I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Terpaksa Diselamatkan Bomba, Oyen Terperangkap Dalam Siling Jiran Cuit Hati Netizen
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Terpaksa Diselamatkan Bomba, Oyen Terperangkap Dalam Siling Jiran Cuit Hati Netizen

Oleh Kedung BK 14 September 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Terpaksa Diselamatkan Bomba, Oyen Terperangkap Dalam Siling Jiran Cuit Hati Netizen

It’s always the orange cats… 😂

Terpaksa Diselamatkan Bomba, Oyen Terperangkap Dalam Siling Jiran Cuit Hati Netizen. Jika anda seorang pencinta kucing, anda mungkin tahu betapa terkenalnya kucing oren (atau juga dikenali sebagai ‘oyen’). For some reason, mereka telah membina reputasi sebagai kucing ‘istimewa’ – tetapi kita tetap juga menyayangi mereka!

Baru-baru ini pula, seekor kucing oyen telah menimbulkan stress kepada pemiliknya apabila ia terperangkap dalam dek siling jiran selama dua hari, sehinggakan pemiliknya terpaksa memanggil bomba untuk menyelamatkan kucingnya!

Terpaksa Diselamatkan Bomba, Oyen Terperangkap Dalam Siling Jiran Cuit Hati Netizen
Terpaksa Diselamatkan Bomba, Oyen Terperangkap Dalam Siling Jiran Cuit Hati Netizen

Kucing tidak kembali ke rumah sebelum ditemui dalam dek siling jiran

Pemilik kucing berkenaan, Miora Edora Saludin, yang berasal dari Kuching, berkongsi kisah lucu itu menerusi Facebook baru-baru ini. Menurutnya, kucingnya hilang selama sehari dan dia memutuskan untuk mencarinya sehingga dia mendapati ia bersembunyi di dalam dek siling jirannya selepas mendengar kucingnya berbunyi.

Walaupun cuba mengeluarkan kucingnya dari siling dengan bantuan abangnya, kucingnya masih tidak dapat diturunkan. Selepas kehabisan pilihan, dia memberitahu jirannya bahawa jika kucingnya gagal turun dan pulang ke rumah, dia tidak mempunyai pilihan selain menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan.

Perkara itu dipersetujui oleh jirannya dan Miora pulang ke rumah dengan harapan kucingnya akan pandai2 turun sendiri.

Terpaksa Diselamatkan Bomba, Oyen Terperangkap Dalam Siling Jiran Cuit Hati Netizen
Kredit foto: FB Miora Edora Saludin

Keesokan harinya, dia pergi ke rumah jirannya untuk memeriksa kucingnya dan of course, kucing itu masih berada di dalam dek siling! Tidak mempunyai pilihan lain, dia menghubungi bomba untuk membantu menyelamatkan kucingnya.

Namun anehnya, jirannya tiba-tiba mengubah fikirannya mengenai kucing itu diselamatkan oleh bomba – mungkin disebabkan bomba akan perlu memecahkan dek siling bagi mendapatkan kucing itu dan tidak mahu membayar ganti rugi. Walau bagaimanapun, Miora bersetuju untuk menggantikan dek terbabit dan menghubungi bomba untuk menyelamatkan kucingnya.

Akhirnya, bomba tiba dan kucingnya berjaya diselamatkan! Korang tengok muka dia tu, amboi… Sudah lah ceroboh masuk siling orang, pastu perlu diselamatkan bomba lagi!

Terpaksa Diselamatkan Bomba, Oyen Terperangkap Dalam Siling Jiran Cuit Hati Netizen
Kredit foto: FB Miora Edora Saludin

“Nakalnya oyen, macam tuan dia!” – netizen

Rata-rata netizen terhibur melihat situasi itu, dengan ramai daripada mereka mengusik betapa typical kucing oyen ni, lagi-lagi dengan reputasi mereka yang sering buat hal!

Antaranya seperti berikut:

Terpaksa Diselamatkan Bomba, Oyen Terperangkap Dalam Siling Jiran Cuit Hati Netizen
Kredit foto: FB Miora Edora Saludin
Terpaksa Diselamatkan Bomba, Oyen Terperangkap Dalam Siling Jiran Cuit Hati Netizen
Kredit foto: FB Miora Edora Saludin
Terpaksa Diselamatkan Bomba, Oyen Terperangkap Dalam Siling Jiran Cuit Hati Netizen
Kredit foto: FB Miora Edora Saludin
Terpaksa Diselamatkan Bomba, Oyen Terperangkap Dalam Siling Jiran Cuit Hati Netizen
Kredit foto: FB Miora Edora Saludin

Ia difahamkan juga bahawa kucing itu turut ‘dihukum’ oleh tuannya – sekarang, ia tidak dibenarkan keluar rumah!

Ya lah, tak pasal2 pecah dek siling rumah orang. Nasib baik oyen tu berjaya diselamatkan! Geram betul. 😂😂😂

Ketahui tentang ciri-ciri oyen:

Ketahui siapa ‘Unsinkable Sam’:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Menyajikan Hidangan Foochow Fusion, Anda Perlu Cuba Penn’s Pantry Di Kuching
Next Article Meriah Hujung Tahun Ini Bersama Seisi Keluarga, Ketahui 5 Acara Menarik Di Kuching Meriah Hujung Tahun Ini Bersama Seisi Keluarga, Ketahui 5 Acara Menarik Di Kuching

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?