam Di Sabah, Ini Adalah 6 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan Di Kota Kinabalu
Terokai Keindahan Alam Di Sabah, Ini Adalah 6 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan Di Kota Kinabalu

Menjadi salah satu tarikan utama bagi para pelancong yang berkunjung ke Kota Kinabalu sejak dari dahulu lagi

Bagi pencinta alam, tidak sah kalau tidak berkunjung ke gunung Kinabalu bagi menyaksikan matahari terbit di puncaknya yang sentiasa menjadi salah satu tarikan utama bagi para pelancong yang berkunjung ke Kota Kinabalu sejak dari dahulu lagi kerana kekayaan biodiversitinya. Berbagai jenis tumbuhan dan haiwan dapat dilihat di sekitar kawasan gunung yang tidak terdapat di tempat lain di dunia.

Laluan sepanjang kira-kira 8 km untuk ke puncak diharungi dengan melalui pelbagai jenis ekosistem yang terdapat di sana. Para pendaki juga akan melalui dan melihat perubahan yang ketara dari kepadatan hutan di bawah sehingga ke permukaan berbatu di puncak.

Terokai Keindahan Alam Di Sabah, Ini Adalah 6 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan Di Kota Kinabalu
Sumber gambar: Travel.Earth

Ianya amat berbaloi untuk menginap semalaman di kem Laban Rata

Walaupun ianya tidak mustahil untuk mendaki ke puncak dalam masa satu hari, ianya amat berbaloi untuk menginap semalaman di kem Laban Rata. Dengan menginap di sana anda berpeluang untuk mendaki ke puncak di keesokan harinya bermula seawal 2 pagi bagi melihat matahari terbit. Selain itu, anda juga boleh mengambil masa bagi menikmati suasana dan melihat keindahan flora dan fauna di sepanjang laluan pendakian.

2

Berenang dan menyelam di taman laut.

Taman Tunku Abdul Rahman
Terokai Keindahan Alam Di Sabah, Ini Adalah 6 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan Di Kota Kinabalu
Photo credit: @travelingmountains

Terdapat 4 buah pulau yang sering dilawati di Taman Laut Tunku Abdul Rahman iaitu Pulau Gaya merupakan pulau terbesar di taman ini dan penuh dengan resort mewah seperti Gaya Marine Resort yang mempunyai bilik yang menghadap laut sesuai untuk anda yang datang bersama pasangan atau keluarga. Pulau Sapi terkenal dengan batu karangnya dan ikan-ikan yang cantik, Pulau Manukan dengan pantainya yang putih, kedai makanan dan saiz pantainya lebih besar, Pulau Mamutik merupakan pulau yang paling kecil di taman ini dan airnya yang cetek.

Taman ini sering menjadi tumpuan utama para penyelam dari serata dunia. Anda disarankan bagi membuat tempahan awal jika ingin mengunjungi pulau-pulau ini kerana tempatnya yang terhad. Antara aktiviti tumpuan di pulau-pulau ini ialah snorkelling dan menyelam dan harga yang ditawarkan juga agak berpatutan mengikut pakej yang anda pilih.

Perjalanan mengambil masa kira-kira 20 minit untuk ke taman laut ini dengan menaiki bot laju daripada terminal feri Jesselton Point di Kota Kinabalu. Taman laut ini dibuka seawal jam 8:30 pagi sehingga jam 5.00 petang manakala operasi bot laju di terminal feri Jesselton Point pula dibuka pada jam 8.00 pagi sehingga jam 5.00 petang.

3

Melihat matahari terbenam di tepi pantai

Pantai Tanjung Aru

Terokai Keindahan Alam Di Sabah, Ini Adalah 6 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan Di Kota Kinabalu
Photo credit: @itsmeizzs

Pantai Tanjung Aru yang hanya terletak kira-kira 6 km sahaja dari bandar Kota Kinabalu merupakan salah satu tempat menarik yang harus dilawati terutamanya pada waktu petang dan malam. Destinasi santai tepi pantai ini amat sesuai untuk anda berehat dan menenangkan fikiran sambil melihat keindahan matahari terbenam pada waktu senja dan juga melihat kapal terbang mendarat di lapangan terbang berdekatan.

Terdapat juga beberapa tempat penginapan dan hotel di sini seperti C’haya Hotel dengan harganya yang berpatutan bagi anda yang ingin meluangkan masa beberapa hari menikmati suasana pantai. Selain itu, Tanjung Aru Perdana Park menjadi pilihan pada waktu malam kerana keindahan air pancut yang berwarna-warni dan diiringi dengan muzik lagu sambil menikmati suasana pantai dan makan malam. Tempat ini amat sesuai bagi anda yang ingin datang melancong bersama seisi keluarga.

Selain aktiviti pelancongan, Pantai Tanjung Aru juga menjadi pilihan untuk melakukan aktiviti riadah, berjogging, mandi pantai serta barbeku bersama keluarga dan sahabat handai terutamanya di hujung minggu. Kanak-kanak juga berpeluang untuk mandi pantai, bermain layang-layang, belon buih dan sebagainya. Namun ibu bapa dinasihatkan untuk mengawasi anak-anak mereka yang mandi di tepi pantai kerana terdapat obor-obor yang boleh mendatangkan kecederaan akibat sengatannya.

4

Makan dan membeli kraftangan tempatan

Jesselton Point

Terokai Keindahan Alam Di Sabah, Ini Adalah 6 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan Di Kota Kinabalu
Photo credit: @seoyeong_yoon

Terletak di pusat bandar Kota Kinabalu, Jesselton Point merupakan salah satu daya tarikan utama di bandar ini dan harus dilawati. Selain dari menjadi pusat pengangkutan utama feri untuk ke Taman Laut Tunku Abdul Rahman, tempat ini mempunyai banggunan dengan binaan unik, pondon telefon antik, gerai-gerai makanan dan kraftangan hasil penduduk tempatan di tepi laut dan laluan pejalan kaki diatas air.

Di sini anda bebas untuk berjalan-jalan sambil memesan makanan dan minuman di gerai. Anda juga dapat menikmati suasana pemandangan matahari terbenam tepi laut yang indah sambil ditiup angin sepoi-sepoi di waktu senja.

5

Melihat spesis haiwan dan flora dan fauna yang dilindungi

Taman Hidupan Liar Lok Kawi

Terokai Keindahan Alam Di Sabah, Ini Adalah 6 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan Di Kota Kinabalu
Photo credit: @pog84

Jika anda berkunjung ke Kota Kinabalu, Taman Hidupan Liar Lok Kawi merupakan salah satu tempat yang anda harus lawati. Dengan kawasannya yang sangat luas, di sini anda boleh melihat pelbagai spesis haiwan yang dilindungi seperti monyet Proboscis, ular, burung, unggas, musang, rusa dan sebagainya. Taman hidupan liar ini terletak di jalan lama Penampang-Papar dan mengambil masa kira-kira 30 minit untuk sampai ke sini dari pusat bandar Kota Kinabalu.

Terokai Keindahan Alam Di Sabah, Ini Adalah 6 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan Di Kota Kinabalu
Photo credit: @sufinahalim

Selain daripada spesis haiwan yang dilindungi, taman ini juga menawarkan peluang kepada para pengunjung untuk merasa pengalaman melalui laluan botani di dalam hutan hujan sepanjang 1.4km untuk melihat spesis tumbuhan yang jarang dijumpai di tempat lain. Taman ini dibuka dari jam 9:30 pagi sehingga jam 5:30 petang setiap hari.

6

Menerokai gua batu kapur terbesar di Borneo

Gua Gomantong

Terokai Keindahan Alam Di Sabah, Ini Adalah 6 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan Di Kota Kinabalu
Photo credit: @mfdly

Bagi anda yang inginkan lebih cabaran dan menikmati suasana tropikal, Gua Gomantong merupakan destinasi yang sesuai. Terletak di hutan simpan daerah Kinabatangan, kira-kira 85km dari bandar Sandakan. Gua Gomantong merupakan gua yang terbesar dan menjadi sumber paling penting sarang burung di Sabah. Merupakan gua batu kapur yang mengandungi 9 buah gua di dalamnya, dan antara dua gua yang terbesar ialah gua Simud Putih, dan gua Simud hitam. Gua Simud Hitam dibuka seawal jam 8:00 pagi sehingga 6:00 petang pada setiap hari. Bagi anda yang ingin menerokai gua Simud Putih hendaklah mendapatkan permit khas dan mendaki selama 30 minit untuk sampai ke sana.

Selain keindahan alam sekitarnya, jika anda bertuah pada hari tersebut anda juga dapat melihat orangutan atau red-leaf monkey ketika melalui laluan untuk ke gua Simud Hitam merentasi hutan hujan Gomantong. Anda dinasihatkan untuk membawa lampu suruh kerana keadaan yang gelap di dalam gua. Gua ini juga merupakan rumah kepada ribuan burung walit, kelawar, dan pelbagai jenis serangga yang merangkak di merata tempat. Jadi bagi anda yang takutkan serangga, tempat ini bukanlah tempat yang sesuai.

Terokai Keindahan Alam Di Sabah, Ini Adalah 6 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan Di Kota Kinabalu
Terokai Keindahan Alam Di Sabah, Ini Adalah 6 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan Di Kota Kinabalu

Sememangnya Kota Kinabalu mempunyai banyak tempat menarik yang boleh dilawati dan amat berbaloi untuk meluangkan masa lebih dari 1 hari disini. Selamat melancong!

Sumber : Travelog Expedia

Miri juga merupakan salah satu tempat yang popular dengan terumbu karang yang asli. Yang bestnya, anda boleh melakukan aktiviti snorkeling di sana! Pemandangannya juga tidak kalah dengan pemandangan yang anda boleh lihat di Sabah. Baca artikel di bawah:

iloveborneo 30 Mei 2022
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article [ TERKINI ] Sugarbun Umum Naikkan Harga, Komited Kekalkan Yang Terbaik Untuk Pengguna [ TERKINI ] Sugarbun Umum Naikkan Harga, Komited Kekalkan Yang Terbaik Untuk Pengguna
Next Article 7 Lokasi Sunset Paling Cantik Di Sarawak 7 Lokasi Sunset Paling Cantik Dan Menawan Di Sarawak

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Aktiviti Menarik

Minat Sukan Ekstrem? Jom Cuba Sukan Lumba Go-Kart Di Serapi Borneo Race Track Kuching

18 Jun 2022
Aktiviti Menarik

Kolam Renang Luas Dan Terjaga, Jom Beriadah Bersama Keluarga Di Stampark Place Kuching

16 Jun 2022
Anda Peminat Aktiviti Lasak? Jom Berkayak Sambil Menikmati Keindahan Alam Di Semadang
Aktiviti Menarik

Anda Peminat Aktiviti Lasak? Jom Berkayak Sambil Menikmati Keindahan Alam Di Semadang

10 Jun 2022
Nampak Real! Inilah Peluang Untuk Lihat T-Rex Depan Mata, Pameran Dinosaur Bakal Diadakan Di Kuching
Aktiviti Menarik

Nampak Real! Inilah Peluang Untuk Lihat T-Rex Depan Mata, Pameran Dinosaur Bakal Diadakan Di Kuching

8 Jun 2022

Kategori

  • Cerita Borneo
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • #innovatesarawak

Polisi

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat

Hubungi kami

Pengiklanan & advertorial berbayar : [email protected]

Isu berkaitan konten :
[email protected]

 

 

Follow US

A Part Of Borneo Digital

AdBlock Detected
Our site is an advertising supported site. Please whitelist to support our site.
Okay, I'll Whitelist
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?