• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tertipu Jerat Macau Scam, Peniaga Dan Suri Rumah Rugi Lebih RM20K

Oleh
ILB - AI
14 Ogos 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Tertipu Jerat Macau Scam, Peniaga Dan Suri Rumah Rugi Lebih RM20K

Dijerat Macau Scam dua individu rugi lebih RM20,000

Tertipu Jerat Macau Scam, Peniaga Dan Suri Rumah Rugi Lebih RM20K. Polis Sibu menerima dua laporan membabitkan kes penipuan macau scam melibatkan dua individu yang telah mengalami kerugian berjumlah lebih RM20,000.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkifli Suhaili berkata seorang peniaga lelaki mengalami kerugian lebih RM10 ribu setelah menyedari dirinya dijerat oleh scammer yang menyamar sebagai ejen pinjaman wang di media sosial.

Tertipu Jerat Macau Scam, Peniaga Dan Suri Rumah Rugi Lebih RM20K
Tertipu Jerat Macau Scam, Peniaga Dan Suri Rumah Rugi Lebih RM20K

Ditipu untuk membayar bagi tujuan pemprosesan pinjaman

Lapor media tempatan, mangsa membuat bayaran RM10,000 kepada suspek untuk tujuan pemprosesan dan dijanjikan akan dikembalikan semula wang tersebut setelah pinjaman diluluskan.

Namun, suspek memaksa mangsa untuk membuat pelbagai bayaran caj lain yang tidak masuk dek akal dan membuatkan mangsa sedar dirinya telah ditipu.

Sementara itu, kes berlainan melibatkan suri rumah yang mengalami kerugian RM10,600 akibat penipuan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Mangsa menerima SMS yang mendakwa akaun banknya tidak normal dan menyatakan dia perlu menekan pautan dalam SMS itu untuk memulihkan semula akaun banknya.

Tertipu Jerat Macau Scam, Peniaga Dan Suri Rumah Rugi Lebih RM20K
Gambar sekadar hiasan.

Mangsa bertindak log masuk ke pautan yang diberikan dan memasukkan kata pengenalan akaun bank serta kata laluannya.

Bagaimanapun, setelah beberapa hari mangsa log masuk ke akaun banknya, mangsa mendapati wang simpanan di akaun banknya yang berjumlah RM10,600 itu telah dipindahkan ke akaun yang tidak dikenali.

Hati-hati dengan SMS yang mengandungi pautan mencurigakan

ACP Zulkifli Suhaili menasihatkan agar orang ramai tidak menekan sebarang pautan dari orang asing yang tidak dikenali melalui SMS.

Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dengan modus operandi scammer agar tidak menjadi mangsa.

Gambar sekadar hiasan. Kredit foto: Kena Scam

Jom kita kenali 7 jenis scam dan apa yang perlu kita lakukan jika kena scam:

Ini Adalah 7 Jenis Scam Anda Perlu Berhati-Hati Dan Apa Anda Harus Buat Jika Kena Scam
Kenali Ciri-Ciri Scammer Yang Tawar Kerja Sambilan Melalui Whatsapp Dan SMS
SUMBER :UTUSAN BORNEO
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Unik Dan 'Rare', Tetamu Kagum Dengan Tarian Singa Iringi Majlis Perkahwinan Melayu Di Kuching Unik Dan ‘Rare’, Tetamu Kagum Dengan Tarian Singa Iringi Majlis Perkahwinan Melayu Di Kuching
Next Article Gara-gara Isteri Diserang Strok, Suami Sanggup 'Buang' Isteri Dalam Hutan Gara-gara Isteri Diserang Strok, Suami Sanggup ‘Buang’ Isteri Dalam Hutan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?