fbpx
Cerita Borneo

Tonton Persembahan At Adau Dan Artis Sarawak Lain Dalam Konsert Virtual Pertama Di Borneo

Rindu tengok konsert secara langsung? Ini adalah peluang anda tonton konsert virtual pertama di Borneo!

Tonton Persembahan At Adau Dan Artis Sarawak Lain Dalam Konsert Virtual Pertama Di Borneo. Menjelang kita memasuki norma baru, ada beberapa perkara yang mungkin harus kita korbankan untuk sementara waktu seperti menonton konsert secara langsung.

Namun, dengan usaha 6 individu dan bantuan dari pelbagai komuniti, sebuah konsert virtual yang highlight pelbagai artis Sarawak akan dipersembahkan secara langsung menerusi skrin telefon bimbit anda.

Tonton Persembahan At Adau Dan Artis Sarawak Lain Dalam Konsert Virtual Pertama Di Borneo

Fondness Drops, konsert virtual pertama di Borneo yang direalisasikan dengan bantuan pelbagai komuniti

Konsert tersebut, dinamakan Fondness Drops, merupakan idea dicetus oleh Jackson Lian Ngau dari kumpulan At Adau dan kemudian menjemput 5 rakannya iaitu Andrian Dadu, Calvin Jaidi, Giacherie Tipik, Emcee Mambo dan Stacy Gregory ke homestay beliau iaitu Lan E Tuyang, untuk membincang tentang idea terbabit.

“Pada awalnya, idea tersebut adalah untuk menyambut penutupan Pesta Gawai, termasuk upacara penutupan tradisional, tarian tradisional, dan menjemput beberapa pemain muzik untuk membuat persembahan menerusi konsert secara virtual. Tujuan kami adalah untuk membuat konsert virtual pertama di Borneo,” kata Giacherie Tipik.

Perbincangan tersebut lalu menjadi sebuah konsert virtual yang direalisasikan dengan bantuan dan sokongan dari pelbagai komuniti.

Sesi perbincangan behind the scenes. Kredit: Fondness Drops

CatSound.co, yang berfokus kepada Music Showcases, Music City dan inisiatif Music Tourism manakala Seth Peli dari Borneographers, melangkah untuk menguruskan keseluruhan proses dari peringkat rancangan sehingga penyiaran video-video.

Meldrick Bob bertugas di bahagian pengurusan bakat dan Lan Perey pula di bahagian memimpin sukarelawan.

Chung Funeral Service and Coffin Supply dan Trillex Transportation menolong kos mengurus hari penggambaran, manakala Andy Newland dan Grace Simuh Newland dari The Bikalan Bar and Restaurant sponsorkan event ini.

Nayel Production bertanggungjawab atas penyediaan sound dan lighting, Calvin Jaidi dari Vins AVL Production menawarkan perkhidmatan recording dan mastering untuk bunyi, One Sound and Light pula menawarkan mixer yang sesuai untuk merekodkan bunyi, manakala pasukan produksi video, iaitu Sydney Atin Films, juga menawarkan perkhidmatan mereka.

Fingo Entrepreneurs Team 1212 menyediakan hadiah, VNA Mode menawarkan perkhidmatan solekan manakala aksesori mantap yang digunakan oleh Emcee Stacy Gregory disediakan oleh Pungu’ Borneo.

Untuk meningkatkan lagi inisiatif ‘Sarawak More To Discover‘, fokus utama konsert virtual charity ini adalah untuk menyebarkan muzik, budaya, cinta, kesatuan, perdamaian dan juga tradisi di seluruh komuniti dan semua terlibat yang melangkah untuk menawarkan idea masing-masing agar konsert ini dapat berkembang ke potensi sepenuhnya.

Artis-artis Sarawak yang akan membuat persembahan

Berikut adalah senarai artis-artis Sarawak yang akan membuat persembahan dalam konsert virtual ini:

Tak lupa juga emcee-emcee yang akan host konsert ini iaitu Emcee Mambo dan Emcee Stacy Gregory sebagai emcee kehormat.

Untuk makluman anda, konsert ini akan disiarkan mengikut musim

Idea untuk konsert Fondness Drops ialah ia akan diproduksi dan disiarkan mengikut musim. Setiap musim mempunyai beberapa episod dan setiap episod akan berlangsung selama 45 minit.

Malah, setiap donasi mereka dapat kumpul dari setiap musim akan dihulurkan kepada golongan yang memerlukan.

Untuk Musim Satu, Fondness Drops akan berkolaborasi dengan Sarawak Children’s Cancer Society (SCCS) untuk menyokong program ‘bantu kanak-kanak memerangi kanser’ iaitu program ‘GoBald’!

Kredit: Go Bald

“Macam best, sine boleh nangga tok?”

Fondness Drops Virtual Charity Concert Season 1 akan disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook www.facebook.com/fondnessdrops/

Episod pertama akan disiarkan pada 9 Ogos 2020, pukul 8:30pm UTC+8.

Episod kedua akan disiarkan pada 16 Ogos 2020, diikuti episod ketiga pada 23 Ogos 2020, juga pada pukul 8:30pm UTC+8.

“Kami berharap konsert ini boleh menjadi sebuah pesta besar dimana orang tempatan boleh menyokong sama diri dan membantu komuniti untuk kekal kuat, sentiasa bersama bersatu,” kata wakil pengurusan konsert tersebut.

Anda boleh lihat trailer konsert tersebut dibawah:

Lagi disini:

Artikel Berkaitan

Back to top button