• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Individu Ini Luah Kesal Tiada Cuti Tambahan Untuk Hari Gawai Tahun 2024

Oleh
Nazihah AN
12 November 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Individu Ini Luah Kesal Tiada Cuti Tambahan Untuk Hari Gawai Tahun 2024

Individu ini kesal pihak kementerian pendidikan bersikap tidak adil terhadap kaum majoriti di Sarawak

Individu Ini Luah Kesal Tiada Cuti Tambahan Untuk Hari Gawai Tahun 2024. Tular di satu hantaran di laman Facebook, seorang individu meluahkan rasa kesal terhadap Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang dianggap tidak peka terhadap kepentingan perayaan Gawai Dayak.

Isu ini timbul apabila Gawai Dayak pada tahun 2024 jatuh pada dua hari terakhir cuti Penggal 1 sekolah, menimbulkan persoalan mengapa cuti ini tidak ditambah seperti cuti Hari Raya Aidilfitri.

Khususnya di Sarawak, di mana majoriti penduduknya merayakan Gawai Dayak, isu ini menjadi lebih sensitif. Banyak murid sekolah rendah di Sarawak adalah pelajar asrama yang tinggal di ulu sungai, dan cuti Penggal 1 yang hanya seminggu dirasakan tidak mencukupi untuk merayakan Gawai Dayak, yang merupakan perayaan penting bagi mereka.

Individu Ini Luah Kesal Tiada Cuti Tambahan Untuk Hari Gawai Tahun 2024
Individu Ini Luah Kesal Tiada Cuti Tambahan Untuk Hari Gawai Tahun 2024

Gawai Dayak merupakan perayaan penting bagi masyarakat Dayak di Sarawak

Berdasarkan lampiran yang dikongsikan individu tersebut, sambutan Gawai Dayak pada 1 dan 2 Jun 2024 telah dimasukkan dalam cuti penggal pertama sesi persekolahan 2024/2025. Ini bermakna tiada cuti tambahan diberikan khusus untuk sambutan kali ini, tidak seperti perayaan lain seperti Hari Raya Aidilfitri yang mempunyai tambahan tiga hari cuti bagi kedua-dua kumpulan A dan B.

Gawai Dayak merupakan perayaan penting bagi masyarakat Dayak di Sarawak, dan kurangnya pertimbangan untuk cuti tambahan boleh dirasakan sebagai ketidakadilan, terutama bila membandingkan dengan perayaan lain yang mendapat perhatian lebih dalam penjadualan cuti.

Hantaran tersebut telah raih perhatian netizen terutamanya mereka yang bekerja di Semenanjung Malaysia. Dan rata-rata menyokong pandangan individu ini mungkin merasakan bahawa kurangnya sensitiviti terhadap Gawai Dayak sebagai perayaan yang memerlukan pertimbangan khusus dalam penjadualan cuti sekolah merupakan sebuah pengabaian terhadap tradisi dan identiti budaya mereka.

Walau bagaimanapun, di Sarawak terdapat cuti Gawai sehingga 3 Jun 2024. Berikut adalah penjadualan cuti berdasarkan Almanac 2024:

  • 25/5-2/6 Cuti penggal 1 sesi akademik 2024/2025
  • 1/6 ( Sabtu ) Cuti umum hari pertama Gawai Dayak
  • 2/6 ( Ahad ) Cuti umum hari kedua Gawai Dayak
  • 3/6 ( Isnin ) Cuti umum sempena Keputeraan YDP Agong / cuti ganti Gawai Dayak hari ke-2 yg jatuh Ahad) (SARAWAK)
  • 4/6 ( Selasa ) Cuti ganti sempena Keputeraan YDP Agong yg jatuh Isnin.

Lagi artikel semasa, anda boleh baca di pautan bawah:

Timbalan Menteri Cadang Iktiraf Hari Gawai Sebagai Cuti Umum Seluruh Malaysia
Pukul Warga Emas Hingga Maut Di Batu Kawa, Dua Pemuda Dikenakan Hukuman Penjara 4 Tahun
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rasa Tenang Di Kuching, Perkongsian Wanita Ini Buat Ramai Terharu
Next Article Ini 4 Pengebumian Kuno Di Masyarakat Borneo

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?