• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

“Tiada Hidung, 2 Biji Mata Bersambung”, Gempar Kelahiran Kambing Berwajah Aneh Di Kalimantan Barat

Oleh
Ismail NA
5 Julai 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Walau bagaimanapun, bayi kambing tersebut meninggal dunia sejurus selepas dilahirkan.

“Tiada Hidung, 2 Biji Mata Bersambung”, Gempar Kelahiran Kambing Berwajah Aneh Di Kalimantan Barat. Sangat jarang kita mendengar berita tentang kelahiran haiwan yang dilahirkan dalam keadaan yang tidak sempurna. Malah, jika ada kelahiran aneh begini, pasti ia akan dikaitkan dengan kejadian tahyul dan kepercayaan bahawa kelahiran ini adalah tanda malapetaka di sesebuah tempat.

Isi Isi Penting
  • Walau bagaimanapun, bayi kambing tersebut meninggal dunia sejurus selepas dilahirkan.
  • Bayi kambing aneh tidak punyai hidung
  • Doktor veterinar ini jelaskan sebab saintifik di sebalik kelahiran abnormal bayi kambing itu
  • Hindarkan kacukan haiwan yang sedarah sedaging
  • Lagi artikel lain yang menarik :

Di Kalimantan Barat, spesifiknya di Desa Bangun, Kecamatan Sepauk, Kabupaten Sintang, dua ekor bayi kambing telah dilahirkan dalam keadaan yang tidak sempurna dan telah menggemparkan penduduk di desa itu. Bayi kambing yang malang tersebut dilahirkan dalam keadaan struktur wajah yang aneh walaupun badan nya terbentuk dengan sempurna.

Bayi kambing aneh tidak punyai hidung

Bayi pertama kambing tersebut mempunyai 2 biji mata yang bersambung dan berada dalam satu kelopak mata yang sama. Bahkan, ia tidak mempunyai hidung dan mulutnya tidak terbentuk seperti biasa. Ia juga dipercayai bahawa tulang hidung kambing ini tidak terbentuk menyebabkan mukanya terbenam ke dalam dan tidak bermuncung.

"Tiada Hidung, 2 Biji Mata Bersambung", Gempar Kelahiran Kambing Berwajah Aneh Di Kalimantan Barat
“Tiada Hidung, 2 Biji Mata Bersambung”, Gempar Kelahiran Kambing Berwajah Aneh Di Kalimantan Barat
Sumber : Tribun Pontianak

Keadaan itu juga menyebabkan kedua-dua matanya tertarik sama. Jika dilihat dari kejauhan, bayi kambing ini terlihat seperti memiliki satu mata di bahagian tengah mukanya.

Manakala untuk bayi kedua kambing tersebut, meskipun memiliki mata yang normal, namun ia tetap tidak mempunyai hidung. Kedua-dua belahan otak kambing juga tidak kelihatan selain bayi-bayi kambing ini dilahirkan tanpa bulu.

Walau bagaimanapun, kedua-dua bayi kambing yang dilahirkan itu tidak bertahan lama. Sejurus selepas 3 minit dilahirkan, kedua-duanya meninggal dunia.

Menurut laporan portal berita Tribun Pontianak, bayi kambing tersebut dilahirkan pada 29 Jun 2021, pada jam 10 malam (waktu Indonesia Barat). Warga Desa Bangun yang bernama Jumiati memberitahu portal berita tersebut bahawa kambing tersebut adalah milik seorang penduduk yang bernama Thomas. Proses kelahiran anak kambing abnormal dari keluar ketuban sehingga nampak bentuk tubuh fizikal itu juga turut disaksikan oleh suaminya, Dwi Suliansyah serta beberapa warga kampung menggunakan lampu suluh.

Doktor veterinar ini jelaskan sebab saintifik di sebalik kelahiran abnormal bayi kambing itu

Namun demikian, terdapat penjelasan saintifik di sebalik kelahiran abnormal bayi kambing ini. Perkara ini dijelaskan oleh doktor veterinar di Sintang Orangutan Center (SOC), Waluyo Jati. Kelahiran aneh tersebut adalah mungkin disebabkan oleh faktor dalaman mahupun faktor luaran.

"Tiada Hidung, 2 Biji Mata Bersambung", Gempar Kelahiran Kambing Berwajah Aneh Di Kalimantan Barat
Dr. Waluyo Jati, doktor veterinar Sintang Orangutan Center (SOC)
Sumber : Tribun Pontianak

Ada kemungkinan bahawa faktor dalaman yang menyebabkan kecacatan pada bayi kambing tersebut adalah terdapat kelainan sel yang dimiliki oleh kambing induk sehingga menyebabkan proses pembentukan bayi tidak terbentuk sepenuhnya. Terdapat juga faktor luaran seperti kambing induk yang berkemungkinan tidak mendapat zat makanan yang secukupnya.

Akibat daripada dua faktor tersebut, ia boleh menyebabkan pembentukan embrio yang tidak normal seperti tiada pertumbuhan tulang rahang dan wajah pada bahagian kepala, termasuklah tiada pertumbuhan rambut.

Malah, kematian bayi kambing tersebut juga berkemungkinan disebabkan oleh perkembangan organ yang masih belum lengkap.

Hindarkan kacukan haiwan yang sedarah sedaging

Menurut Waluyo, bagi menghindarkan kelahiran tidak sempurna seperti ini, para pemilik haiwan ternakan perlu memastikan agar haiwan ternakan tidak dikacuk antara induk betina dengan anak jantannya, induk jantan dengan anak betinanya, ataupun anak dari induk yang sama. Kacukan sedarah sedaging ini boleh menyebabkan mutasi genetik dan akhirnya melahirkan baka yang cacat.

Ulasnya lagi, haiwan ternakan ini juga perlu diberi makanan dan zat makanan yang mencukupi, baik dari segi kualiti mahupun kuantitinya, bagi menampung keperluan khasiat badan sepanjang ia mengandung.

Kasihan betul. Ingatkan manusia sahaja yang tak boleh kahwin sesama darah daging, rupanya haiwan pun sama.

Lagi artikel lain yang menarik :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Berikut Merupakan Panduan Untuk Memohon Bantuan RM600 Selama 4 Bulan Bagi Semua Pekerja Di Malaysia
Next Article Kapit, Telang Usan Sarawak Kini Diisytiharkan Dalam Kawasan Kawalan Demam Babi Afrika

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?