• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tiada Storan Atas Kepala, Anda Kini Hanya Dibenarkan Bawa 1 Beg Dalam Kabin AirAsia

Oleh
Ismail NA
4 Julai 2020
Kongsi
2 Min Bacaan

Hati-hati jangan sampai terlebih!

Tiada Storan Atas Kepala, Anda Kini Hanya Dibenarkan Bawa 1 Beg Dalam Kabin AirAsia. Tahukah anda bahawa anda hanya dibenarkan untuk membawa satu beg masuk ke dalam kabin pesawat AirAsia? Perkara tersebut merupakan sebahagian daripada SOP terbaharu penerbangan syarikat tambang murah, AirAsia.

Isi Isi Penting
  • Hati-hati jangan sampai terlebih!
  • 3 jenis beg tersebut ialah beg komputer riba, beg kecil dan beg tangan.
  • Percuma check-in bagasi sekiranya beg kabin tidak muat dan tidak lebih 7 kilogram
  • Baca juga trik yang boleh anda gunakan untuk menempah tiket menggunakan Pas Penerbangan 399 :
  • Semoga harga tiket selepas ini juga turun seperti sedia kala :

Syarikat tersebut turut mengeluarkan garis panduan baharu berkenaan jenis bagasi yang dibenarkan dibawa masuk ke dalam kabin pesawat menerusi artikel Polisi Penjarakan Sosial Bagasi Kabin yang telah dikemas kini pada 29 Mei 2020.

3 jenis beg tersebut ialah beg komputer riba, beg kecil dan beg tangan.

Tiada Storan Atas Kepala, Anda Kini Hanya Dibenarkan Bawa 1 Beg Dalam Kabin AirAsia
Tiada Storan Atas Kepala, Anda Kini Hanya Dibenarkan Bawa 1 Beg Dalam Kabin AirAsia

Bukan itu sahaja, syarat lain yang perlu dipenuhi bagi membolehkan beg anda boleh dibawa masuk ialah seperti berikut ;

  1. Tidak boleh melebihi ketinggian 40 cm x lebar 30 cm x panjang 10 cm
  2. Tidak boleh melebihi berat 7 kg
  3. Boleh dimuatkan di bawah tempat duduk hadapan

Percuma check-in bagasi sekiranya beg kabin tidak muat dan tidak lebih 7 kilogram

Namun, anda dibenarkan untuk mendaftar beg kabin anda secara percuma ke dalam check-in bagasi sekiranya tidak muat diletakkan di bawah tempat duduk hadapan. Dengan syarat, berat beg tersebut hendaklah tidak melebihi 7 kilogram.

Sekiranya beg tersebut lebih daripada 7 kilogram, anda akan dikenakan cas tambahan untuk setiap lebihan kilogram bagasi tersebut.

Polisi baharu tersebut dikeluarkan setelah ruang storan bagasi di bahagian atas kepala penumpang tidak dibenarkan untuk digunakan pada ketika ini. Polisi tersebut dibuat bagi mengurangkan pergerakan dan amalan penjarakan sosial antara penumpang.

Kebanyakan penerbangan kini telah dibenarkan untuk beroperasi semula sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). PKPP ini bakal berakhir pada 31 Ogos 2020. Apa-apa pun, sentiasa jaga diri dan sentiasa patuhi amalan penjarakan sosial dan kebersihan diri, okay?

Baca juga trik yang boleh anda gunakan untuk menempah tiket menggunakan Pas Penerbangan 399 :

Semoga harga tiket selepas ini juga turun seperti sedia kala :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ashley's Sack, Kisah Beg Guni Bersulam Milik Hamba Kanak-Kanak Kurun Ke-18 Ashley’s Sack, Kisah Beg Guni Bersulam Milik Hamba Kanak-Kanak Kurun Ke-18
Next Article AirAsia Lancarkan Promosi Tambang Tetap Domestik Serendah RM88

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?