• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tragedi Bot Karam Di Kapit, Mayat Mangsa Terakhir Ditemui Di Seputin

Oleh
Nazihah AN
15 Mac 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Tragedi Bot Karam Di Kapit, Mayat Mangsa Terakhir Ditemui Di Seputin

Mayat mangsa terakhir ditemui terapung di perairan Seputin pada pagi tadi.

Tragedi Bot Karam Di Kapit, Mayat Mangsa Terakhir Ditemui Di Seputin. Mayat anggota polis, Konstabel Iskandar Zulkarnain Ibrahim, 27 tahun, mangsa terakhir insiden karam bot di Sungai Batang Baleh pada 7 Mac lalu telah ditemui terapung di perairan Seputin pada pagi tadi.

Pusat Kawalan Bomba (PKB) Sarawak menerima maklumat daripada orang awam pada pukul 11.30 pagi yang menyedari terdapat mayat terapung di kawasan Seputin. Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) dengan segera bergegas ke lokasi yang dilaporkan.

Jenazah ditemui adalah kira-kira 2 kilometer dari lokasi kejadian bot karam.

Setelah mengesahkan terdapat mayat terapung di sungai, pasukan SAR mendapati pakaian yang dipakai oleh mangsa adalah serupa dengan mangsa terakhir insiden bot karam di Sungai Batang Baleh, Lepong Balleh pada 7 Mac lalu.

Jenazah Iskandar kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Lokasi di mana jenazah ditemui adalah kira-kira 2 kilometer dari lokasi kejadian bot karam.

Sehingga ke hari ini, semua mangsa dalam insiden nahas tersebut telah ditemui oleh pasukan SAR yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat sejak minggu lalu.

Tragedi Bot Karam Di Kapit, Mayat Mangsa Terakhir Ditemui Di Seputin

Tragedi tersebut telah meragut 4 nyawa, Iskandar Ibrahim, Sarjan Jonathan Lambet, 51, Amerson John Nain dan Jack Balan, 44, dilaporkan hilang manakala seorang lagi mangsa, Moses Ngui diselamatkan oleh orang awam.

SAR itu turut melibatkan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Unit Dron PDRM, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Pasukan Polis Marin (PPM) Sibu, Pejabat Residen Kapit, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) dan Unit Pengesan K9 dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian. 

Baca juga artikel semasa, di bawah:

Netizen Sebak Lihat Perkongsian Isteri Mangsa Tragedi Bot Karam Di Kapit
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Forestry Dan WWF-Malaysia Giat Kerjasama Pemuliharaan Haiwan Liar Sarawak Forestry Dan WWF-Malaysia Giat Kerjasama Pemuliharaan Haiwan Liar
Next Article Papparich Lancar Set Menu Istimewa Ramadan Papparich Lancar Set Menu Istimewa Ramadan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?