• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tak Mengaku Pulang Dari Luar Negara, Lelaki Asal Tawau Ini Tanggal Gelang Tangan Semasa Tiba Di KLIA

Oleh
Ismail NA
24 Julai 2020
Kongsi
3 Min Bacaan

Lepas seorang, seorang pula tanggalkan.

Tak Mengaku Pulang Dari Luar Negara, Lelaki Asal Tawau Ini Tanggal Gelang Tangan Semasa Tiba Di KLIA. Sejak kebelakangan ini, insiden warganegara yang pulang dari luar negara dan melanggar peraturan semakin menjadi-jadi. Situasi ini seolah-olah menganggap pandemik COVID-19 di negara ini sudah betul-betul lenyap.

Isi Isi Penting
  • Lepas seorang, seorang pula tanggalkan.
  • Tak mengaku baru pulang dari luar negara
  • Beri maklumat palsu dan mengelirukan semasa di KLIA
  • Bakal berdepan tindakan undang-undang
  • Baca selanjutnya di sini :

Terbaharu, seorang lelaki yang berasal dari Tawau, Sabah bertindak menanggalkan gelang tangan merah jambu semasa ketibaannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Tak mengaku baru pulang dari luar negara

Menurut laporan Berita Harian, beliau yang baru pulang dari luar negara bertindak sedemikian sebelum meneruskan perjalanan pulang ke negeri Sabah melalui KLIA.

Tak Mengaku Pulang Dari Luar Negara, Lelaki Asal Tawau Ini Tanggal Gelang Tangan Semasa Tiba Di KLIA
Tak Mengaku Pulang Dari Luar Negara, Lelaki Asal Tawau Ini Tanggal Gelang Tangan Semasa Tiba Di KLIA
Gambar hiasan

Ketika ditanya mengenai sejarah perjalanan ke luar negara, lelaki tersebut didakwa tidak mengaku bahawa beliau baru pulang dari luar negara.

Beri maklumat palsu dan mengelirukan semasa di KLIA

Menurut Pegawai Kesihatan Tawau, Dr. G. Navindran, lelaki yang berusia lingkungan 30-an tersebut mengemukakan maklumat yang tidak betul dan deklarasi kesihatan yang mengelirukan ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Beliau kemudiannya meneruskan perjalanan pulang ke Tawau awal bulan ini.

Walau bagaimanapun, lelaki tersebut yang telah tampil ke Pejabat Kesihatan Tawau pada Rabu lalu akhirnya mengaku bahawa beliau memberikan maklumat palsu dan menanggalkan gelang tangan tersebut semasa di KLIA.

Bakal berdepan tindakan undang-undang

Jelas Dr. Navindran, siasatan lebih lanjut sedang dijalankan dan berkemungkinan lelaki tersebut akan diambil tindakan undang-undang.

Individu yang memakai gelang tangan merah jambu tersebut perlu menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) selama 14 hari sebelum membuat saringan kedua pada hari ke-13 kuarantin.

Kini, mana-mana individu yang pulang dari luar negara perlu menjalani perintah kuarantin di pusat kuarantin dan tidak lagi di rumah. Mereka akan ditempatkan di pusat kuarantin dan hotel terpilih di Kuala Lumpur selama 14 hari.

Sebelum ini, tular gambar pemakai gelang tangan merah jambu didapati keluar dari rumah dan selamba menikmati jamuan di kedai makan. Kejadian tersebut berlaku di Perak dan Kuala Lumpur serta dipercayai berbuat demikian kerana enggan menjalani Perintah HSO.

Baca selanjutnya di sini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tidak Mustahil Ada PKPD Di Sarawak Jika Kes Meningkat – DG Hisham
Next Article Berkat Usaha Bermalam Di Atas Pokok Untuk Jawab Peperiksaan, Veveonah Akhirnya Dapat CGPA 3.5 Berkat Usaha Bermalam Di Atas Pokok Untuk Jawab Peperiksaan, Veveonah Akhirnya Dapat CGPA 3.5

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?