• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tular Lelaki Hina Bangsa Iban, Namun Individu Ini Tampil Tegur Kecaman Netizen Yang Tidak Berhemah

Oleh
Husna Hazmi
27 April 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Memang panas dibuatnya baca komen dia ni..

Tular Lelaki Hina Bangsa Iban, Namun Individu Ini Tampil Tegur Kecaman Netizen Yang Tidak Berhemah. Baru-baru ini, tular berita setelah seorang lelaki warga Sarawak ditangkap atas jenayah jijik, merogol kucing sehingga menyebabkan kucing tersebut mati.

Isi Isi Penting
  • Memang panas dibuatnya baca komen dia ni..
  • Kes ini kemudiannya mendapat perhatian orang ramai
  • Menegur netizen yang mengecam kembali Nordin Ahmat tersebut dengan kecaman yang berbaur perkauman
  • Semoga kisah ini boleh dijadikan pengajaran

Kes ini kemudiannya mendapat perhatian orang ramai

Kes ini kemudiannya mendapat perhatian orang ramai kerana perlakuan jijik seperti ini memang tak boleh dimaafkan, dan si pesalah perlu diberikan hukuman yang berat setimpal dengan kesalahannya itu.

Tular Lelaki Hina Bangsa Iban, Namun Individu Ini Tampil Tegur Kecaman Netizen Yang Tidak Berhemah
Tular Lelaki Hina Bangsa Iban, Namun Individu Ini Tampil Tegur Kecaman Netizen Yang Tidak Berhemah

Kini, tular seorang pemilik akaun facebook dengan nama Nordin Ahmat memuat naik satu komen jelik berbaur perkauman di mana dia berkata;

“Orang Sarawak datang Semenanjung rogol kucing. Awas semua jika anda ada mengenali orang Sarawak (Iban) yang berkunjung ke Semenanjung sila hati-hati dan sorokkan kucing anda… Bangsa Iban memang macam ini kah suka merogol binatang… Apa rasa ya (emoji ketawa) Mybe perempuan Iban tidak ada nikmatnya sama sekali pada lelaki Iban sampai terpaksa rogol haiwan.. Betul Betul Binatang punya bangsa kot..(Tidak semua”.
Nordin Ahmat

Netizen berbangsa Iban pula marah dengan komen yang tak masuk akal tersebut. Komen tersebut bukan sahaja tidak logik malah ianya juga amat racist!

Menegur netizen yang mengecam kembali Nordin Ahmat tersebut dengan kecaman yang berbaur perkauman

Namun, seorang lagi pemilik akaun Facebook berbangsa Iban ini pula tampil menegur netizen yang mengecam kembali Nordin Ahmat tersebut dengan kecaman yang berbaur perkauman dan juga tak berhemah.

Beliau berkata, daripada kita sibuk mengecam saudara Nordin Ahmat ini, apa kata kita fahami dan renungkan apa yang dia nak sampaikan. Beliau berkata isu ini tidak dapat dinafikan memang membuat mereka yang berbangsa Iban panas hati, tetapi beliau berpesan, sebelum memuatnaik komen di sosial media, berfikirlah dahulu.

Anda anak Iban, mana adat dan adab anda, sekiranya dia bersalah kenapa anda perlu memuatnaik komen berbaur perkauman? Kalau anda rasa dia bersalah kenapa tak laporkan sahaja ke balai polis berdekatan, itu cara yang betul daripada kita bergaduh sesama sendiri. Negarakan ada undang-undang, kata beliau.

Beliau berkata sedemikian bukan ingin menyokong tindakan Nordin Ahmat tersebut, namun beliau ingin menggesa orang ramai agar tidak menjadikan hal ini sebagai pergaduhan antara kaum. Pesannya, laporkan hal ini kepada pihak polis agar tindakan yang selanjutnya boleh diambil.

Tular Lelaki Hina Bangsa Iban, Namun Individu Ini Tampil Tegur Kecaman Netizen Yang Tidak Berhemah

Semoga kisah ini boleh dijadikan pengajaran

Semoga kisah ini boleh dijadikan pengajaran kepada kita, kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa. Sebelum menyatakan sesuatu di sosial media, fikir betul-betul dahulu adakah apa yang kita akan katakan itu membawa faedah atau tidak.

Jangan sesekali juga menyalahkan apa-apa bangsa, agama atau warna kulit masyarakat hanya kerana seorang sahaja yang membuat salah. Mari kita sama-sama hentikan Stereotype yang toxic seperti ini!

Sebelum ini, seorang lelaki asal Sarawak telah ditahan setelah mengaku bersalah merogol kucing di Johor:

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article RM 3K Disangka Lesap, Wanita Ini Cemas Duit KWSP Hampir Dicekau Scammer Melalui Whatsapp
Next Article Tidak Wajib Pakai Pelitup Muka Dan Imbas QR MySejahtera Antara SOP Terbaharu KKM Yang Diumumkan Hari Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?