• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Terus Amal Pendekatan Kawal Selia, Vape Masih Tidak Diharamkan

Oleh
Farisha
20 November 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Kawal Selia Vape, Pendirian Kerajaan Tidak Berubah

Terus Amal Pendekatan Kawal Selia, Vape Masih Tidak Diharamkan. Kerajaan akan terus mengawal selia produk vape melalui undang-undang terbaru yang berkuatkuasa sejak Oktober lalu, kata Menteri Kesihatan, menurut laporan media tempatan.

Walaupun tidak akan mengharamkan vape di peringkat nasional, kerajaan memberikan kuasa kepada kerajaan negeri untuk membuat keputusan sendiri termasuk melarang penjualan di kawasan masing-masing.

Terus Amal Pendekatan Kawal Selia, Vape Masih Tidak Diharamkan
Terus Amal Pendekatan Kawal Selia, Vape Masih Tidak Diharamkan

Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan pendekatan kawal selia adalah pilihan terbaik pada masa kini. Beliau menyatakan walaupun hasrat awal adalah untuk mengharamkan, namun memilih untuk mengawal selia produk tersebut secara berkesan.

Beliau diminta mengulas titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang menyarankan pengharaman total terhadap penggunaan vape di negeri itu. 

Terpulang dengan negeri masing-masing mengharamkan vape atau tidak

Al-Sultan Abdullah dilaporkan bertitah, saranan itu dibuat susulan kebimbangan baginda akan penyalahgunaan dadah yang semakin meningkat di Pahang, terutama dalam kalangan belia, berdasarkan statistik Agensi Antidadah Kebangsan (AADK). Titah baginda, antara punca utama golongan muda terjebak ketagihan dadah secara langsung dan tidak langsung didapati bermula dengan penggunaan vape

Sebelum ini, Johor dilapor telah melaksanakan larangan menjual vape dan akan mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang menjualnya secara terbuka. 

Mengulas lanjut, Dr Dzulkefly menjelaskan bahawa Akta 852 menyediakan kerangka perundangan yang lengkap untuk mengawal selia seluruh rantaian bekalan vape, termasuk aspek pendaftaran, penjualan dan penghantaran.

Kementerian Kesihatan turut melancarkan sambutan Minggu Kesedaran Antimikrob Sedunia 2024 yang bertujuan meningkatkan kesedaran tentang ancaman kerintangan antimikrob.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan tentang bahanya vape:

Bahaya Vape Magic Mushroom, Remaja Alami Halusinasi Teruk Dan Cakap Seorang Diri
Pelajar Tingkatan 4 Sawan Kritikal Akibat Hisap Vape Magic Mushroom
SUMBER :Cari
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Penjawat Awam Sarawak Bakal Terima Elaun Bulanan Khas Mulai Januari 2025 Penjawat Awam Sarawak Bakal Terima Elaun Bulanan Khas Mulai Januari 2025
Next Article Sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia, Maxim E-hailing Anjur Program Keselamatan Jalan Raya Di Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?