I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Kapit, Telang Usan Sarawak Kini Diisytiharkan Dalam Kawasan Kawalan Demam Babi Afrika

Oleh Husna Hazmi
6 Julai 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Penularan virus tersebut dipercayai adalah dari wilayah Kalimantan Utara Indonesia.

Kapit, Telang Usan Sarawak Kini Diisytiharkan Dalam Kawasan Kawalan Demam Babi Afrika. Dilaporkan bahawa, Bahagian Kapit dan Daerah Telang Usan di Miri kini telah diisytiharkan sebagai kawasan kawalan Demam Babi Afrika (ASF) berikutan laporan berita penularan virus berkenaan di Wilayah Nunukan dan Krayan di Kalimantan Utara, Indonesia.

Isi Isi Penting
Penularan virus tersebut dipercayai adalah dari wilayah Kalimantan Utara Indonesia.Dikuatkuasakan di bawah Seksyen 35 (1)(b) Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999Berpesan kepada orang ramai termasuk penternak tidak boleh membawaSebarang babi atau produk babi yang telah dibawa atau ditawarkan untuk dijualJika disabit kesalahan boleh dikenakan denda
Kapit, Telang Usan Sarawak Kini Diisytiharkan Dalam Kawasan Kawalan Demam Babi Afrika
Kapit, Telang Usan Sarawak Kini Diisytiharkan Dalam Kawasan Kawalan Demam Babi Afrika

Dikuatkuasakan di bawah Seksyen 35 (1)(b) Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999

Menurut Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) Dr Adrian Susin Ambud, Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Datuk Amar Douglas Uggah Embas memutuskan perkara itu memandangkan Kapit dan Telang Usan berada berhampiran dengan wilayah-wilayah tersebut.

Beliau berkata arahan berkenaan adalah dikuatkuasakan di bawah Seksyen 35 (1)(b) Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999.

Orang ramai termasuk penternak babi di kawasan kawalan penyakit African Swine Fever (ASF) ini dinasihat tidak memberi makanan kepada babi, membawa keluar atau masuk babi hidup, daging babi atau produk babi ke kawasan kawalan ASF yang sudah dikenal pasti, jelas Dr Adrian Susin Ambud.

Kapit, Telang Usan Sarawak Kini Diisytiharkan Dalam Kawasan Kawalan Demam Babi Afrika

Berpesan kepada orang ramai termasuk penternak tidak boleh membawa

Di samping itu beliau juga berpesan kepada orang ramai termasuk penternak tidak boleh membawa, membeli secara dalam talian atau menghantar babi atau sebarang produk babi ke dalam dan keluar kawasan kawalan virus.

“Pada masa sama, penternak, khasnya perlu melapor segera jika berlaku sebarang kematian mengejut babi mana-mana aktiviti haram melibatkan babi dan produk babi kepada Pejabat Veterinar Bahagian terdekat.

“Meningkatkan sanitasi ladang serta kawasan sekitarnya menggunakan pembasmi kuman, mencuci dan membasmi kuman semasa bersentuhan dengan haiwan atau produk haiwan berkenaan.

“Elakkan juga babi peliharaan bersentuhan dengan babi hutan dengan meningkatkan halangan fizikal, terakhir elakkan daripada mengunjungi ladang-ladang babi dan tidak menggalakkan pengunjung ke ladang babi,” tegasnya dalam kenyataan media semalam.

Kapit, Telang Usan Sarawak Kini Diisytiharkan Dalam Kawasan Kawalan Demam Babi Afrika

Sebarang babi atau produk babi yang telah dibawa atau ditawarkan untuk dijual

Menurut Dr Adrian lagi, sebarang babi atau produk babi yang telah dibawa atau ditawarkan untuk dijual atau dijual bertentangan dengan arahan ini, boleh dirampas atau dimusnahkan oleh Pihak Berkuasa Veterinar Negeri.

Daging babi atau produk babi yang dirampas atau disita di bawah Seksyen itu, tidak akan dibayar pampasan, jelas beliau.

“Kegagalan mematuhi arahan ini akan dikenakan denda tidak melebihi RM1,000,” ujar beliau.

Selain itu, penternak babi di bahagian lain juga dinasihati agar mengambil langkah berjaga-jaga dan memperketatkan lagi keselamatan serta tidak menggalakkan pelawat datang ke ladang ternakan.

Kapit, Telang Usan Sarawak Kini Diisytiharkan Dalam Kawasan Kawalan Demam Babi Afrika

“Sila laporkan kepada Pejabat Veterinar Bahagian berdekatan segera sekiranya berlaku kematian tidak normal membabitkan ternakan atau WhatsApp ke 016-284 0918.

“Kami juga mahu memaklumkan kepada orang ramai terutamanya di Kapit dan Telang Usan tidak membeli atau menjual atau menyimpan (secara fizikal atau dalam talian) babi hutan dan daging babi hutan bagi mengelak berlakunya penularan virus ASF.

“Kita meminta kerja sama daripada semua pihak. Ingin dimaklumkan membawa babi atau produk babi dari Indonesia tanpa permit daripada Pihak berkuasa Veterinar Negeri satu kesalahan di bawah Seksyen 9 (1) Ordinan sama,” tambah beliau lagi.

Kapit, Telang Usan Sarawak Kini Diisytiharkan Dalam Kawasan Kawalan Demam Babi Afrika

Jika disabit kesalahan boleh dikenakan denda

Jika disabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun, jelas beliau lagi.

Dr Adrian berkata, setakat ini, babi yang diternak di Sarawak masih bebas daripada virus ASF.

“Orang ramai diberi jaminan babi di pasaran negeri selamat dimakan kerana virus Deman Babi Afrika ini bukan penyakit zoonotik dan tidak menjangkiti manusia. JPVS akan melakukan pengawasan dan kawalan di sempadan secara berterusan di seluruh negeri,” ujar beliau.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article “Tiada Hidung, 2 Biji Mata Bersambung”, Gempar Kelahiran Kambing Berwajah Aneh Di Kalimantan Barat
Next Article Kerap Muncul Di Sungai, 'Bujang Satok' Ini Berjaya Ditangkap Di Tebingan Kuching Kerap Muncul Di Sungai, ‘Bujang Satok’ Ini Berjaya Ditangkap Di Tebingan Kuching

Advertorial

Mengenal Lun Bawang Ba’kelalan, Komuniti Yang Menemui Revolusi Hidup Menerusi Agama
Cerita Borneo
5 Aktiviti Menarik Di Lawas Sarawak Yang Anda Mesti Masukkan Dalam ‘Checklist’
Aktiviti Menarik
TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?