I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Reading: Tidak Perlu Lantik Peguam, Anda Boleh Tuntut Hutang Bawah 5K Di Mahkamah Ini Caranya
Font ResizerAa
I Love Borneo I Love Borneo
Font ResizerAa
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tidak Perlu Lantik Peguam, Anda Boleh Tuntut Hutang Bawah 5K Di Mahkamah Ini Caranya

Oleh Nazihah AN 18 Februari 2023
Kongsi
4 Min Bacaan
Tidak Perlu Lantik Peguam, Anda Boleh Tuntut Hutang Bawah 5K Di Mahkamah Ini Caranya

Ada ‘kawan’ yang liat nak bayar hutang? Anda boleh guna cara ini

Tidak Perlu Lantik Peguam, Anda Boleh Tuntut Hutang Bawah 5K Di Mahkamah Ini Caranya. Mungkin ramai tak tahu bahawa anda sebenarnya boleh tuntut hutang di Mahkamah Tuntutan Kecil. Lagi-lagi tengah musim orang berkira sebab kekurangan duit sekarang.

Anda boleh memulakan tuntutan hutang di mahkamah tanpa bantuan peguam melalui prosedur yang dikenali sebagai “tuntutan sendiri”. Untuk ketahui cara-cara menuntut hutang anda, anda boleh teruskan membaca di bawah.

Tidak Perlu Lantik Peguam, Anda Boleh Tuntut Hutang Bawah 5K Di Mahkamah Ini Caranya
Tidak Perlu Lantik Peguam, Anda Boleh Tuntut Hutang Bawah 5K Di Mahkamah Ini Caranya

Kos yang terlibat lazimnya hanyalah RM100. 

Untuk pengetahuan anda, tuntutan (saman) ini boleh dibuat di mana-mana Mahkamah Majistret yang berhampiran. Pejabat Pendaftaran Mahkamah Majistret dibuka pada waktu pejabat. 

Artikel Lain

AirAsia Rancang Penerbangan Langsung Kuching-Perth Mulai 2024
Guru Sekolah Terlibat Kes Cabul Murid OKU Di Serian Bebas Dengan Jaminan Polis
Guru Sekolah Terlibat Kes Cabul Murid OKU Di Serian Bebas Dengan Jaminan Polis
U Mobile Lancar Pelan Prabayar Dan Pascabayar 5G Baharu Serendah RM15 Khas Borneo Malaysia
U Mobile Lancar Pelan Prabayar Dan Pascabayar 5G Baharu Serendah RM15 Khas Borneo Malaysia

Berikut dikongsikan bebenang yang tular di Twitter mengenai cara tuntut hutang di Mahkamah Tuntutan Kecil. Anda boleh tuntut wang yang kurang daripada RM5,000 tanpa lantik peguam:

Tidak Perlu Lantik Peguam, Anda Boleh Tuntut Hutang Bawah 5K Di Mahkamah Ini Caranya
Sumber: BERNAMA
  1. Bagi memulakan saman, anda dikehendaki mengisi Borang 198 yang telah disediakan di Mahkamah dalam [4] salinan dan menyatakan amaun dan butir-butir tuntutannya. Butir-butir itu mestilah menyatakan tarikh relevan dan bagaimana tuntutan itu telah berbangkit dan apakah asas tuntutan itu.Tandatangan di borang tersebut atau cap jari. Borang 198 tersebut boleh didapati secara percuma. 
  2. Setelah menyiapkan borang, anda hendaklah memfailkan borang dalam 4 salinan tersebut di Pejabat Pendaftaran bagi Mahkamah Majistret Kelas Dua. Bayaran pemfailan pula adalah RM20.00 sahaja. Pejabat Pendaftaran akan meletakkan meterai Mahkamah ke atas 4 salinan borang itu dan mengisikan tarikh pendengaran. 
  3. Seterusnya, anda perlu membuat penyampaian Borang 198 kepada alamat terakhir penghutang yang diketahui. 
  4. Seeloknya anda perlulah menyertakan satu salinan surat (“cover letter”) untuk diserahkan kepada penghutang bersama-sama dengan borang tersebut. Anda hendaklah mendapatkan tandatangan dan/atau cop defendan serta tarikh penyampaian tersebut dibuat. Hal ini akan membantu Plaintif dalam membuktikan penyerahan telah dibuat secara kediri dengan berjaya sekiranya penghutang akan menyangkal penyerahan/penyampaian (“denied service”) yang telah dibuat itu. 
  5. Sekiranya penghutang yang telah disampaikan secara sempurnanya dengan Borang 198 mempertikaikan tuntutan, penghutang bolehlah menyampaikan pembelaannya dalam Borang 199 yang difailkan dalam empat salinan dalam empat belas hari selepas penyampaian tuntutan itu. 
  6. Apabila peringkat di atas telah selesai kalian dikehendaki hadir ke Mahkamah pada tarikh yang ditetapkan oleh Mahkamah. 
Tidak Perlu Lantik Peguam, Anda Boleh Tuntut Hutang Bawah 5K Di Mahkamah Ini Caranya
Tidak Perlu Lantik Peguam, Anda Boleh Tuntut Hutang Bawah 5K Di Mahkamah Ini Caranya

Bagaimana kalau orang yang berhutang tu buat tak tahu je selepas Penghakiman? 

Sekiranya penghutang masih bersifat degil dan keras kepala, anda hanya perlu kembali ke Mahkamah Majistret tersebut dan fail kes anda, menggunakan borang 208 yang boleh juga didapati secara percuma.  Sampaikan Borang 208 ini seperti anda menyampaikan Borang 198. 

Penghutang perlu hadir di Mahkamah pada tarikh yang ditetapkan untuk menunjukkan sebab, melainkan jika dia menyelesaikan hutang itu dalam tempoh 10 hari dari penerimaan notis.

Tidak Perlu Lantik Peguam, Anda Boleh Tuntut Hutang Bawah 5K Di Mahkamah Ini Caranya
Sumber: BERNAMA

Penghutang ada 3 pilihan

Di Mahkamah, Mahkamah Majistret mempunyai 3 pilihan untuk berurusan dengan penghutang. Mahkamah boleh: 

  1. memberi penghutang lebih banyak masa untuk menjelaskan penghakiman itu atau membolehkan bayaran ansuran; 
  1. memerintahkan writ penyitaan dan penjualan. Ini bermakna bailiff yang akan menilai barangan penghutang, menyitanya dan lelong. Hasil lelongan kemudiannya boleh digunakan untuk menampung hutang; atau 
  1. perintah penghutang untuk dipenjarakan. Jika penghutang tidak hadir di Mahkamah yang diarahkan, waran tangkap akan dikeluarkan oleh seorang Majistret. 
Tidak Perlu Lantik Peguam, Anda Boleh Tuntut Hutang Bawah 5K Di Mahkamah Ini Caranya

​Lagi info menarik, anda boleh baca pautan di bawah:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article SapotLokal Sambil Ketahui Pelbagai Budaya, Borneo Native Festival Bakal Diadakan Di Pasar Seni KL SapotLokal Sambil Ketahui Pelbagai Budaya, Borneo Native Festival Bakal Diadakan Di Pasar Seni KL
Next Article Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah

Advertorial

TEGAS Fundraising Accelerator 2023 Ajar Startup Kumpul Dana Dengan Berkesan
#innovatesarawak
McDonald Malaysia Beri Peluang Anak Yatim Rasai Sambutan Meriah Hari Jadi Sepanjang Oktober
Berita Malaysia
Rumah Ronald McDonald di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah: Rumah Inap Selesa Untuk Keluarga yang Memerlukan
Cerita Borneo
5 Startup Lokal Sarawak Berjaya Raih Hadiah Tunai RM2.5K Melalui Program TPAB TEGAS 2023
#innovatesarawak
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?