• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Tidak Wajib Pakai Pelitup Muka Dan Imbas QR MySejahtera Antara SOP Terbaharu KKM Yang Diumumkan Hari Ini

Oleh
Ismail NA
27 April 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Perkara ini diumumkan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin sebentar tadi.

Tidak Wajib Pakai Pelitup Muka Dan Imbas QR MySejahtera Antara SOP Terbaharu KKM Yang Diumumkan Hari Ini. Setelah menganalisis dan semakan semula SOP semasa fasa peralihan ke arah endemik, berikut adalah langkah penting yang akan dikuatkuasakan pada Ahad, 1 Mei 2022 dan turut terpakai kepada mereka yang sedang mengalami pengasingan.

Isi Isi Penting
  • Perkara ini diumumkan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin sebentar tadi.
  • 1. Pemakaian pelitup muka di kawasan terbuka tidak lagi diwajibkan
  • 2. Penjarakan fizikal di antara individu dan berkumpulan tidak lagi diwajibkan
  • 3. Imbasan kod QR MYSejahtera untuk masuk ke premis tidak lagi diperlukan
  • 4. Kemasukan ke premis dibenarkan tanpa mengira status vaksinasi
  • 5. Protokol Uji dan Lepas Kes Positif COVID-19
  • 6. Tiada lagi ujian pengesanan COVID-19 sebelum dan semasa tiba di Malaysia
  • 7. Pengembara luar dari Malaysia tidak lagi perlu mendapatkan insurans COVID-19
  • 8. Dibenarkan bersalaman dengan syarat menjaga kebersihan dan keselamatan
  • Baca juga:

1. Pemakaian pelitup muka di kawasan terbuka tidak lagi diwajibkan

Pelitup muka tidak lagi diwajibkan ketika berada di kawasan luar bangunan yang mempunyai pengaliran udara yang baik, termasuklah sewaktu makan, melakukan senaman berat, dan melakukan ucapan. Walau bagaimanapun, pelitup muka masih diwajibkan di kawasan tertutup seperti di dalam bangunan atau kawasan sesak seperti pusat membeli belah, bazaar, dan stadium.

Individu berisiko tinggi seperti warga emas digalakkan untuk memakai pelitup muka di luar dan dalam bangunan.

Tidak Wajib Pakai Pelitup Muka Dan Imbas QR MySejahtera Antara SOP Terbaharu KKM Yang Diumumkan Hari Ini
Tidak Wajib Pakai Pelitup Muka Dan Imbas QR MySejahtera Antara SOP Terbaharu KKM Yang Diumumkan Hari Ini . Sumber: xtra

2. Penjarakan fizikal di antara individu dan berkumpulan tidak lagi diwajibkan

Penjarakan ini masih digalakkan di kawasan sesak dan memerlukan individu memakai pelitup muka.

Tidak Wajib Pakai Pelitup Muka Dan Imbas QR MySejahtera Antara SOP Terbaharu KKM Yang Diumumkan Hari Ini

3. Imbasan kod QR MYSejahtera untuk masuk ke premis tidak lagi diperlukan

4. Kemasukan ke premis dibenarkan tanpa mengira status vaksinasi

5. Protokol Uji dan Lepas Kes Positif COVID-19

Individu yang didapati positif akan menjalani 7 hari pengasingan, bermula hari keempat boleh lepas jika negatif RTK yang diselia pengamal perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia, samada secara fizikal mahupun maya. Keputusan akan dimasukkan dalam sistem e-COVID agar individu segera mendapat perintah pelepasan. Positi lengkapkan proses pengasingan.

Cuma perlu semak status positif COVID-19 dan individu yang dalam tempoh Home Surveillance Order (HSO).

6. Tiada lagi ujian pengesanan COVID-19 sebelum dan semasa tiba di Malaysia

Protokol ini terpakai untuk pengembara berusia 13 tahun ke atas lengkap vaksinasi, mempunyai sejarah jangkitan dari tempoh 6 hari sehingga 60 hari dari tarikh didapati positif, kanak-kanak 12 tahun ke bawah tanpa mengira status vaksinasi.

Walau bagaimanapun, pengembara yang belum divaksin dan tidak lengkap vaksin perlu membuat ujian pengesanan sebelum dan semasa ketibaan. Kemukakan MYSejahtera Traveller’s Card sewaktu ketibaan.

Tidak Wajib Pakai Pelitup Muka Dan Imbas QR MySejahtera Antara SOP Terbaharu KKM Yang Diumumkan Hari Ini

7. Pengembara luar dari Malaysia tidak lagi perlu mendapatkan insurans COVID-19

8. Dibenarkan bersalaman dengan syarat menjaga kebersihan dan keselamatan

Semua senarai SOP yang tidak dibenarkan sejak 1 April yang lalu dimasuhkan, dan akan berkuatkuasa 15 Mei 2022.

Baca juga:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tular Lelaki Hina Bangsa Iban, Namun Individu Ini Tampil Tegur Kecaman Netizen Yang Tidak Berhemah
Next Article Sabah Masih Tidak Benarkan Rumah Terbuka Hari Raya Pada Tahun Ini Sabah Tidak Mengadakan Rumah Terbuka, Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Hanya Untuk 1,000 Tetamu Jemputan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?