• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tidak Mustahil Ada PKPD Di Sarawak Jika Kes Meningkat – DG Hisham

Oleh
ILB - AI
23 Julai 2020
Kongsi
2 Min Bacaan

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) tidak menolak kemungkinan mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) atau PKP di kawasan lokaliti jika kes baharu terus meningkatkan di Sarawak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, walaupun terdapat 8 kluster baharu Covid-19 di Sarawak namun setakat ini keadaan terkawal dan sedang menjalankan pengesanan kontak.

Menurutnya, bagaimanapun jika perlu KKM akan mengadakan semula PKPD di kawasan lokaliti atau kumpulan sasar.

Tidak Mustahil Ada PKPD Di Sarawak Jika Kes Meningkat - DG Hisham
Kredit : BERNAMA

“Jika dilihat ketika ini memang ada pertambahan kluster baharu di Sarawak dan tindakan sudah diambil dengan menghantar pasukan KKM untuk menjalankan tindakan di lapangan.

“Kita akan memantapkan dan meningkatkan usaha mengesan kontak kes positif Covid-19 dan jika perlu akan dibuat PKP di kawasan itu namun setakat ini masih dikawal dengan baik,” katanya pada sidang media Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Dr Noor Hisham juga berkata KKM akan terus menjalankan pengesanan kontak terhadap individu yang terdedah kepada kes-kes positif dan seterusnya melakukan ujian swab dan jika didapati positif akan dimasukkan ke hospital manakala, jika negatif, akan dikuarantin.

Lapan kluster di Sarawak yang masih aktif adalah Sentosa, Stutong, Kejuruteraan Kuching, Mambong, Jupiter, Pusat Perubatan Kuching, Jeti Kuching dan PUI Melbourne.

Hari ini Sarawak mencatatkan 4 lagi kes penularan tempatan dari kluster sentosa, pasar stutong dan syarikat kejuruteraan.

Setakat ini 58 orang masih dirawat di Sarawak, dengan majoriti daripada jumlah tersebut iaitu 53 orang sedang dirawat di Hospital Umum Sarawak yang terletak di Bandaraya Kuching.

Baca juga artikel lain :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rakyat Tak Patuh SOP, Penggunaan Pelitup Muka Diwajibkan Di Tempat Sesak Dan Pengangkutan Awam Mulai 1 Ogos
Next Article Tak Mengaku Pulang Dari Luar Negara, Lelaki Asal Tawau Ini Tanggal Gelang Tangan Semasa Tiba Di KLIA

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?