• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Rasa Tenang Di Kuching, Perkongsian Wanita Ini Buat Ramai Terharu

Oleh
Husna Hazmi
12 November 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Wanita kongsi pengalaman jatuh cinta dengan Kuching, Sarawak

Rasa Tenang Di Kuching, Perkongsian Wanita Ini Buat Ramai Terharu. Sarawak adalah salah satu destinasi yang ramai kunjungi dan ramai juga yang telah jatuh cinta dengannya. Bukan sekadar kerana makanannya yang enak, tetapi Bumi Kenyalang ini dipenuhi dengan rakyat baik-baik belaka di samping mempunyai ketenangannya tersendiri.

Baru-baru ini di Facebook, seorang wanita telah berkongsi pengalamannya berada di Kuching, Sarawak di mana dia berasa amat tenang di Bandaraya berkenaan.

Rasa Tenang Di Kuching, Perkongsian Wanita Ini Buat Ramai Terharu
Rasa Tenang Di Kuching, Perkongsian Wanita Ini Buat Ramai Terharu. Kredit foto: Raw Chef Yin

Dalam banyak tempat diterokai, Kuching jadi pilihan hati

Dalam perkongsian tersebut, wanita itu berkata bahawa semakin banyak dirinya mengembara, semakin dirinya sedar dia berasa lebih tenang di Bandaraya Kuching berbanding bandar-bandar lain di Malaysia seperti Langkawi, Hoi An, Danang, Ipoh dan juga Taiping.

Menurutnya, walaupun Kuala Lumpur merupakan sebuah bandar yang mempunyai pelbagai akses kemudahan, tetapi Kuching tetap menjadi pilihan hatinya. Dia berkata, dirinya kagum melihat suasana di Kuching yang tenang tidak seperti di Kuala Lumpur.

Wanita ini juga berkongsi bahawa ketika berada di Kuala Lumpur dirinya sering berasa gelisah namun di Kuching, dia berjaya berasa tenang walaupun akses internet yang pantas adalah kurang.

Rasa Tenang Di Kuching, Perkongsian Wanita Ini Buat Ramai Terharu
Gambar tangkap layar dari FB Raw Chef Yin
Rasa Tenang Di Kuching, Perkongsian Wanita Ini Buat Ramai Terharu
Gambar tangkap layar dari FB Raw Chef Yin

Orang ramai terharu dan setuju dengan perkongsiannya

Menurutnya lagi, dirinya turut berasa kagum mendengar cerita tentang rumah panjang, tumbuh tumbuhan yang berada di Sarawak serta cerita-cerita menarik dari rakyat tempatan di sini.

Di ruangan komen pula, orang ramai berasa terharu dengan perkongsian wanita tersebut dan perkongsiannya itu telah mendapat ratusan kongsi.

Netizen rata-ratanya bersetuju dengan pendapat wanita berkenaan kerana mereka juga berasa seperti dirinya. Ramai bersetuju bahawa Sarawak adalah destinasi yang amat menenangkan dan telah membuat ramai jatuh cinta dengannya.

Memang patutlah Sarawak buat ramai jatuh cinta, lihat di sini:

Sarawak Tawan Hati Pelancong Dari UK, Dinobat Sebagai Top 10 Destinasi Paling Menarik Di Dunia
Orang Sarawak Duduk Atas Pokok? Lelaki Ini Puji Sarawak Antara Negeri Terkaya Dan Maju
SUMBER :FB Raw Chef Yin
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kejutan Di Hari Perkahwinan, Lelaki Terperanjat ‘Bridesmaid’ Semua Bekas Teman Wanita
Next Article Individu Ini Luah Kesal Tiada Cuti Tambahan Untuk Hari Gawai Tahun 2024 Individu Ini Luah Kesal Tiada Cuti Tambahan Untuk Hari Gawai Tahun 2024

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?