• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini Resepi Mudah Buat Popia Sira Goreng Yang Rangup Dan Lazat

Oleh
Ismail NA
24 Mac 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Popia sira yang sedap adalah popia sira yang rangup!

Ini Resepi Mudah Buat Popia Sira Goreng Yang Rangup Dan Lazat. Popia adalah salah satu jenis hidangan sangat versatil kerana ia boleh diolah menjadi pelbagai jenis hidangan minum petang yang sedap dan lazat. Contohnya seperti samosa, jajan mahupun popia goreng dengan pelbagai jenis inti yang menyelerakan.

Untuk artikel kali ini, kami akan kongsikan kepada anda resepi mudah untuk membuat popia sira goreng yang pasti sedap sehingga menjilat jari. Jom!

Ini Resepi Mudah Buat Popia Sira Goreng Yang Rangup Dan Lazat
Ini Resepi Mudah Buat Popia Sira Goreng Yang Rangup Dan Lazat

Bahan-bahan

A) Bahan untuk sira

  • 2 sudu minyak masak
  • 1 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 1/2 inci halia (dicincang halus)
  • 2 sudu cili kisar
  • Setengah botol sos cili
  • 1/2 senduk gula
  • Sedikit perasa ajinomoto

B) Bahan untuk popia

  • 1/2 biji sengkuang
  • 1 batang lobak merah
  • 2 genggam tauge
  • Kulit popia bersaiz besar
  • 1 biji telur

Cara-cara membuatnya

1. Buat sira terlebih dahulu. Panaskan minyak di dalam periuk atau kuali kecil, kemudian tumiskan bawang putih, dan halia sehingga nampak keperang-perangan. Kemudian, masukkan cili kisar sehingga naik bau dan betul-betul masak.

2. Setelah itu, masukkan sos cili dan gaul sebati. Masukkan gula dan gaul sehingga sira nampak berkilat dan ringan. Tambah sedikit perasa. Tutup api dan biarkan sejuk.

3. Untuk popia pula, cincang halus sengkuang dan lobak merah. Buangkan ekor tauge jika perlu. Kemudian celurkan satu persatu bahan ini ke dalam air panas yang dibubuh sedikit cuka bagi mengelakkan inti layu selepas dicelur.

4. Kemudian, ambil sekeping kulit popia dan lipat penjuru hujung. Letakkan inti mengikut citarasa anda dan gulungkan. Jangan lupa untuk lipatkan penjuru sebelah kanan dan kiri dan gulungkan habis. Lekatkan hujung gulungan dengan menggunakan telur yang telah dikacau.

5. Dalam kuali dengan minyak yang panas, goreng popia sehingga nampak keemasan. Angkat dan sejukkan seketika.

6. Setelah sira dan popia sejuk, barulah anda boleh menyalutkan popia ke dalam sira dan taburkan serbuk kacang atau bijan sebagai hiasan.

Siap untuk dihidang dan dimakan!

Mudah sahaja, kan? Anda pun boleh buat sendiri di rumah. Kalau anda mengidam, jangan lupa untuk simpan resepi ini dan kongsikan kepada rakan-rakan anda juga! Video resepi boleh anda layari di Youtube kami : https://www.youtube.com/c/iloveborneo​

Selamat mencuba!

Anda juga boleh mencuba resepi-resepi lain yang telah kami olah di sini :

Konfem Belalak, Ini Resipi Umai Obor-Obor Yang Ringkas Dan Mudah
Ini Resipi Mudah Buat Kuih Bongkol Kegemaran Rakyat Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Minta Beberapa Perubahan Dibuat Dalam PADU - Abdul Karim Sarawak Minta Beberapa Perubahan Dibuat Dalam PADU – Abdul Karim
Next Article Anak Sarawak, Rifdean Masdor Cipta Kemenangan Pertama Di One Championship Dengan Pukulan TKO

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?