• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Tidak Hirau Teguran, Personal Trainer Dirakam Sentuh Punggung Pelanggan Semasa Bersenam

Oleh
ILB - AI
7 Ogos 2020
Kongsi
6 Min Bacaan
Tidak Hirau Teguran, Personal Trainer Dirakam Sentuh Punggung Pelanggan Semasa Bersenam

Dirakam oleh seorang personal trainer lain yang nampak perkara tersebut

Tidak Hirau Teguran, Personal Trainer Dirakam Sentuh Punggung Pelanggan Semasa Bersenam. Seorang wanita kongsikan sebuah video menerusi Instagram memaparkan seorang lelaki, difahamkan bekerja sebagai personal trainer freelance, menyentuh punggung pelanggannya ketika bersenam.

Isi Isi Penting
  • Dirakam oleh seorang personal trainer lain yang nampak perkara tersebut
  • Berlaku di Singapura
  • Bercakap berdasarkan pengalaman beliau
  • Bukan pekerja gym berkenaan tetapi melakukan sesi latihan di situ
  • Netizen luahkan perasaan marah terhadap lelaki tersebut
  • Bagaimana untuk mengetahui jika pelatih melampaui batas?

Menurutnya, yang juga bekerja sebagai personal trainer, perkara tersebut sangat tidak sesuai, malah tidak berprofesional dan sepatutnya tidak berlaku antara pelatih dan pelanggan.

Tidak Hirau Teguran, Personal Trainer Dirakam Sentuh Punggung Pelanggan Semasa Bersenam
Tidak Hirau Teguran, Personal Trainer Dirakam Sentuh Punggung Pelanggan Semasa Bersenam

Berlaku di Singapura

Cheryl Loh, pengguna Instagram yang berkongsi video itu, merakam pelatih berkenaan yang dilihat meraba-raba punggung pelanggannya semasa sesi latihan mereka.

Anda boleh lihat video tersebut dibawah:

View this post on Instagram

A post shared by Cheryl Loh | Personal Trainer (@cherylfit_sg) on Aug 3, 2020 at 4:34am PDT

Beliau sendiri menghubungi wanita terbabit untuk memberitahu wanita itu tentang kesalahan yang dilakukan oleh pelatihnya dan bahawa perkara terbabit adalah tidak normal.

Di situ Cheryl juga mendapat tahu bahawa ini adalah kali pertama wanita itu mengupah pelatih peribadi.

“Saya telah memerhati selama beberapa minggu ini cara pelatih awak latihkan awak, terutamanya dimana pelatih awak menyentuh bahagian-bahagian badan awak seperti bahagian punggung, saya nak menegaskan bahawa perkara itu sangat tidak sesuai dilakukan oleh pelatih dan sangat tidak profesional,” kata beliau kepada wanita berkenaan.

Beliau kemudian berkata terdapat cara lain lagi untuk melatih otot dan cara lelaki itu lakukannya adalah tidak sesuai dan tidak profesional.

Bercakap berdasarkan pengalaman beliau

Cheryl kemudian berkata beliau bercakap berdasarkan pengalaman beliau yang pernah diganggu secara seksual oleh pelatihnya semasa beliau masih remaja.

“Saya tidak bersuara kerana saya tidak tahu apa yang boleh diterima dan tidak boleh diterima pada masa itu, dan saya beri sepenuh kepercayaan saya kepada pelatih saya sementara dia menyalahgunakan kuasa dia. Tetapi dari pengalaman itu saya tahu apa yang jelas betul dan tidak betul, jadi saya nak awak tahu sekiranya awak tidak selesa dengan sesuatu, awak boleh sahaja bersuara. Awak bukan seorang,” kata Cheryl.

Wanita tersebut lalu menjawab kepada Cheryl,

“Sebenarnya saya tidak rasa selesa dengan perkara itu (pelatih meraba punggung). Kadang-kadang saya tegur “jangan sentuh punggung saya,” tetapi dia (pelatih) tegaskan ia hanya untuk periksa otot saya. Saya perasan dia tidak berprofesional apabila setiap kali habis sesi, saya akan hantar video saya kepada kawan-kawan saya. Mereka berkata sebilangan sesi tersebut yang saya lakukan adalah salah,” ujar wanita terbabit.

Wanita itu kemudian berkata beliau hendak tamatkan sesinya tak lama lagi tetapi beliau sudah bayar amaun penuh.

“Saya menghubungi beliau menerusi talian juga. Wanita itu berkata beliau telah menegur lelaki itu beberapa kali selama 7 sesi latihannya tetapi lelaki itu hirau teguran dan tetap menyentuh punggungnya,” kata Cheryl dalam kepsyennya.

Bukan pekerja gym berkenaan tetapi melakukan sesi latihan di situ

Cheryl, juga pekerja gym dimana insiden tersebut dirakam, menyatakan pelatih berkenaan ialah seorang pelatih freelance dan tidak bekerja di gym tersebut.

Menurut beliau, lelaki berkenaan sudah dilarangkan untuk melakukan sesi latihannya di gym tersebut mulai 2 Ogos manakala wanita terbabit sudah berhenti melatih dengan pelatih itu.

Walaupun wanita itu berputus untuk tidak membuat laporan polis, wanita terbabit membenarkan Cheryl untuk kongsikan pengalaman tersebut menerusi Instagramnya sebagai kesedaran kepada semua bahawa perkara tersebut tidak betul dan tiada siapa harus diletakkan dalam situasi yang menyebabkan mereka rasa tidak selesa dan tidak dihormati.

“Sesiapa yang rasa macam wanita ini harus bersuara dan jangan benarkan pesalah lakukan apa sahaja dimahunya,” kata Cheryl.

Netizen luahkan perasaan marah terhadap lelaki tersebut

Netizen serta pelatih peribadi lain tampil meluahkan perasaan marah terhadap lelaki itu dengan berpendapat ia sangat tidak profesional dan memalukan pelatih-pelatih peribadi lain.

Berikut adalah antara luahan mereka.

Kredit: Instagram
Kredit: Instagram
Kredit: Instagram
Kredit: Instagram

Bagaimana untuk mengetahui jika pelatih melampaui batas?

Tugas pelatih peribadi adalah untuk membantu pelanggannya bersenam dengan memastikan posisi pelanggan adalah betul ketika melakukan senaman serta demonstrasikan posisi tepat.

Walaupun sentuhan kadang-kadang diperlukan untuk memperbetulkan posisi, sentuhan berlebihan TIDAK sesuai.

Waspada dengan tanda-tanda berikut:

  • Mereka sering memerhati tubuh anda
  • Mereka menyentuh anda secara berlebihan tanpa kebenaran anda
  • Komen mereka membuat anda rasa tidak selesa
  • Menegaskan untuk anda berdua berjumpa di luar gym untuk membincangkan senaman anda
  • Mengajak anda keluar dating
  • Menyentuh perut, belakang, pinggul, atau payudara anda
  • Melakukan senaman regangan dibantu yang memerlukan hubungan fizikal yang panjang

Sekiranya anda ada pelatih peribadi dan anda rasa pelatih peribadi anda melanggari batasan semasa sesi latihan, anda berhak untuk bersuara dan menegur perkara yang tidak membuat anda selesa.

Jika teguran tidak dihiraukan, segera laporkan perkara tersebut kepada pihak pengurusan gym anda dan hentikan sesi latihan bersama pelatih tersebut. Kebiasaannya, pihak gym akan refund balik duit anda atau tukar pelatih anda. Pastikan juga pelatih yang melanggari batasan itu dikenakan tindakan agar pelanggan lain tidak menjadi mangsa.

Lagi disini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tonton Persembahan At Adau Dan Artis Sarawak Lain Dalam Konsert Virtual Pertama Di Borneo Tonton Persembahan At Adau Dan Artis Sarawak Lain Dalam Konsert Virtual Pertama Di Borneo
Next Article Perlu Ubat RM 200K Untuk Sembuhkan Penyakit ‘Rare’, Gadis Ini Rayu Sumbangan Untuk Tampung Rawatan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?