I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Tuntutan Ditolak, Family Frontiers Fail Rayuan Isu Kerakyatan Anak Lahir Luar Negara
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Tuntutan Ditolak, Family Frontiers Fail Rayuan Isu Kerakyatan Anak Lahir Luar Negara

Last updated: 06/08/22 1:41 PM
Siti Nur Atiqah Manan
Kongsi
4 Min Bacaan
Kongsi

Menuntut kewarganegaraan untuk anak yang lahir di luar negara.

Tuntutan Ditolak, Family Frontiers Fail Rayuan Isu Kerakyatan Anak Lahir Luar Negara. Benar kata orang, ibu bapa mungkin mewarisi sesuatu kepada anaknya. Tapi tidak dengan satu hal yang telah diperjuangkan iaitu status kewarganegaraan seorang anak. Mungkin mudah untuk lelaki Malaysia kahwin dengan wanita warga asing tapi tidak dengan wanita Malaysia sendiri.

Isu ini timbul apabila 6 wanita warganegara Malaysia yang telah berkahwin dengan lelaki warga asing dan memiliki anak yang lahir di luar negara telah menuntut hak status kewarganegaraan Malaysia anak mereka.

Tuntutan Ditolak, Family Frontiers Fail Rayuan Isu Kerakyatan Anak Lahir Luar Negara
Tuntutan Ditolak, Family Frontiers Fail Rayuan Isu Kerakyatan Anak Lahir Luar Negara. Sumber gambar: BH Online

Tuntutan lulus di Mahkamah Tinggi tetapi tidak di Mahkamah Rayuan.

Pada 9 September 2021 yang lalu, satu keputusan positif telah berpihak kepada mereka dan Persatuan Sokongan Keluarga dan Kebajikan Selangor dan Kuala Lumpur (Family Frontiers) apabila Mahkamah Tinggi meluluskan tuntutan mereka.

Tuntutan Ditolak, Family Frontiers Fail Rayuan Isu Kerakyatan Anak Lahir Luar Negara
Sumber gambar: FB Family Frontiers Malaysia

Namun, situasi ini tidak menyebelahi mereka pada 5 Ogos 2022 apabila Mahkamah Rayuan tidak menjadikan keputusan Mahkamah Tinggi sebagai penghalang untuk memutuskan bahawa kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara tidak layak mendapat status kewarganegaraan walaupun ibu mereka adalah warganegara Malaysia.

Fail notis rayuan ke Mahkamah Persekutuan.

Hal ini telah mendesak presiden Family Frontiers, 6 wanita Malaysia dan peguam mereka, Datuk Gurdial Singh Nijar untuk memfailkan notis rayuan kepada Mahkamah Persekutuan sebagai jalan terakhir.

Tuntutan Ditolak, Family Frontiers Fail Rayuan Isu Kerakyatan Anak Lahir Luar Negara
Sumber gambar: FB Family Frontiers Malaysia

Menurut beliau, pihak mereka memohon untuk panel hakim penuh kerana keputusan Mahkamah Persekutuan sangat penting bagi mereka. Bagi mereka juga sekurang-kurangnya lima hingga tujuh panel hakim yang dimohon disini berbanding dengan tiga di Mahkamah Rayuan.

Rayuan pihak kerajaan telah menang majoriti 2 berlawan 1.

Tiga panel hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Datuk Kamaludin Md. Said telah membuat keputusan menafikan kerakyatan anak yang dilahirkan di luar negara oleh wanita Malaysia ini setelah membenarkan rayuan kerajaan, Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Rayun ini telah memperolehi keputusan menang majoriti apabila telah disokong oleh panel hakim yang lain iaitu Datuk Azizah Nawawi. Namun, hakim, Datuk S Natha Balan telah menentang dan menjadikan ianya majoriti 2 berlawan 1.

Kelulusan kewarganegaraan yang lalu tidak akan diambil.

Walaupun demikian, status kewarganegaraan yang diperolehi daripada keputusan Mahkamah Tinggi tidak akan direntap daripada anak-anak plaintif Datuk Gurdial Singh Nijar oleh pihak kerajaan. Bahkan, banyak permohonan telah diterima setelah kejayaan tahun lepas dan ianya hanya dibekukan dan tidak ditolak sehingga pihak Mahkamah Persekutuan sebulat suara membuat keputusan mereka kelak.

Diharap ada sinar harapan untuk anak-anak warga Malaysia ini agar kaum wanita tidak merasa terintimidasi dengan tindakan mereka memilih untuk menikah dengan warga asing.

Sebelum ini, Mahkamah tinggi Kuala Lumpur telah memutuskan anak lahir luar negara daripada ibu warga Malaysia layak terima status Kewarganegaraan:

Untuk cerita menarik yang lain, boleh baca artikel seperti:

SUMBER : BH Online
Siti Nur Atiqah Manan 6 Ogos 2022
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Demi Konten, Tindakan Lelaki Ini 'Suap' Vape Kepada Bayi Cetus Kecaman Netizen Sanggup ‘Suap’ Vape Kepada Bayi Demi Konten, Lelaki Ini Dikecam Teruk Netizen
Next Article Tiga Beranak Maut, Kenderaan Terbabas Rempuh Tiang Flyover Di Kota Kinabalu

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Berita Malaysia

Semudah ABC, Ini Langkah Untuk Daftar Akaun ASB Secara Online Tanpa Perlu Ke Kaunter

7 Ogos 2022
Berita Malaysia

Seminggu Lagi Mahu Bertunang, Gadis Ini Minta Putus Gara-Gara Ibu Mahu Menantu Kerja Kerajaan

7 Ogos 2022
Berita Malaysia

Skuad Dota 2 Wanita Negara Raih Emas Kejohanan E-Sukan Komanwel

7 Ogos 2022
Berita Malaysia

Malaysia Berpotensi Jadi Pengeluar Besar Graphene Diperbuat Dari Isirung Kelapa Sawit

6 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?