• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Pelbagai

Tiga Remaja Dirogol Gara-Gara Cuba ‘Vape’ Dari Lelaki Tidak Dikenali Di Sabah

Oleh
Aina Musa
2 Mei 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Tiga Remaja Dirogol Gara-Gara Cuba 'Vape' Dari Lelaki Tidak Dikenali Di Sabah

Padah cuba vape dari ‘lelaki misteri’

Tiga Remaja Dirogol Gara-Gara Cuba ‘Vape’ Dari Lelaki Tidak Dikenali Di Sabah. Keterujaan mencuba perisa baharu rokok elektronik (vape) mengundang padah apabila tiga remaja perempuan kemudiannya menjadi mangsa rogol di sebuah rumah tumpangan di Kampung Air, Kota Kinabalu, Sabah pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, insiden terbabit melibatkan tiga mangsa berusia bawah umur dan empat suspek lelaki yang tidak dikenali bersama seorang wanita yang dikenali mangsa.

Tiga Remaja Dirogol Gara-Gara Cuba 'Vape' Dari Lelaki Tidak Dikenali Di Sabah
Tiga Remaja Dirogol Gara-Gara Cuba ‘Vape’ Dari Lelaki Tidak Dikenali Di Sabah. Kredit: Suara Sarawak

Laporan polis sudah pun dibuat

Menurutnya, keempat remaja lelaki yang berusia antara 13 hingga 17 tahun itu ditahan pada Jumaat selepas satu laporan polis dibuat oleh salah seorang mangsa berumur 17 tahun.

Mohd Zaidi memaklumkan, kejadian bermula apabila empat suspek dan seorang wanita menegur mangsa-mangsa di sebuah pusat beli belah dan memujuk mereka untuk melepak di rumah tumpangan mereka di Kampung Air, Kota Kinabalu, Sabah.

Tiga Remaja Dirogol Gara-Gara Cuba 'Vape' Dari Lelaki Tidak Dikenali Di Sabah

“Semasa di rumah terbabit, kesemua mangsa diumpan untuk menghisap rokok elektronik berperisa baharu dan selepas semua mangsa menuruti pelawaan suspek, ketiga-tiganya tidak sedarkan diri.

Kemungkinan ‘vape’ tersebut mengandungi bahan terlarang

“Apabila kesemua mangsa tersedar pada tengah malam, mereka berada dalam keadaan tidak berpakaian manakala semua suspek menghilangkan diri,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Dalam pada itu, Mohd Zaidi berkata, ketiga-tiga mangsa kesemua mangsa mengesyaki diri mereka dirogol sebelum laporan polis dibuat susulan kejadian terbabit.

“Bertindak atas laporan yang dilakukan mangsa, polis berjaya mengesan serta menahan lima suspek yang disyaki terlibat dalam insiden terbabit di sekitar pusat bandar dan kawasan Telipok Ria, Tuaran, Sabah.

“Kesemua mereka ditahan reman sehingga Jumaat ini untuk siasatan di bawah Seksyen 372(1)(a) Kanun Keseksaan dan 375(B) kanun yang sama,” katanya.

Baca lagi artikel terkini:

‘Pembukaan Kasino Dapat Tingkatkan Ekonomi’, Tiong Bidas Kritikan PAS Boleh Gugatkan Keharmonian
Hampir 70 Juta Pekerjaan Baru Akan Wujud
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 'Pembukaan Kasino Dapat Tingkatkan Ekonomi', Tiong Bidas Kritikan PAS Boleh Gugatkan Keharmonian ‘Pembukaan Kasino Dapat Tingkatkan Ekonomi’, Tiong Bidas Kritikan PAS Boleh Gugatkan Keharmonian
Next Article Seiringan Semenanjung Malaysia, Menteri Pengangkutan Sarawak Cadangkan Had Berat Lori Dinaikkan Seiringan Semenanjung Malaysia, Menteri Pengangkutan Sarawak Cadangkan Had Berat Lori Dinaikkan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?