THERMOS bukan sekadar botol kelalang, juga mempunyai pelbagai jenis barangan untuk kegunaan setiap hari
THERMOS Malaysia Buka Kedai Konsep Pertama Borneo Di Sarawak. THERMOS Malaysia memperluaskan capaian dengan pembukaan rasmi kedai konsep pertamanya di kepulauan Borneo, yang terletak di Kuching, Sarawak.
Membawa pengalaman dalam talian ke kedai fizikal, Kedai Konsep THERMOS ini terletak di pusat beli-belah popular di Kuching, The Spring Mall dan berkeluasan hampir 1,000 kaki persegi. Kedai konsep ini menampilkan reka bentuk dalaman yang moden dan segar dengan barisan produk yang mempamerkan evolusi jenama sebagai pencipta serta perintis. Ini termasuklah teknologi insulasi vakum yang canggih untuk mengekalkan suhu optimum bagi makanan dan minuman.


THERMOS kini dibuka di The Spring Mall, Kuching
Kedai konsep ini menampilkan produk terkini THERMOS yang memenuhi pelbagai keperluan untuk semua peringkat umur seperti botol, bekas makanan, bekas air (carafe), mug, perkakas memasak serta koleksi khas untuk diterokai pelanggan. Pelanggan juga akan mempunyai akses kepada produk dan promosi eksklusif di kedai, menawarkan ganjaran istimewa untuk kunjungan mereka di kedai fizikal.
Pengarah Urusan THERMOS Malaysia, Encik Masato Hirose berkata, “Pembukaan rasmi kedai konsep pertama kami di Kuching menunjukkan komitmen berterusan kami dalam memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat Malaysia serta memenuhi keperluan penduduk di Malaysia Timur. Dengan membawa produk THERMOS yang berkualiti dan dipercayai selama turun temurun kepada penduduk Sarawak, kami menyediakan kemudahan dan akses yang lebih mudah melalui pembukaan kedai fizikal.
Pasaran di Sabah dan Sarawak amat penting bagi THERMOS Malaysia kerana wilayah ini mempunyai potensi untuk berkembang pesat dan peluang yang besar. Pembukaan kedai baharu di Sarawak ini tepat pada masa memandangkan fokus negeri ini terhadap kelestarian dan alam semula jadi sejajar dengan prinsip THERMOS. Selama lebih dari 120 tahun, THERMOS telah memberi pelanggan pengalaman menikmati makanan dan minuman pada suhu yang ideal dengan produk yang dicipta untuk penggunaan jangka panjang, dan seterusnya menerapkan prinsip kehidupan lestari.”
Pembukaan kedai konsep pertama di Malaysia Timur (Borneo) ini seiring dengan ulang tahun ke-120 jenama THERMOS yang diraikan pada tahun ini. Sempena sambutan acara istimewa ini, THERMOS telah mengadakan promosi dan ganjaran eksklusif untuk pengunjung di wilayah ini. Ini termasuk pemberian produk THERMOS Edisi Khas dan beg cenderahati bernilai lebih RM300 untuk 10 pelanggan pertama yang membuat pembelian. Manakala, 30 pelawat pertama yang beratur turut menerima beg cenderahati bernilai hampir RM60. Promosi lain termasuk diskaun ‘6 Hari Pembukaan Istimewa’ hingga 50% untuk produk terpilih dan hadiah percuma edisi terhad.
Kedai Konsep THERMOS terletak di Lot 223 di Aras 2 di The Spring Mall dan dibuka dari jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam. Untuk makumat lanjut, layari https://thermosmalaysia.com/ dan ikuti Facebook and Instagram THERMOS Malaysia.
Semasa ditemu ramah ILOVEBORNEO, Cik Erlysha Ang, Timbalan Pengarah Urusan THERMOS Malaysia Sdn. Bhd. berkata bahawa cawangan THERMOS Malaysia di Borneo juga bakal dibuka di Miri dan Sabah.

