• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tiada Lagi Baki Kuarantin Di Rumah, Rentas Zon Di Sarawak Tidak Dibenarkan

Oleh
Ismail NA
11 Januari 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Kemasukan ke Sarawak buat masa ini tidak dibenarkan melainkan mempunyai permit daripada pihak polis.

Tiada Lagi Baki Kuarantin Di Rumah, Rentas Zon Di Sarawak Tidak Dibenarkan. Kerajaan Sarawak melalui Jabatan Pengurusan Bencana Negeri Sarawak hari ini mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di tiga zon iaitu Zon Kuching, Zon Sibu dan Zon Miri.

Isi Isi Penting
  • Kemasukan ke Sarawak buat masa ini tidak dibenarkan melainkan mempunyai permit daripada pihak polis.
  • Tidak dibenarkan rentas zon selama 14 hari bermula Rabu ini
  • Rentas negeri juga tidak dibenarkan, arahan kuarantin kini wajib 14 hari di pusat kuarantin
  • PKP kembali dilaksanakan di Malaysia
  • Baca juga perkembangan berkaitan :

Melalui kenyataan media yang dikeluarkan siang tadi, PKPB tersebut dikuatkuasakan semula berikutan kenaikan kes yang melibatkan jangkitan tempatan secara mendadak di seluruh Sarawak. Hari ini sahaja, jumlah kes di Sarawak telah meningkat kepada 153 kes dengan jumlah keseluruhan kes sebanyak 209 kes dalam masa 14 hari.

Tidak dibenarkan rentas zon selama 14 hari bermula Rabu ini

Susulan itu, PKPB yang bakal dilaksanakan di Sarawak ini tidak membenarkan sebarang aktiviti rentas zon. Individu yang ingin melakukan perjalanan merentasi zon dikehendaki untuk mendapatkan permit kebenaran dari balai polis berdekatan.

3 zon di Sarawak yang dikenakan PKPB adalah seperti berikut ;

  1. Zon Kuching (merangkumi Kuching, Samarahan, dan Serian)
  2. Zon Sibu (merangkumi Sibu dan Sarikei)
  3. Zon Miri (Miri)

PKPB ini akan dilaksanakan selama 14 hari bermula 13 Januari 2021 (Rabu) sehimgga 26 Januari 2021 (Selasa).

Tiada Lagi Baki Kuarantin Di Rumah, Rentas Zon Di Sarawak Tidak Dibenarkan
Gambar hiasan.
Sumber foto : NSTP/AIZUDDIN SAAD

Rentas negeri juga tidak dibenarkan, arahan kuarantin kini wajib 14 hari di pusat kuarantin

Memandangkan pengumuman terkini daripada Perdana Menteri Malaysia hari ini tidak membenarkan perjalanan rentas negeri, kemasukan ke negeri Sarawak buat masa ini adalah tidak dibenarkan melainkan mempunyai permit kebenaran daripada balai polis.

Selain itu, mana-mana individu yang masuk ke Sarawak juga tertakluk kepada arahan kuarantin wajib selama 14 hari di pusat kuarantin yang diperakui oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak. Ini bermakna tiada lagi arahan kuarantin selama 10 hari di pusat kuarantin dan baki kuarantin selama 4 hari di rumah. Ujian saringan COVID-19 akan diambil pada hari ke-2 dan ke-10.

Tiada Lagi Baki Kuarantin Di Rumah, Rentas Zon Di Sarawak Tidak Dibenarkan
Tiada Lagi Baki Kuarantin Di Rumah, Rentas Zon Di Sarawak Tidak Dibenarkan

PKP kembali dilaksanakan di Malaysia

Sementara itu, kerajaan Malaysia hari ini mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bersasar kepada negeri-negeri di Malaysia.

PKP dilaksanakan di beberapa negeri yang mempunyai kes tinggi seperti Selangor, Wilayah Persekutuan, Johor, Melaka, Pulau Pinang, dan Sabah. PKP Bersyarat (PKPB) pula dikenakan di Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu, Kelantan. Manakala, PKP Pemulihan (PKPP) dilaksanakan di Perlis dan Sarawak.

Baca juga perkembangan berkaitan :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kerana Berkaitan Dengan Kluster Pasai, Rumah Panjang Di Miri Dikawal Ketat Kerana Berkaitan Dengan Kluster Pasai, Rumah Panjang Di Miri Dikawal Ketat
Next Article Institusi Pendidikan Operasi Ikut Takwim Di Negeri PKPB Dan PKPP, Keutamaan Untuk Pelajar Peperiksaan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?