• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tiga Beranak Maut, Kenderaan Terbabas Rempuh Tiang Flyover Di Kota Kinabalu

Oleh
ILB - AI
6 Ogos 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Tiga maut, seorang cedera dalam kemalangan pacuan empat roda

Tiga Beranak Maut, Kenderaan Terbabas Rempuh Tiang Flyover Di Kota Kinabalu. Lewat Malam Tadi, satu kemalangan maut telah meragut tiga nyawa dan seorang cedera membabitkan kenderaaan pacuan empat roda dipercayai terbabas merempuh tiang di Jalan Lintas, bawah flyover Lido, Kota Kinabalu.

Lapor Harian Metro, pemandu Jimmykal Assam, 44, dan dua anak lelaki dan perempuan berusia belasan tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian pada 11.41 malam.

Tiga Beranak Maut, Kenderaan Terbabas Rempuh Tiang Flyover Di Kota Kinabalu
Keadaan kenderaan yang terbabas merempuh tiang jejambat flyover Lido. Kredit: Media Sosial

Manakala seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun parah dan kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth I (HQE I).

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata siasatan awal mendapati kenderaan tersebut dalam perjalanan dari Angkasa Apartment, Rampayan menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu melalui Jalan Lintas.

Apabila sampai di Jalan Lintas selepas melalui jalan berdekatan simpang Klinik Luyang, kenderaan yang dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas merempuh sebuah tiang jejambat berdekatan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Mohd Zaidi Abdullah
Rakaman kamera litar tertutup merakam detik nahas yang meragut tiga nyawa. Kredit: Media Sosial

Tambahnya, akibat perlanggaran itu, dua mangsa tercampak keluar daripada kenderaan, manakala pemandu dan anak lelakinya tersepit dalam kenderaan.

Hasil siasatan awal mendapati punca kemalangan disebabkan terbabas sendiri dan keadaan jalan ketika itu adalah licin akibat hujan.

Tiga Beranak Maut, Kenderaan Terbabas Rempuh Tiang Flyover Di Kota Kinabalu
Keadaan kenderaan yang terbabas merempuh tiang jejambat flyover Lido. Kredit: Media Sosial

Oleh itu, tidak kiralah ke mana destinasi yang ditujui itu sama ada jauh ataupun dekat. Pandulah kenderaan secara berhati-hati, pandu cermat jiwa selamat.

Berhati-hatilah memandu lebih-lebih lagi hujan yang berterusan di Sabah dan Sarawak ini. Kenderaan lebih cenderung untuk terbabas apabila jalan licin:

SUMBER :Harian Metro
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tuntutan Ditolak, Family Frontiers Fail Rayuan Isu Kerakyatan Anak Lahir Luar Negara
Next Article Malaysia Berpotensi Jadi Pengeluar Besar Graphene Diperbuat Dari Isirung Kelapa Sawit

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?