• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

‘Pembukaan Kasino Dapat Tingkatkan Ekonomi’, Tiong Bidas Kritikan PAS Boleh Gugatkan Keharmonian

Oleh
Nazihah AN
2 Mei 2023
Kongsi
4 Min Bacaan
'Pembukaan Kasino Dapat Tingkatkan Ekonomi', Tiong Bidas Kritikan PAS Boleh Gugatkan Keharmonian

Tiong mengatakan pemimpin PAS sering menggunakan agama dalam mengeluarkan kenyataan yang boleh mengancam keharmonian masyarakat

‘Pembukaan Kasino Dapat Tingkatkan Ekonomi’, Tiong Bidas Kritikan PAS Boleh Gugatkan Keharmonian. Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Tiong King Sing mengecam komisioner Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Sarawak, Jofri Jaraiee kerana mengatakan bahawa pembukaan kasino di Sarawak akan memberi lebih banyak mudarat daripada faedah.

Dalam kenyataannya, Tiong mengatakan pemimpin PAS sering menggunakan agama dalam mengeluarkan kenyataan yang boleh mengancam keharmonian masyarakat berbilang agama dan bangsa di negara ini hanya untuk mendapatkan populariti.

'Pembukaan Kasino Dapat Tingkatkan Ekonomi', Tiong Bidas Kritikan PAS Boleh Gugatkan Keharmonian
‘Pembukaan Kasino Dapat Tingkatkan Ekonomi’, Tiong Bidas Kritikan PAS Boleh Gugatkan Keharmonian

Menurut Tiong, pembukaan kasino dapat tingkatkan ekonomi

“Tindakan seperti ini adalah berbahaya dan boleh menyebabkan perpecahan di kalangan masyarakat,” katanya, menambah tindakan itu juga akan memperumit usaha kerajaan untuk membawa pembangunan ekonomi yang lebih besar di Sarawak.

Tiong merespon kenyataan Jofri yang baru-baru ini mengatakan pembukaan kasino di Sarawak harus dibantah kerana ia akan memberi lebih banyak mudarat daripada faedah kepada rakyat.

Tiong berkata beliau juga memikul tanggungjawab besar sebagai seorang anak Sarawak di peringkat kementerian persekutuan untuk membawa pembangunan di negara ini.

'Pembukaan Kasino Dapat Tingkatkan Ekonomi', Tiong Bidas Kritikan PAS Boleh Gugatkan Keharmonian

Semuanya berdasarkan keputusan kerajaan negeri di bawah pimpinan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg

“Pendirian saya mengenai pembinaan taman hiburan, padang golf termasuk kasino di Borneo Highlands jelas, iaitu berdasarkan keputusan kerajaan negeri di bawah pimpinan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, seperti yang dinyatakan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah,” katanya.

Beliau yakin bahawa wujudnya taman hiburan, padang golf termasuk kasino di Borneo Highlands dapat mempromosikan pelancongan di Sarawak, mencipta banyak peluang pekerjaan, memacu ekonomi tempatan dan menghasilkan lebih banyak pendapatan untuk Sarawak.

'Pembukaan Kasino Dapat Tingkatkan Ekonomi', Tiong Bidas Kritikan PAS Boleh Gugatkan Keharmonian

“Sekali rancangan ini disahkan dan dilaksanakan, kemudahan asas dan tarikan pelancong di kawasan sekitarnya juga akan ditingkatkan. Tentu saja, kerajaan Sarawak juga boleh menggunakan pendapatan ini untuk membangun kawasan luar bandar.

“Jika ia dapat mencipta kitaran ekonomi yang baik dan memberangsangkan untuk faedah rakyat, mengapa ia harus dihalang atau ditentang?” tanyanya.

Tiong berkata projek-projek yang dicadangkan adalah untuk pembangunan masa depan rakyat di Sarawak, terutamanya untuk memenuhi impian komuniti luar bandar dalam mendapatkan kemudahan asas.

'Pembukaan Kasino Dapat Tingkatkan Ekonomi', Tiong Bidas Kritikan PAS Boleh Gugatkan Keharmonian

Malaysia sebuah negara berbilang kaum dan agama

Beliau menekankan bahawa orang luar bandar patut mendapat kemudahan yang sama seperti yang dinikmati oleh orang di kawasan bandar, termasuk infrastruktur jalan yang baik.

“Ini perlu ditingkatkan dan satu cara adalah dengan meningkatkan pendapatan negeri untuk memenuhi jangkaan rakyat.”

Beliau turut berkata walaupun Malaysia sebuah negara berbilang kaum dan agama, pemikiran dan tingkah laku sesetengah ahli politik di negara ini lebih konservatif berbanding beberapa negara Timur Tengah.

“Banyak negara Timur Tengah secara beransur-ansur bergerak ke arah kesederhanaan. Contohnya, Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang akan menganjurkan Miss World 2023 tahun ini dan terdapat kasino mewah di Timur Tengah. Jadi, adakah Malaysia khususnya Sarawak tidak berhak untuk dibangunkan?” katanya.

Lagi artikel yang berkaitan, baca pautan di bawah:

Gesa Kerajaan Utamakan Bantuan Kepada Rakyat Sarawak, PAS Bantah Pembukaan Kasino Di Sarawak
Sarawak Bukan Hanya Untuk Orang Islam, Karim Pertahan Cadangan Kasino di Borneo Highlands
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hampir 70 Juta Pekerjaan Baru Akan Wujud
Next Article Tiga Remaja Dirogol Gara-Gara Cuba 'Vape' Dari Lelaki Tidak Dikenali Di Sabah Tiga Remaja Dirogol Gara-Gara Cuba ‘Vape’ Dari Lelaki Tidak Dikenali Di Sabah

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?