I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah

Artikel Ini Dibawakan Oleh
Kongsi
9 Min Bacaan
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Artikel Ini Dibawakan Oleh

Semangat penenun muda untuk memastikan seni tenunan asli Sabah ini tidak ditelan masa.

Wanita Ini Antara ‘Penyambung’ Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah. Kecantikan dan ketampanan orang Sabah tidak perlu diperkatakan lagi. Apatah lagi apabila mereka mengenakan pakaian tradisional mereka, dilengkapi dengan perhiasan tambahan seperti selendang atau tanjak.

Bagi kaum lelaki di Sabah, pasti anda pernah melihat tanjak yang digayakan bersama dengan baju tradisi berwarna hitam mereka, kan? Tanjak atau perhiasan yang dipanggil ‘sigar’ ini agak tinggi berbanding tanjak Melayu. Begitu juga corak kain yang digunakan untuk membuat ‘sigar’ ini. Tahukah anda bahawa ‘sigar’ ini diperbuat daripada tenunan dastar, kain tenunan yang tersendiri dan asli warisan masyarakat Sabah?

Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Pemakaian sigar (tanjak tradisional Sabah) oleh kaum lelaki etnik Dusun Lotud. Kredit foto: Sharif Putra via Flickr

Di sebuah perkampungan di Kota Belud, Sabah, tenunan unik ini masih diusahakan secara turun-temurun oleh suku kaum Bajau Iranun, terutamanya oleh golongan wanita kaum ini. Salah seorang daripadanya adalah penenun yang dikenali sebagai Kamariah Binti Masdid. Lahir dalam keluarga penenun dastar adalah satu rahmat buat wanita ini. Melihat ibu dan neneknya menenun dastar seumur hidup beliau sudah cukup membuatkan Kamariah arif akan tenunan dastar dan kini mewarisi segala kemahiran dan seni disebaliknya.

Tenunan dastar, kain tenunan asli Sabah yang berwarna warni dan memukau mata

Untuk pengetahuan anda, tenunan dastar atau turut dikenali sebagai kain tubau adalah tenunan asli Sabah yang sering digunakan sebagai tanjak atau ‘sigar’ buat kaum lelaki Sabah, kain sarung untuk pakaian tradisi wanita kaum Iranun, serta digunakan oleh pengantin perempuan sebagai kain pengantin. Tidak kurang juga, turut dijadikan hadiah atau cenderamata tanda kenangan semasa majlis rasmi. Untuk menghasilkan tenunan dastar bersaiz 1 meter persegi, seorang penenun memerlukan masa hampir sebulan untuk menyiapkannya. Kain hitam kebiasaannya dijadikan sebagai latar, dan ditenun dengan warna lazim seperti jingga, hijau, putih dan kuning.

Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Kredit foto: businessiranun

Jika diamati dengan lebih dekat, keindahan tenunan dastar ini terletak pada motif tenunan yang sarat dan kemas. Dijalin pula dengan gabungan aneka warna benang kapas yang terang membuatkan tenunan ini begitu menyerlah dan memukau mata sesiapa sahaja yang memandang. Motif lazim seperti motif anunan (corak daripada bunga kapas), motif tuara, motif onsod, serta motif kalinguan, diilhamkan daripada kegiatan seharian masyarakat Iranun serta alam sekitar, dan kemudiannya ditenun berdasarkan imaginasi dan kreativiti nenek moyang mereka pada zaman terdahulu.

Motif yang paling digemari adalah motif penunggang kuda yang menggambarkan rutin lelaki Bajau yang tinggal di kaki Gunung Kinabalu. 

Kredit: sabahtaim.com
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Kredit foto: Kraftangan Malaysia

Tidak hairanlah jika corak tenunan dastar yang berwarna warni membuatkan kain tradisi ini kini turut diperluaskan penggunaannya sebagai hiasan dalaman rumah seperti hiasan dinding serta meja. 

Selain daripada benang kapas, penenun dastar pada zaman dahulu menenun dastar menggunakan serat daun nanas yang diproses sendiri sehingga menjadi benang. Benang ini kemudiannya diwarnakan menggunakan pewarna dari sumber alam semulajadi dan digunakan dalam proses tenunan membentuk dastar yang cantik.

Tenunan dastar ‘cinta sejati’ Kamariah

Meskipun Kamariah memiliki ilmu tenunan yang pelbagai hasil pengajiannya di Pusat Inkubator Kraftangan Tenunan Kota Belud dan Institut Kraf Negara di Selangor, kecintaannya terhadap tenunan dastar begitu menebal sehingga mendorongnya untuk memulakan perniagaan secara serius pada tahun 2007.

Buat Kamariah yang lahir dalam keturunan penenun dastar, menenun kain tradisi ini bukanlah suatu tugas yang begitu sukar. Namun, perkara yang dirasakan agak mencabar adalah untuk memperkenalkan tenunan dastar ini kepada khalayak ramai, terutamanya generasi muda dan masyarakat luar Sabah.

Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah. Kamariah Binti Masdid, penenun dastar dari Kampung Rampayan Ulu, Kota Belud, Sabah.

Pada awalnya, perniagaan tenunan dastar Kamariah agak terhad kerana masyarakat masih kurang mengenali tenunan dastar dan nilainya, selain pasarannya yang masih kecil dan belum meluas. Hal ini memaksa beliau untuk bekerja lebih keras, bukan sahaja di ruang menenun, tetapi juga bergerak aktif di lapangan dengan menyertai promosi jualan kraftangan untuk mencari pelanggan.

Dalam usaha penenun muda dari Kampung Rampayan Ulu, Kota Belud ini mengembangkan perniagaannya, beliau mencari bantuan dari beberapa buah agensi bagi tujuan pembiayaan dan pengkomersialan.

Akhirnya usaha Kamariah diberi perhatian oleh MyCreative, sebuah agensi yang bertanggungjawab membangunkan usahawan seni dan kreatif. Mengenali badan kerajaan tersebut menerusi media sosial dan Perbadanan Kraftangan Malaysia, Kamariah berjaya meyakinkan pelabur tersebut dengan potensi besar seni tenunan dastar serta perancangan teliti beliau untuk membawanya ke peringkat global.

Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Kamariah membuat demonstrasi tenunan dastar di Suria Sabah 2019 sempena Festival Tekstil Sabah. Gambar ihsan Kamariah Binti Masdid.

Tenunan dastar semakin dikenali, jadi idaman ramai menerusi bantuan MyCreative

Sebagai usahawan tenun yang ingin melihat tenunan dastar ini bertaraf global, Kamariah sentiasa meneliti trend permintaan tenunan dastar termasuk mengambil perhatian terhadap ulasan kepuasan pelanggan. Jelas beliau, kebanyakan pelanggannya bermula daripada individu yang menunjukkan minat yang tinggi setelah mengetahui tentang tenunan dastar serta keunikannya.

Dana yang diterima daripada MyCreative iaitu Dana Pilihan Industri Kraf yang dikelolakan oleh CENDANA, telah dimanfaatkan sepenuhnya untuk aktiviti-aktiviti promosi, menambah peralatan tenunan dastar, mempelbagaikan kemudahan tambahan di bengkel dan meringankan beban kos operasi perniagaan.

Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Kredit foto: YouTube Kamariah Ms
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Gambar ihsan Kamariah Binti Masdid.

Dengan infrastruktur yang lebih baik, produk tenunan dastar Kamariah berupaya dihasilkan dalam skala yang lebih besar, sekaligus memenuhi permintaan pelanggan yang saban hari semakin meningkat.

Usaha pengkomersialan tenunan dastar Kamariah menerusi dana MyCreative juga telah berjaya menarik minat lebih ramai masyarakat untuk menggayakan tenunan dastar ini dengan lebih meluas, sekaligus memiliki sendiri helaian tenunan yang eksklusif ini.

Kamariah yakin jenama tenunan dastar mampu dijadikan perniagaan ‘francais’ terkemuka dunia

Semegah-megah nama batik dan songket di persada dunia, begitu juga Kamariah mahu tenunan dastar ini dijulang dan dikenali. Tidak mahu seni ini hanyut ditongkah masa, Kamariah kini aktif mewariskan seni tenunan dastar kepada generasi muda menerusi latihan di Bengkel Tenunan Komuniti Kraf Rampayan Ulu serta Bengkel Satu Daerah Satu Industri SDSI Tenunan Rampayan Ulu. 

Di masa akan datang, penenun ini berhasrat untuk membina komuniti tenunan Sabah yang lebih besar, sekaligus melahirkan generasi yang mampu berdikari dalam mengembangkan jenama tenunan dastarnya. Kamariah juga tekad untuk memacu perniagaan tenunan dastar berkonsepkan perniagaan rangkaian bertaraf global serta mewujudkan peluang latihan yang berterusan kepada generasi muda. 

Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Hasil tenunan dastar oleh Kamariah. Gambar ihsan Kamariah Binti Masdid.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang tenunan dastar dan produk tenunan Kamariah Binti Masdid, anda boleh menghubungi beliau menerusi Whatsapp atau panggilan di talian +60 11-3156 9139.

Selagi jari tekal menenun, takkan hilang dastar disanjung. 

Jika anda seorang penggiat seni dan kreatif, sila layari www.mycreative.com.my atau ikuti Instagram Kumpulan MyCreative di pautan https://www.instagram.com/mycreativeventures/ untuk mengetahui bantuan pembangunan yang bersesuaian untuk anda.

Kumpulan MyCreative juga merangkumi CENDANA yang berfokuskan kepada aspek pembangunan industri kreatif, R!UH sebagai platform pengaktifan utama pengamal kreatif mempamerkan produk dan bakat mereka serta BASKL, sebuah platform dalam talian yang menerbitkan artikel, ulasan dan podcast berinformatif mengenai kesenian, muzik dan kebudayaaan di Kuala Lumpur.

Baca juga info menarik mengenai tradisi unik perkahwinan masyarakat Dusun di Sabah ini:

Tradisi Mengiringi Pengantin Perempuan Ke Rumah Pengantin Lelaki, Ketahui Adat Kaum Dusun ‘Moipanau’
Ini Sebab Mengapa Masyarakat Bajau Laut Digelar Aquaman di Sabah
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tidak Perlu Lantik Peguam, Anda Boleh Tuntut Hutang Bawah 5K Di Mahkamah Ini Caranya Tidak Perlu Lantik Peguam, Anda Boleh Tuntut Hutang Bawah 5K Di Mahkamah Ini Caranya
Next Article Tular Budak Cina Nyanyi Lagu Birthday Kepada Rakan Melayu, Teringat Iklan Petronas Dulu-Dulu

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Cerita Borneo 11 Mac 2023
Dari Oversea Ke Kota Kinabalu, Ini Kisah Bagaimana Idea Mural Tiang Pemuda Ini Menyatukan Artis Lokal Di Sabah
Cerita Borneo 4 Mac 2023
TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?