Suspek disyaki kurang siuman
Individu Pukul Kenderaan Orang Awam Disyaki Kurang Siuman, Polis Kini Buru Suspek. Tular video di Facebook baru-baru ini mengenai seorang individu yang telah bertindak memukul kenderaan orang awam di Jalan hadapan Bucida Resident di Kota Samarahan.
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan telah mengeluarkan kenyataan semalam menganai seorang wanita yang telah membuat laporan polis gara-gara kenderaan miliknya dipukul oleh seorang lelaki menggunakan kayu.

Suspek tiba-tiba memukul kenderaan mangsa
Laporan polis berkenaan telah dibuat mangsa setelah suspek tiba-tiba memukul kenderaanya ketika melalui jalan raya tersebut sehingga menyebabkan kerosakan pada lampu belakang bahagian kiri.
Olej itu, pihak polis juga turut memohon orang ramai yang menjadi mangsa kes kereta dipukul lelaki yang disyaki kurang siuman di Jalan Bucida Resident, Jalan Kuap untuk tampil membuat laporan polis.
Ketua Polis Daerah Kota Samarahan DSP Jaimi Husin berkata, setakat ini satu laporan telah dibuat dan pihak beliau berkata usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.

Kertas siasatan polis telah dibuka
Kertas siasatan juga telah dibuka dan pihak polis Kota Samarahan dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu khianat merosakkan harta benda.
Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Maklumat berhubung kejadian juga boleh disalurkan terus kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Mohammad Adri di talian 014-8651605.

