Modifikasi motosikal yang haram boleh membahayakan diri anda dan orang lain.
Banyak peminat motosikal suka mengubah suai jentera mereka untuk menambah prestasi dan gaya. Namun, tidak semua modifikasi yang dibuat adalah selamat dan sah di sisi undang undang.
Berikut adalah enam modifikasi motosikal yang haram dan boleh menyebabkan anda dikenakan saman atau kompaun oleh pihak berkuasa.
1. Buang Cermin Sisi/ Side Mirror Motosikal
Cermin sisi atau side mirror adalah alat yang penting untuk keselamatan pemandu motosikal dan pengguna jalan raya yang lain. Tanpa cermin sisi, pemandu motosikal tidak dapat melihat apa yang berlaku di belakang mereka dengan jelas.
Ini boleh menyebabkan kemalangan atau kesulitan dalam memotong laluan. Oleh itu, cermin sisi tidak boleh dibuang atau dipasang sembarangan pada motosikal. Ia adalah satu kewajipan dan tanggungjawab pemandu motosikal untuk memastikan cermin sisi mereka berfungsi dengan baik dan sesuai dengan undang-undang.
2. Ubah suai ekzos yang bising dan melebihi kadar yang ditetapkan oleh undang undang
Logiknya mudah, ekzos bising kemungkinan besar menganggu ketenteraman orang lain terutamanya di kawasan perumahan.
Ekzos yang bising bukan sahaja mengganggu ketenteraman awam, tetapi juga boleh merosakkan pendengaran anda sendiri. Selain itu, ekzos yang bising juga boleh menjejaskan prestasi enjin dan penggunaan bahan api.
3. Tukar Unit Kawalan Enjin (ECU) Untuk Menambah Kelajuan
Unit Kawalan Enjin (ECU) adalah komputer mikro yang mengawal fungsi-fungsi enjin seperti pengapian, injeksi bahan api, dan pengawalan emisi. Tukar ECU adalah bertujuan untuk meningkatkan kelajuan dan kuasa enjin, tetapi ia juga boleh menyebabkan kerosakan enjin, penggunaan bahan api yang tinggi, dan pencemaran udara.
Ketika jurutera jurutera dan pasukan R&D sesebuah syarikat melakukan ujian komersil terhadap produk keluaran mereka, mereka telah mengambil pelbagai faktor hasil dari ujian yang dijalankan sebelum membuat keputusan untuk menghasilkan ECU yang dibekalkan pada motosikal standard yang dikeluarkan di pasaran.
4. Penggunaan Tayar Yang Terlalu Kecil
Bagi sesetengah individu, tayar motosikal yang kecil mungkin padan dengan mereka, namun secara teorinya penggunaan tayar kecil ini mempunyai implikasi terhadap keselamatan.
Tayar yang terlalu kecil adalah berisiko untuk pecah atau tergelincir semasa memandu, terutamanya pada permukaan jalan yang licin atau berlubang. Tayar yang terlalu kecil juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan jentera dan kesukaran dalam mengawal pemanduan.
5. Menukar Blok Enjin Untuk Menambah Kelajuan
Seperti mana juga dengan 4 lagi kesalahan di atas, menukar blok enjin terutamanya dengan tujuan untuk menambah kelajuan juga diharamkan. Menambah kelajuan motosikal melebihi dari kemampuan asal juga boleh memberi kompromi kepada keselamatan dan oleh itu secara logiknya ianya diharamkan.
Selain itu, menukar blok enjin juga boleh menjejaskan lesen insurans dan cukai jalan anda kerana anda perlu mendaftarkan semula kenderaan anda dengan pihak berkuasa.
6. Aksesori Melampau
Menghias kenderaan itu tidak salah. Namun begitu, menghias kenderaan anda sehingga mengubah rupa bentuk asal motosikal adalah tidak dibenarkan. Jika anda ingin menukar cover seat, spray atau rim yang berlainan warna tidaklah salah asalkan tidak terlampau dan mendatangkan bahaya ketika menunggang.
Aksesori melampau seperti lampu neon, spoiler, stiker, atau cat berwarna-warni adalah bertujuan untuk menarik perhatian dan menunjukkan personaliti anda, tetapi ia juga boleh mengganggu penglihatan dan konsentrasi pemandu lain.
Jadilah peminat kenderaan bermotosikal yang bertanggungjawab dan juga mengambil kisah tentang keselesaan masyarakat di sekeliling anda. Tiada siapa yang akan melarang niat anda sekiranya modifikasi anda tidak menganggu ketenteraman awam.